Sabtu, 5 Mei 2018

Bukit Batu Putih, Port Dickson

It's Saturday anak-anak!
Jom hiking, jangan malas-malas. Tak elok membuto lama-lama, nanti otak tak cargas.
Please support Ommak kau ni sikit nak loose weight. Haha!
Konsep dia, makan sesama, susah senang sesama, nak sihat pun sama-sama juga.
So, moh le kita mendaki Bukit Batu Putih, yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan

Satu, dua, tiga, empat, lima. Ok, cukup lima pasang, kaki semua ada. Rayeesa pun kena kira pasang kaki juga walaupun dia berdokong je lebih pun, berjalan kurang.

Ingat nak mendaki awal pagi, tapi bila dengan keluarga ni, faham-faham je lah, dia punya urusan rasmi di pagi hari tu, hmmmm. Dalam pukul 8 juga sampai. Beli tiket RM1 kat pintu masuk, then terus mula berjalan.

Track di Bukit Batu Putih kena lalu jalan tar dulu. Kalau nak ke rumah api yang ada di sini, so memang kena lalu jalan tar ni lah.

Then, cari pintu masuk ikut track dalam hutan lak. Ada dua jalan yang boleh diikut. Track mudah atau track susah. Since bawa anak-anak, kami pilih easy track lah demi kesejahteraan keluarga. Family first kannn!


See, memang easy breezy aje track dia. Reezqy pun happy je tak buat perangai. Siap tak minta dokong pun. Good abang! Lepas ni boleh pi mendaki Gunung Tahan lak. Kahkahkah!

Untuk ke puncak, part sini challenging sikit sebab akan kena daki batu. Kalau time orang ramai, kena take turn untuk naik. So, silalah beratur dan bersabar.

Since Azreen dah pernah naik, dia suruh I naik sorang je lah. Bahaya bawa budak-budak katanya.

Dari puncak kita akan dapat menikmati pemandangan pantai Port Dickson. Kalau datang awal, bolehlah tengok sunrise, takpun pi petang untuk tengok sunset.

Jadilah, minta tolong orang snapkan. Next time kita pergi berdua je ye suami. Haha. Tak feel naik bukit lah minta tolong orang snapkan =p


Tempoh pendakian Bukit Batu Putih  dalam 30 ke 45 minit je. Macam kami sebab santai-santai aje, so memang tak terkira lah jam dia.

Lepas keluar dari track Batu Putih kami berjalan pula ke Rumah Api Tanjung Tuan. Layan budak-budak ni tengok-tengok rumah api, then turun pi cari port mandi lauk lak.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan