Selasa, 20 Ogos 2019

Drama Korea: Hotel Del Luna

Salam semua,

Tak sengaja tertengok episod 1 drama korea Hotel Del Luna ni kat TVN (Ch395) ada satu malam tu then terus tersuka! Walaupun cerita ni seram sebab tiba-tiba ada hantu, haha, terperanjat hakak tapi teruskan juga tengok. Acah-acah berani je malam tu walaupun Azreen dan anak-anak dah tidur.

Faktor utama tengok cerita ni walaupun Hero dia tak familiar, sebab ada IU (Scarlet Heart) comel tu. Dalam cerita ni IU sangat bergaya, asyik bertukar-tukar baju aje dengan style vintagenya tu. Hakak suka!


Hotel Del Luna ni kisah Jang Manwol (IU) yang tak lepas-lepas lagi ke dunia lagi satu sebab ada hutang dia yang belum settle. Dia uruskan Hotel Del Luna yang menempatkan roh-roh (rupa orang biasa je) yang masih ada di dunia sebab ada hajat yang masih belum kesampaian, so roh tersekat.

Maka kenalah bantu bagi lepas, yang baik ke syurga, yang jahat masuk lah kau ke neraka jahanam. Di hotel tu juga, Jang Manwol dibantu oleh beberapa ekor hantu (yang hajat masih tak kesampaian juga) dan dia perlukan seorang General Manager (GM) manusia iaitu Goo Chansung untuk membantu dia menguruskan hal ehwal dunia.

Kalau arwah Mak ada ni mesti dia marah tengok cerita tahyul gini. Haha! Alah mak, kita tengok aje, bukan percaya pun. Sekadar hiburan di masa lapang je ye mak ;)

Jang Manwol ni garang dan jenis takda perasaan tapi dia gila shopping barang mewah.  Nak shopping kena ada duit, so dengan membantu roh-roh tu la dia dapatkan duit.

Drama ni santai dan kelakar, scene dalam hotel pun lawa dan even banyak fantasi tak boleh nak dipercayai, who cares kan, dah kata pun drama.



Antara baju-baju Jang Manwol dari episod 1-8. Bayangkan dah banyak ni! Total drama ni ada 16 episod, rasa-rasanya berapa pasang baju dia pakai? =p



OST drama ni pun best. Sedap didengar walau sepatah haram pun tak faham! Haha. Drama ketiga I layan semua lagu dalam drama selepas drama My Girl dan Descendant of the Sun.

I dah tengok sampai episod 12. Nanti buat marathon lagi episod 13-16 lak. Jenis malas nak tunggu yang kat TV sebab tayang 2 episod per minggu je.

Hopefully, happy ending la drama ni, hero dan heroin dapat bersama live happily ever after. Tapi tulah, seorang hantu, seorang manusia, macam dah boleh agak je jadi apa. Harap boleh terima hakikat lah nanti ending yang lari dari apa yang I harapkan =p
 

2 ulasan: