Isnin, 4 Jun 2018

Rutin Ramadan.

Bulan Ramadan pada I adalah bulan keluarga.
Time ni lah, dapat duduk semeja, dapat tengok muka semua sambil tunggu waktu berbuka.
Anak-anak pula, time bulan 'kuasa' paling dinanti sebab dapat lesen makan sendiri.
Haha.
Kalau bulan lain, memang kena bersuap sebab mak kau jenis malas nak kemas nasi yang bersepah. ;)

So, as a Ramadan routine, kami akan berkumpul di rumah pusaka. Tahun ni, hanya dapat join belah abah je. Untuk belah ibu, since I akan beraya di rumah suami, maka takkan dapat join Iftar Family sebab belah sana biasa dibuat time Ramadan terakhir.

Even I tak rapat dengan saudara belah abah =p (mostly gitu kot, akan lagi rapat dengan belah ibu), tapi bila berkumpul ramai-ramai macam ni seronok aje.

Family belah abah, dia punya aturcara tu, dari berbuka, Maghrib berjemaah, sambung makan balik, Isyak berjemaah sambung Terawih, dan diakhiri dengan moreh. Complete!

Yang jenuh team perempuan lah. Nak berkejar kemas, buat kopi, kejar anak lagi.
Lagi-lagi anak I, sebab jenis suka pi mengadap muka orang solat T__T

Terasa juga penatnya tu, tapi apalah nak berkira kan. Bukan selalu pun nak berkumpul begitu. Yang penting, berkerjasama, so, semua yang berat akan menjadi ringan.

Antara lauk yang sempat di ambil gambar. Time ni tak semua sampai lagi. Dekat-dekat nak berbuka, terus lauk pauk beranak-pinak, menu meja dan tikar pun bertambah.

Alhamdulillah, selesai Iftar side abah.

Tahun ni juga Iftar terasa suramnya, sebab ada juga yang tak tunjuk muka kesan #PRU14 yang lepas =(  Kenapalah idealogi politik yang berbeza dijadikan penghalang silaturrahim keluarga. Tak paham aku!

Semoga di bulan yang mulia ini, hal-hal perbezaan politik ini akan dilupakan, so bila Syawal nanti dapatlah semua beraya bersama, Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan