Jumaat, 30 Ogos 2019

Muzium Negeri Sembilan

Salam Jumaat Barakah,

Since dah draft, moh la kita teruskan post ini.

Iman Raneeya minta nak melawat Muzium lepas kami menunaikan permintaan Reezqy nak tonton Boboiboy. Easy breezy aje Ommak tunaikan nak.

Tak sangka pula, 36 tahun lalu lalang depan muzium ni, tak pernah terfikir langsung nak masuk, demi anak, kuturutkan juga.
Haha!


Sampai-sampi je muzium, Reezqy dah buat drama. Nak suruh bergambar je pun tapi masing-masing berebut nak peluk adik! Merajuk, terus tak  masuk gambar.

Masih merajuk. Tak nak layan kakak & adik.  Ikut suka lah bang. Merajuk-merajuk pun, totap kena masuk kamera juga.

Alah, lawanya pinggan bunga kangkung ni. Terus rasa nak balik Melaka pi hangkut pinggan mangkuk arwah Mak.

Muzium Negeri Sembilan ni terletak di Bukit Nenas Highway, Seremban. Masuk free aja.  Menempatkan hal sejarah tentang Negeri Sembilan, Istana dulu dan rumah contoh Negeri Sembilan.

Mood Reezqy dah ok =) Seronok diorang main kat tangga rumah ni termasuk yang kenit tu. Turun naik, turun naik. Risau jatuh aje sebab jarak langkah tangga tu besar.

Istana Ampang Tinggi, istana Yam Tuan Negeri Sembilan yang kelima.

Memanjang aje kawasan depannya. Mungkin senang nak berbincang dengan pembesar-pembesar agaknya, so memanjang, ramai boleh masuk.



Rasa kecik pun ada istana ni, sebab bila masuk ngam-ngam aje. Ke kita yang tinggi nau. Haha. Atau mungkin orang dulu-dulu kecil comel, maka rumahnya pun comel lote ajelah agaknya.

Pergi time tengahari, memang berlecak lah ketiak. Masuh satu-satu rumah pun tak lama. Yang main building lah bahagian atas tengah renovation, so tak boleh masuk.

LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban

Tel : 06-763 1149
Fax: 06-761 5355








1 ulasan:

  1. I have never been there. Nanti boleh lah nak pergi, masuk free pulak tuuuu.

    BalasPadam