Actually ni program bulan April lepas, tapi untuk rekod, meh kita tepek dalam ni. Biar lambat post, daripada takda rekod langsung kan? *rollingeyes
Program dimulakan dengan sesi warming up bersama anak raja Negeri Sembilan yang juga merupakan perasmi program pada hari tersebut. Hello Rayeesa, pendaki paling muda kot pada haritu!
Thank you Salman dan Walla for inviting akak sekeluarga. Dah tak jumpa sangat dah mereka berdua ni since I bertukar jabatan.
Selesai warming up, so moh le kita! Tu yang depan tu rombongan diRaja. Kita rakyat marhaen jalan belakang ajelah. Di permulaan I kendong si Rayeesa. Track tak lah susah mana. Kakak Raneeya lelap mata aja sampai puncak dah. Nampak tak betapa mudah sangat laluannya tu.
Halfway, I pass kakak Raneeya tu one of the Guider sebab time ni Reezqy buat perangai nak Ommak ea dukung. Rayeesa pula suami la yang kena kendong.
Nasiblah mak kau ni sado Reezqy, so layan jugalah dokong kau. Memang macam-macam hal kalau bawa Reezqy ni. Ada aje dia komplen.
Abang penat Mami.
Abang haus.
Abang peluh-peluh.
Abang tak boleh jalan dah.
T_______________T
Yes, akhirnya kami sampai di Puncak Bukit Beruang. For beginner, sila lah datang sini. Tak susah mana pun track sini. Tinggi pun ok je. Tengok bawah tu, clear lagi nampak ladang kelapa sawit, means tak berapa tinggi la tu.
Reezqy tu, biorlah dia mencari mood untuk didokong dibawa turun lak.
Kepuasan mendaki ni pada I bilamana kau dapat tengok keindahan dan kehijauan alam ciptaan Tuhan. Lain bukit, lain keunikannya. Pemandangan pun berbeza indahnya.
Last but not least, bergambar bersama Bos besar dan Pro Canselor Kampeni. Dedua ni naik laju, turun pun laju je. Fit sungguh!
Ok dah. Wassalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan