Rabu, 14 Ogos 2019

Makan-makan raya haji

Salam semua,

Alhamdulillah, rezeki makan tak putus-putus on Raya Haji haritu.
Terus kenyang perut suka hati. Haha!

Malam raya I merendang sikit untuk di bawah ke rumah mak mertua. Subuh tu kukus periuk kera. Ada lah  air tangan untuk dibawa ke rumah mertua.

A bit weird this year bila bersiap di pagi raya di rumah sendiri. Dulu, time di kampung, atau rumah Ibu, bila berebut-rebut nak iron baju, tunggu turn berebut bilik air nak mandi, chaos bisingnya nak tidur malam bila dah ramai, selalu rasa nak raya sendiri je tapi bila dapat peluang raya di rumah sendiri, tak bestnya di pagi raya. Sunyi! Kemeriahan raya tu tak terasa. Paling sedih kena masak sensorang sendiri. Kahkahkah. Benci benci benci!

Allah dah aturkan semua benda cantik, syukurilah selagi merasa nikmatnya!

Lepas dah siap-siap konon nak pergi masjid untuk solat raya, tapi masih red flag, ke rumah mak mertua ajelah kita. Having my favourite lodeh dan ayam masak merah air tangah mak mertua! Sedap!

Siap esok pagi tu suruh Azreen pi minta lagi kat rumah mak dia kalau ada, tapi takde rezeki. Mak lupa nak panaskan baki yang ada malam tu, so paginya dah basi. Kuciwa hati beta!

Petang, minta izin balik rumah kat Mak Mertua sebab nak marinate daging untuk dibakar malamnya. Marinate kat rumah sendiri ajelah sebab complete barangnya.

Settle marinate daging, siapkan barang untuk Oden sebab Kak Ipar request. Plinggg, adik dia beli barang, wifenya readykan.

Lama dah tak lepak macam ni kat rumah Mak Mertua. Masing-masing busy kan. I pun asyik balik Melaka aja. So, ada peluang ni, kita gunakan sebaiknya. Happy Azreen dapat spent quality time untuk emak abahnya.


Alahaiii, terkenang-kenang daging bakar marinate sendiri tu. Sos BBQ kak ipar buat. Makan ni berselang seli dengan  Oden, Pak Long buat air Bandung Soda, terus kekenyangan sampai Mak Mertua pun lupa nak panaskan lauk yang ada. Haha.

Eh, Manchester United pun menang 4-0 malam tu. Lagi berganda la gumbira ada orang tu ;)



Esoknya, masih cuti lagi. Ingat nak balik Melaka, tapi rasa macam masa suntuk. So penuhi undangan kawan sekolah Teknik, lepas tu singgah Mantin kemas rumah. Sebelum balik Nilai, pi ziarah Kakak Abah kat Mantin dalam, dijamu lagi dengan lauk korban. Makan, makan, makan ajelah time cuti. Lepas tu stress berat naik.

Haha!



2 ulasan: