Khamis, 23 Disember 2021

Selamat Jalan Daos!

Salam semua,

Umur dah meningkat ni, bila sorang-sorang, kadang-kadang terfikir, antara sepupu, antara sahabat rapat, adik-beradik, siapalah yang akan pergi dulu. Dengan husband pun selalu cakap, siapa la yang pergi dulu antara kita nanti.

Ajal dan maut adalah rahsiah Allah swt. Memang dah tertulis takdir kita, cuma masa dan bila yang tidak diketahui dan bagaimana pengakhiran kita nanti. Isha Allah, moga pengakhiran yang baik-baik saja untuk kita semua.

11 Disember 2021 - Pada tengahari tu dapat berita dalam Whats App Family Melaka, yang cousin, Firdaus terlibat dengan kecedaraan ketika memadamkan kebakaran. Family Firdaus, Pak Itam, sedang dalam perjalan ke Segamat pada waktu tu. Berita yang kami terima, keadaan Firdaus kritikal, kecedaraan kebakaran tahap dua.

"melecur tahap 2..tk spi dlm daging..hanya luaran..cuma..kecederaan dalaman sbb tercampk dr kesan letupan.."

Melihat tahap kebakarannya, hati sedikit lega sambil cakap, Insha Allah, Daos ok je. Tahap dua kebakaran tidaklah teruk mana berbanding dengan tahap 4.

Tapi petangnya, mendapat berita lagi yang ketika kebakaran, Daos tercampak dari tingkat tiga kerana ada letupan yang terjadi ketika itu.  Walaubagaimanapun, keadaan Daos di hospital ketika itu dah stabil, update Syamsul, abang kepada Daos.

Sedih mengenangkan keadaan Daos, lepas Maghrib, baca Yasin dan buat solat hajat untuk Daos. Mohon Allah permudahkan segala urusan Daos. Mengenangkan keadaanya yang parah, mohon juga Allah kurniakan yang terbaik untuk adik sepupuku, Daos. Malam tu juga minta izin kat wife Daos untuk buat bacaan Yasin secara online dengan Family pagi esoknya.

Tak boleh tidur malam tu. Tertengok pula IG Story kawan yang sedang berada di Mekah, kirim doa untuk Daos pada dia. Harapan I memang sangat tinggi untuk Daos sembuh.

12 Disember 2021 - Bangun Subuh masih juga baca Yasin. Nak pergi ke Segamat, dimaklumkan tak boleh masuk tengok. Family pun menunggu di luar sahaja. Cuma mampu kirim doa mohon kesembuhan sahajalah dari jauh.

Pukul 10.00 baca yasin dengan family. Lepas baca yasin, Syamsul update lagi keadaan Daos.


Petang, I call Syamsul, tanya update Daos.
Kedengaran lega suara Syamsul, "Keajaiban Allah Kaklong, Daos yang nazak tadi kembali stabil. Alhamdulillahh, syukurr Kaklong. Tadi nafas dia laju, tapi Mak kata, Insha Allah Daos ok sebab dia dah stabil".

I pun ucap rasa yang syukur pada Syamsul dan minta dia dan family terus positif, tapi hati I sendiri rasa berat.

Termangu sekejap lepas bercakap dengan Syamsul.
Then, call adik, Ikin. Sekadar ingin meluah rasa. Keadaan Daos sama seperti keadaan Ibu dan Abah time nak pergi.  Bercerita dengan Ikin tapi dalam masa yang sama cuba  pujuk hati, try positif, Insha Allah, Daos akan ok.

Maghrib tu, Pak Itam buat baca Yasin dengan Bomba Segamat. Keadaan Daos, kadang stabil, kadang tidak.

Nak tidur malam tu pun rasa takut. Takut tengah tidur tiba-tiba dapat panggilan telefon di awal pagi dengan berita yang tak ingin didengar. Time Ibu Abah sakit dulu, ginilah I rasa. Takut nak dengar bunyi phone time malam.

13 Disember 2021 - Tak sedar bila terlelap. Dalam pukul 4.00 pagi, telefon berbunyi. Dah dapat agak dah bila dengar suara Makcik yang menangis.

Allahu akhbar!
Innalillahiwainnailaihirajiun.


Tak dapat nak describe rasa ni. Abah pergi, lepas tu Ibu, now, cousin yang muda antara kami pula dijemput Ilahi. 

Sedih hilang Abah dan Ibu pun tak habis lagi, now tambah pula dengan pemergian yang tidak dijangka. Kami baru je jumpa dalam program family day dan kenduri Pak Itam minggu lepas. Nampak sihat dan elok aja Daos.

Teringat time family day, Daos cakap, "Kaklong ambik tak gambar saya? Beriya ambil gambar, gambar saya ada tak tu?" Sambil gelak dia cakap. I thought, ia borak biasa je pada waktu itu sebab gambar yang I ambil pun random je. Allahu akhbar, dia seakan tahu masa dia nak pergi dah dekat. Dia suruh ambil gambar dia, untuk kenangan agaknya, tapi I tak ambil pun =(


Berehatlah Daos di negeri abadi, Insha Allah kami semua pasti menyususul nanti. Daos yang baik, hero kami semua. Mulianya pemergian Daos ketika bertugas dalam operasi memadamkan kebakaran. Moga dikurniakan ganjaran syahid buatmu.

Insha Allah diberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga, Jannah dan Aisy untuk menempuh ujian ini. Alhamdulillah, sepanjang urusan pengembumian Daos, I kagum dengan kekuatan yang ditunjuk oleh wife Daos.  Semuanya diuruskan dengan sebaiknya.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakan dia dan maafkanlah dia.
13.12.2021
Mohd Firdaus Sulaiman (1989-2021)

Rabu, 22 Disember 2021

Reezqy masuk jawi

Salam semua,

Alhamdulillah, time posting ni dibuat, Iman Reezqy dah sihat sepenuhnya. Tergelak sensorang bila mengenang balik hari kejadian Iman Reezqy masuk jawi. Ommak ea siap tak boleh tidur malam tu. Buat solat hajat bagai. Ni semua gara-gara adik kedua pi post video anak dia meraung time masuk jawi seminggu sebelum turn Reezqy. Ommak yang tengok jadi trauma.

18 Disember 2021, Iman Reezqy selamat masuk jawi. Dia sendiri volunteer nak sunat. Asyik tanya bila boleh sunat. Dia jealous sebab asyik Daddy jadi imam. Dia nak jadi imam juga tapi belum sunat Ustazah kata, tak boleh jadi Imam. Haha.

Dah empunya diri volunteer, Ommak tak berlengah lagi terus daftar. Kebetulan kat office ada buat program berkhatan, walaupun Dedinya tak bagi, kita daftar dan bayar terus je. Dedinya kata kecil lagi, nanti ada training bola semua. I ok je kalau nak cancel, tapi sila bayar double untuk bayaran yang telah dibuat =p

Selalu kalau ada majlis, nak buat apa semua, mesti nak tanya Ibu. Sedih juga malam tu. Kalau Ibu ada, mesti Ibu dan Abah yang excited. Mesti akan beriya buat kenduri. Since dua-dua dah takda, kami buat apa adanya ajelah. 

Alhamdulillah, hari kejadian, awal pagi Mak dan Abah mertua datang. Terubat sikit la sakit rindu kat Ibu dan Abah.

Paksa semua pakai baju kurung bertanjak bagai. Baju semua dan singkat, kalau tak pakai time ni, bila lagi nak pakai. Baju raya semua jenis gitu, beli mahal-mahal, pakai sekali dua, then tahun depannya singkat dah. So, ada majlis gini, pakai ajelah.

Family potrait. Gegar sikit. Minta tolong Abah yang ambil. Jadila, ada juga gambar kenangan.

Men to men talk. Dedi dia kata, Abang jangan takut. Macam gigit semut je sakit dia bang. Ok je Abang nanti. Haha.

Sebelum kejadian, elok ajelah. Melompat-lompat, ke sana sini. Gelak-gelak, main handphone. Nasib baik sebelum dia takda yang meraung.

Reezqy turn yang ketujuh. Elok aja dia masuk, Ommak kat luar deh berdebar dah. Mula-mula keadaan ok je, lima minit lepas tu dengar macam suara orang menangis. Haha. Hujan lebat dah Nilai. Raungan Reezqy pembuka majlis sebab lepas tu, semua pun ikut nangis.

Since sunat time Covid, hanya seorang sahaja penjaga yang dibenarkan masuk. I kenalah tunggu luar. Tak senang duduk dengar anak yang melalak kat dalam. Reezqy siap cakap kat Doktor saya nak cancel, saya tak nak sunat. Halahaiiii Reezqy!

Ni time dah keluar. Adalah video I record time dia keluar tu. Menjengket-jengket jalan dengan air mata menitik. Kesiannnn anak Mami. Nampak muka I je dia cakap, Dedi kata sakit macam gigit semua je, ini sakit macam kena gigit harimau.

Haha.

Macamlah tahu harimau gigit tu macam mana rasanya =p

Dedi pujuk sambil janji macam-macam.  Punyalah risau anak bujang nan sorang ni meragam nanti.

Family potrait after masuk jawi.

Dua tiga hari lepas sunat tu ok. Masuk hari keempat, Reezqy mula buat hal time malam. Dia start menangis kata sakit. Mak mertua pesan, suruh ketuk lutut. Dedinya lah yang berjaga malam mengetuk lutut. Sorrylah bang, walaupun Mami yang daftar sunat, tapi semua urusan menjaga, membasuh, Mami serahkan kat Dedi je.




Dalam empat ke lima hari lepas tu, sihat dah nampak luka sunatnya. Cuma tuan punya badan je lah yang takut-takut. Gigih lagi berseluar dalam tempurung tu. Punya takut pakai seluar.


Hari kelima, bagi reward bawa keluar makan. Lega hati tengok dah sihat. Walaupun tak kena layan ragam Reezqy, berjaga malam semua tu, tetap juga rasa lega sebab  hal masuk jawi dah setel dan takda apa-apa masalah time proses berpantang dan penyembuhan.

Tahniah Iman Reezqy.
Bujang dah Abang!

Till then!
Wassalam.

Khamis, 9 Disember 2021

Disember yang sedih dan gembira, tata 2021!

 
"It's the kind of wound that would never heal, but we only learn how to manage the time" ~ Lisa Surihani

Today, genap setahun Abah pergi. Setuju dengan quote LS. Ya, luka yang tak pernah sembuh, tapi kita terpaksa meneruskan hidup dengan luka itu, memperbaiki diri dari hari ke hari, sebelum kita sendiri pula dijemput pulang. Insha Allah Abah dan Ibu, moga kita sekeluarga dapat berkumpul di 'sana' nanti. Melihat gambar kenangan ini, tenang dan damai. Itulah harapan kami semua, agar Ibu dan Abah tenang dan tersenyum gembira seperti ini juga. Ya Allah, ampunilah segala dosa Abah dan juga Ibu, rahmatilah mereka dan tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang kau redhai selalu.

2021 semakin hampir melabuhkan tirainya. Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberi kerajaan, semua semakin 'sibuk' semula dengan urusan dunia termasuk la kami juga. Dalam takut-takut untuk keluar, kebebasan yang diberi ni sedikit sebanyak dapat  bantu hilangkan stress berkurung dan hilangkan rindu pada ahli keluarga.

Kami berpeluang memenuhi beberapa jemputan walaupun ada sesetengahnya rasa awkward hadir sebab Ibu Abah dah tiada. Lain sangat rasa. Dulu pergi, bawa Ibu dan Abah. Kena tunggu lama, sebab Abah kalau dah jumpa adik-beradik memang tak nampak jalan balik. Haha! 

Sekarang, kalau boleh nak cepat balik. Tak tahu nak borak apa. Nasiblah sekarang SOP tak boleh berlama-lama, ada lah juga alasan nak balik cepat. Ini gambar last week. Kami ke Meru, rumah Adik Abah. Tahniah Apak atas pertunangan anak perempuannya. Tengok muka Apak, teringat arwah Abah. Mukanya, warna kulitnya saling tak tumpah. Gelak dan suka berselorohnya pun sama.

Berpeluang juga menghantar hadiah hari jadi kepada Adik Ibu, Makcik. Ni lah tempat kami menumpang kasih. Happy birthday Makcik! Happy makcik dapat bunga. Since kat office, musim bunga ni, kita pun order jugalah. Nak bagi kat Ibu pun, ibu dah takda. Hadiahkan pada makcik sebab tahu makcik suka bunga.

Bertugas selama 8 hari untuk Majlis Konvokesyen USIM! Alhamdulillah, dapat menyumbang tenaga, walaupun ianya tak sebesar mana. Orang belakang tabir je tapi sama-sama meraikan para graduan sambil menjaga SOP dan doa banyak-banyak takda perkara yang tak diingini terjadi.

Seterusnya, memenuhi jemputan Mak Itam dan Pak Itam (adik Ibu) untuk majlis tahlil dan doa selamat seterusnya meraikan anniversary perkahwinan Pak Itam yang ke 34 tahun. Dulu, Pak Itam tak sempat bersanding waktu menikahi Mak Itam yang berasal dari Sabah.  Ada rezeki lebih, anak-anak menunaikan impian Ayahnya.

Dah nak hujung tahu, kenalah completekan segala KPI company dan kejar segala due date sebab nak tutup akaun. Haha. Tukar bos besar, bertukar la pendekatan tugasan kerja kami. Hmm, next Bos, kena hafal juz Al-Quran pula agaknya nanti =p 

Sempat juga meluangkan masa menyambut hari lahir Emak Mertua. Selang sehari dengan tarikh Abah pergi. Selamat hari jadi Mak. Semoga emak dan abah sentiasa dalam lindungan Allah swt, hidup bahagia dunia akhirat.

Alhamdulillah, untuk segala nikmat yang dipinjam Dia.
Till then!

Wassalam.


 

Jumaat, 17 September 2021

Fasa Tiga: keluar dengan keluarga


 Salam semua,

Alhamdulillah,  Negeri Sembilan dan beralih ke fasa tiga dan tak lama lagi, Insha Allah akan  ke fasa empat. Beralih ke fasa tiga, banyaklah SOP yang dilonggarkan. Dapatlah kami bawa keluar anak-anak. Itupun, kami tetap cuba keluar awal dan cari tempat yang tak ramai crowd. Agak dah mula ramai orang, kami pulang. Rasa takut pada Covid tetap ada. Lagi-lagi ada pengalaman ahli keluarga yang kena, tetaplah kami berjaga-jaga. Balik dari keluar pun, memang wajib mandi semua.

Ikut takut memang tak nak keluar tapi sampai bila? Kita pun dah kena biasakan dan pandai-pandailah jaga diri juga nanti bila dah masuk fasa endemik. So, dari sekarang, kena la praktiskan semua norma baharu yang telah ditetapkan.


Cuti Hari Malaysia haritu, sekali lagi ke Ulu Bendul, Kuala Pilah. 6.30 pagi dah gerak ke sana. Orang kedua sampai. Haha! Lepas pacak khemah, terus get ready untuk sarapan. Kali ini pergi well prepared. Bawa bihun, ayam dan daging perap, kentang dan sosej untuk goreng. So, while depa mandi, I lah yang kena masak semua. Cuti pun tetap dapur berasap, takda cuti!

Dalam tengahari, orang dah mula ramai, kami pun mula berkemas. This time, takda singgah mana, terus balik rumah, mandi, basuh baju, khemah semua, then semua bantai tidur kecuali I. Kita sambung layan drama korea.


Weekend lepas kami ke Seremban Dua. Pergi ke taman yang ada replika dinosaur. Tempat fav Reezqy. Nak sampai ke atas ni kena berjalan sikit, mendaki naik ke atas tu. Mengah dibuatnya. Spent time kat situ sampai matahari terbenam, then dinner kat ada satu kedai tomyam yang kami terjumpa on the way  nak balik. Yang bagusnya, surau kat situ boleh guna, so takdelah terkejar-kejar nak  balik. Rasa enjoy dan happy makan kat kedai tu sambil menikmati langit malam. Ya Allah, lamanya tak dapat macam ni =,)



Ikut husband buat morning routine dia, jogging! Ada pula tempat cantik untuk bergambar, so jom abadikan kenangan dapat keluar ni!

                                             Enjoy every moment before it becomes a 'memory'

Petang pun kadang, ikut husband keluar joggig. Ikut mood I la. Rasa nak keluar, ikut. Kalau taknak duduk la rumah hadap tv ataupun keluar borak dengan jiran.


Our first dine in! Lunch di Nasi Ayam Kak Lina area Senawang. Lamanya tak makan kat sini so bila ada peluang kita singgah lah walaupun budak-budak ni berzikir nak Mc Donalds. Yang itu, order food panda pun boleh nakkkk oi.



Ulu Bendol kali pertama. Yang ini memang unplanned. Pagi tu time Azreen siap nak jogging, I cakap, jom pi Ulu Bendol. Haha! I tahu dia marah, tapi dia capai juga khemah dan apa yang patut. =p Terima kasih Ya Allah, kurniakan suami yang baik hati gini, selalu beralah dengan isteri haha.*tibeerrrr

Pergi yang ini memang redah aja so bila tengok orang kiri kanan bakar itu ini, terus cakap, next time kita datang kena buat bakar-bakar ni B. Telan air liur ajelah Azreen mendengar. 

Seronok pergi time ni sebab ikan pun banyak berenang-renang di celah batu. Pergi kali kedua, lari dah ikan semua sebab makin lama makin ramai kot orang datang. Dah tak tenang dan aman ikan kat situ.

 Merenung nasih diri sambil ada orang snap gambar ini. Paparazi di mana-mana aja! I kalau sensorang kang mula la, teringat itu, teringat ini. Tu suka busy kan diri. Orang pergi taman, jogging! Yang kita lagi suka menghayati keindahan alam sebab dah malas nak berlari =p


Cinta hati saya! Sport outfit kan main tapi tu lahhhh. Kak Ain dah malas dah! Sejak Ibu dah Abah pergi ni, memang separuh dari jiwa I pun hilang dah. UBL tah ke mana. Rasa sedih makan, rasa happy makan, stress pun capai makanan juga. Tu yang mendapat gula dah border line, Pre Diabetis.

Moga senyum itu akan terus kekal dan jangan hilang, Insha Allah. Sorry B, gambar you tak elok =p


Kami juga ada ke Port Dickson, tapi tak check in. Nantilah, bila orang dah tak tertumpu ke hotel, baru kita check in. Kami hanya habiskan masa di tepi pantai, makan-makan dan bila tengok orang dah mula ramai, kami pun berkemas pulang. Itulah cara kami bila keluar =)

Stay safe semua! Untuk negeri-negeri yang masih di fasa satu dan dua, sabar ya. Masa anda juga akan tiba nanti, Insha Allah.

Till then! Wassalam.



Rabu, 8 September 2021

Kehilangan penuh kerinduan

Salam semua,

Ya Allah, rindu betul dengan Ibu dan Abah. Bila rindu, tengok gambar, tengok video, rasa macam Ibu dan Abah dekat, terasa seperti masih ada =( 

Tak tahu macam mana nak describe rindu tu. 

If, anak kat hostel, rindu anak, pergi ke hostel, jumpa anak, hug anak, hilang rindu tu. Ini, rindu orang yang dah tiada di dunia. Tak dapat lagi nak pegang, tak dapat peluk, tak dapat tengok depan mata.

Waktu Ibu meninggal dunia, sampai aja rumah, melihat tubuh Ibu yang terbaring kaku, terus buat apa yang patut. Sedih, tapi banyak tanggungjawab nak kena buat. Urus dan bersihkan Ibu dengan makcik dan adik. Uruskan tetamu ikut SOP yang ditetapkan. Mengaji tanpa henti petang dan malam tu hingga ke pagi. Bila dah pagi, ready kan semua urusan mandi jenazah dan kapankan Ibu. Adalah menangis sekejap, kemudian terus uruskan apa yang patut. Urus anak lagi. 

I dan adik-beradik pun masing-masing menahan sedih, I rasa. Kena tunjuk kuat di  depan satu sama lain. Kena tunjuk kami redha menerima ketentuanNya. Waktu uruskan barang-barang Ibu, mana yang nak sedekah, mana yang nak ambil, kami  buat sambil gelak-gelak aja. Lebih pada nak menenangkan hati, menutup duka.

Balik Nilai, Allah bagi peluang untuk I bersedih. Allah gerakkan hati balik awal. Sampai rumah, banjir kat dalam rumah. Terduduk time tu. Ya Allah, bertimpa-timpa ujian datang. I ambil peluang menangis semahunya time ni. Melepaskan apa yang terpendam dari hari Ibu dikebumikan. Azreen pun diam aja. Dia tahu I sedih. Sama-sama bersihkan rumah, sambil I tak berhenti menangis.

Paling menyedihkan, bila tengok banjir tu, I ambil handphone nak call Ibu =,( Selalu apa semua nak tanya Ibu. Dalam keadaan ujian datang tu memang ingat Ibu ajelah. Laju-laju istighfar, ingatkan diri yang Ibu dah takda.

Rindu Abah usap kepala I bila sedang bersedih atau ada benda tak best  jadi. Tindakan simple aja, Abah usap kepala dan cakap, Sabar kak! Cukup hilangkan serabut yang ada dan dapat tenangkan diri.

 

 
 
Ada sekali haritu, pakai baju raya Ibu time bertugas kat PPV. Baju raya Aidilfitri Ibu tahun ini. Ain dah kurus sikit bu, haha! Tu yang muat pakai baju Ibu time Ibu sakit.

Ya Allah, ampunilah Ibu dan Abah, rahmatilah, sejahterakan dan permudahkan segala urusan Ibu  dan Abah di sana. Kurniakanlah Ibu dan Abah syurgamu tanpa hisab, Ya Allah.

Rindu.... =,(



Selasa, 10 Ogos 2021

Julai, 2021 updates!

Salam Tahun Baru Hijriah semua!

Semalam, kita semua terkesan dengan pemergian Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu. Allahu Akhbar! Pengakhiran yang dicemburui oleh semua. Perginya disebabkan wabak, melahirkan anak, diredhai oleh suaminya dan diiringi oleh doa ramai umat manusia. Tenanglah Sarah di sana. Insha Allah, moga dikurniakan shahid buatmu Sarah, Bidadari Shuib.

Semalam juga, time Azreen inform berita Sarah pergi, I mamai nak capture berita tu. Hadiah tahun baru Allah bagi. Bangun tidur rasa berpusing-pusing. Pejam mata lama, buka mata balik pun tetap nampak berpusing semua. Try duduk, rasa ada benda lak menolak dada. Terus cepat-cepat ke toilet, muntah. Siap cakap, tak kan pregnant kot sambil urut kepala! Haha.

While nak hadam keadaan badan sendiri, terpegang lak handphone, Ya Allah, calls, whats app berderet tak tengok! Lagi rasa pening sebab banyak benda tak settle. Dalam pukul 11, suruh Azreen hantar pergi klinik. Takut sebenarnya. Takut if, I pun pergi macam Sarah. Sampai ke situ ok, fikir! Takut juga, if I pergi, macam manalah anak-anak. Tu yang pergi juga klinik. Macam biasa, low blood pressure. Doktor siap pesan, tolonglah jangan sakit, kalau boleh, jaga kesihatan. Dah makan ubat, Alhamdulillah hari ni rasa ok.

Tahun baru 1443H dah. Moga yang baik-baik sajalah untuk tahun baru ini. Moga dikurniakan pengakhiran yang baik-baik juga buat kita semua, Insah Allah.

Sempena cuti hari ini, moh la kita update cerita Julai. Rajin ambik gambar, lepas tu simpan aja dalam handphone sekarang. 

 

 

Masih bertugas lagi sebagai Sukarelawan PPV. Ada sekali bertugas haritu, ada someone tanya soalan cepu emas. Ain tak kenal saya ke?

Haha! Zaman sekarang ni, semua dah bertutup litup, dengan mask, face shield lagi, memang payah nak cam orang. Terserempak dengan rakan office lama!


Sebelum permergian Siti Sarah, kami semua terkesan dengan pemergian rakan bola tampar merangkap Coach kami, Pok Jat. Perginya mengejut. Dalam banyak gambar, ni je yang I terjumpa. Allahu akhbar! Selamat jalan Coach! Insha Allah, suatu hari kami pasti menyusul jua.


Dapat bertugas sekali dengan Kak Muna! Selalu memang takda geng pun time bertugas. Nak selfie-selfie pun malas.


Sukan Olimpik. Dua pingat untuk Malaysia. 1 gangsa dan 1 perak. Tahniah para Atlet. Menang atau kalah, kami semua bersemangat aja tengok dan sokong semua acara. Dah layak ke Olimpik pun satu kejayaan dah. Menang pingat pula satu bonus.

Olimpik pun dah melabuhkan tirainya semalam. Rindulah  acara-acara balapan lepas ni! Fav tengok acara 100m dan 4x100. Ulang tengon pun takpa. Lepas ni,  tunggu tahun 2022 untuk Sukan Asia dan Sukan Dunia.


Happy 5th birthday Rayeesa! Birthday PKP, muka-muka ini je lah yang menghiasi. Haha! Rayeesa kata nak sambut birthday kat Tadika dengan kawan-kawan, tapi nak buat macam mana nak oiii. Semua orang pun terkurung sekarang ni. Ada rezeki nanti Mami beli kek lain ye untuk makan dengan kawan-kawan dan teachers.


Petang birthday Rayeesa tu, kami edar goodies bag. I pun ada buat sambal goreng jawa untuk sedekah kepada jiran-jiran sempena 44hari arwah Ibu pergi. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan jiran-jiran semua.

Kejiranan I ni selalu aja ada yang kongsi rezeki. Ada je parcel makanan diterima setiap minggu. Dulu nak pindah sini, terfikir juga, macam manalah nak hidup kat rumah comel ni tapi Alhamdulillah di kawasan rumah comel ni, Allah kurniakan  jiran yang  baik hati dah saling tolong-menolong antara satu sama lain. Rezeki juga ni, rasa happy tinggal di sini.

Second dose selesai! Risau juga nak ambil second dose sebab esoknya birthday Rayeesa. I nak masak-masak. Alhamdulillah, esoknya dari pagi sampai petang takda rasa apa. Malam tu lena tidur penangan second dose haha! Azreen ajelah yang cari panadol sebab sakit kepala esoknya. Lepas makan panadol, dibantai tidur tak ingat dunia.


Sempat juga singgah kat kiosk kopi comel Monti Keopi di UKM. Bila lah USIM nak ada kiosk kopi gini ya? Dating anniversary juga la ni sambil vaksin sambil paksa Azreen minum kopi. Haha.


Dua menu wajib time PKP. Roti jala dan Apam Beras. Roti jala tu, kalau hari-hari pun takpa kata Rayeesa. Masalahnya, ommak kau yang penat nak berdiri dan lenguh tangah  menjala nak oiii.

Apam beras tu, kalau rindu kat arwah Ibu, mesti laju aja buat. Kuih ni lah yang betul-betul I menuntut kat Ibu. Alhamdulillah, makin hari makin cantik kejadiannya.

All the best kakak! Dedinya dah daftar kan kelas silat. Semua ada kelas tambahan sekarang. Reezqy dengan bola, kakak dengan silat. Moga berjaya lah dalam apa jua aktiviti yang diceburi. Sekurang-kurangnya, masa terisi juga dengan perkara berfaedah. Kalau tak asyik tengok handphone aje semua.

Till then semua. Takce care dan moga cepatlah kita boleh rentas negeri ya. 

Wassalam!