Memaparkan catatan dengan label Legacy Ponam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legacy Ponam. Papar semua catatan

Selasa, 22 September 2026

Little Chef Workshop

Salam,

Program si adik join anjuran Team PIBG sekolah dengan kerjasama Gastro Hub, Nilai. Beriya nak join sebab dia kata nak belajar buat cupcake. Ada dua sesi, sesi pagi buat pizza, sesi petang buat cupcake. Dia minat cupcake so pergi yang sesi petang sahaja.

Ommak daftarkan je lah. Roger adik sekali suruh daftarkan anak dia. Ada la geng si adik tu nanti.

Lepas register pukul 2.30 tu, anak-anak di panggil untuk dipakaikan apron dan  topi.


Happy adik!


Sekali jumpa classmate dia. Lagi happy sebab ramai kawan.


My girls.


Parents boleh tunggu tapi tak boleh dekat-dekat.


Sambil menunggu, kami try menu yang ada di Gastro Hub. Ada juga dijual fresh flowers kat sini.


 Antara menu yang kami cuba. Semuanya ok je bagi I. 


Antara peserta yang join. Comel je semua. Colorful apron dan topi mereka. Menunggu turn untuk deco cupcake mereka yang baru keluar oven.


Cupcake adik. Decoration sempena Hari Kebangsaan.


Beginilah je lah parents dapat tengok dari jauh. Haha.


Me & my sisters.



Alhamdulillah, dapat tunaikan permintaan budak-budak ni yang nak sangat pi kelas cupcake. Nasiblah team PIBG sekolah rajin buat program. Dapatlah join kelas yang di sekitar Nilai je.


 

Selasa, 19 Mei 2026

Piknik at Pantai Bagan Pinang, Port Dickson

Salam,

I always cemas kalau adik nombor dua whats app pagi-pagi. 
Haha. Knowing her yang selalu slowmo, yang always lambat dalam semua perkara, kalau dia whats app pagi-pagi ni, mesti ada sesuatu.

Dan, yang i takuti, memang terjadi.
Dia ajak pi mandi laut.
Haha. Bendah yang i paling tak suka!
Tapi disebabkan the cousins di dah lama tak jumpa, anak-anak pun excited Mak Ngah ajak mandi laut, maka, bersiap la kita semuanya.

Husband tak ikut, so kena la Mak Lang ambil kita di Nilai.


Tadaaaaa. I sempat goreng maggi, bawa salad, 3 biji oren dan bakar ayam sikit je. Yang lelain semua Mak Ngoh dah sediakan.

Breakfast di Pantai Bagan Lalang, Port Dickson. Adik ipar la nak try kat sini. So kita ikut je la. Selalu port I kat Pantai Purnama, PD je.


Kegembiraan. Kebahagiaan. Kesukaan kanak-kanak. Kakak tak ikut time ni sebab dia sibuk latihan kawad MSSD.

Cantik ya pantai Port Dickson sekarang. Dah macam kat Langkawi lak rasa sebab airnya jernih dan kebiruan. Ke sebab i dah lama tak pergi pantai ni? Haha.


Mak Ngah yang riang misi dia tercapai.


Mak Lang tak boleh hidup tanpa kopi. Thanks Mak Lang belanjaaa.


Dalam pukul 1 macam tu, air mulai surut. Terjerit-jerit I dah macam kat rumah sebab budak-budak makin ke tengah laut sebab i dah cetek.


Siap boleh jalan ke tengah laut ya. Beriya kami jalan ke tengah pulau ni.


Ewahh, yang ini macam kat perhentian lak sebab boleh jalan atas pasir di tengah lautan sebab air surut.


Yang dua orang ni taknak balik ya. Seronok dapat jumpa, seronok dapat mandi sama-sama.


Ommak dah menggelupur panas ni nak oiiii.


Orang dah siap-siap nak balik, yang bongsu pun sampai. Singgah sekejap jumpa kakak-kakaknya.

 

Khamis, 19 Februari 2026

Salam Ramadan 1447H!

 Salam semua,

Ramadan Kareem, Allahuakram!
Selamat berpuasa semua, semoga setiap amal ibadah kita pada tahun ini diterima Allah s.w.t, amin.

This year, Chinese New Year jatuh pada Selasa dan Rabu, kemudian khamis berpuasa, so, longggg weekend holiday! Best! I ambil cuti pada hari Isnin untuk settlekan preparation berpuasa.


Sebelum raya, bawa gegirls pi spa dan potong rambut sesiap. Awal tak kalut. 


Sawang dah clearkan, peti ais dah bersihkan, langsir pun semua siap basuh. Nak menunggu husband pasang, lamberrrttt nau, kita ambil je la tangga pasang sendiri. Isteri-isteri ni, gitulah. Husband hilang, je auto semua gagah perkasa.

Isnin pagi dah settle semua termasuk top up groceries, kita gerak balik Melaka. Walaupun Ibu Abah dah takda, tetap berbahagi juga giliran sambut puasa dan raya sebab kitonyo adik-beradik semua hidup lagi. 

Keluarm awal pagi tu sebab aim nak singgah Warung Bam Bam di Bukit Chedang, Seremban. Lama tak datang sini. Puas hati dapat makan Nasi Lemak Bam Bam (Rendang ayam campur sambal sotong kering). Kalau ada kangkung tu, mesti lagi terangkat makan.





Malamnya, solat maghrib berjemaah, baca yasin, then kami sambut birthday Adik ketiga. Buat Stemboat je dan beli kek.


Gegirl Mamilong & Kakak Rayeesa 


Yang ini, takda dalam agenda, tiba-tiba adik cakap, jom kita cat pagar! Sauk je la baju apa yang ada. Sambil mengecat, jiran dan saudara dok bertegur sapa, siap jemput datang beraya. Gitulah kan kampung, ramah mesra acik-acik semua.


Ajak adik arwah Ibu join juga.


Nampak sikit je yang nak kena cat dan rasa boleh je settle satu hari tapi tak pun. Dengan cuacanya kejap panas, kejap hujan, 3 hari juga baru selesai cat.


Bising si kakak sebab warna tak estetik. Haha! Ni kampung anak oi. Warna kena bright, baru orang  nampak! =p


Makcik pun ada jemput datang rumah dia ajak lunch bila dia tengok kami semua busy mengecat. Alhamdulillah, rezeki dapat makan masak omak-omak.


Insha Allah, raya nanti kami berkumpul lagi abah ibu. Jangan risau kan kami, kami semua baik-baik saja =)




Khamis, 8 Januari 2026

Papa Zola The Movie with Kiddos

Salam semua,

Dari mula cuti sekolah lagi anak-anak dah ajak pergi tengok movie Papa Zola tu, tapi makpaknya busy, kita hold la dulu. Lepas tu pesan kat adik, kalau nak pergi tengok, kami nak join. Nak bagi cousins ni tengok movie sesama.

Tengok FYP, movie ni pecah panggung. Kutipan berjuta. Yelah, tayang time cuti sekolah kan, confirm tiap hari penuh panggung. Target audience kanak-kanak lak tu, mesti macam anak-anak I juga, hari-hari tanya bila nak tengok Papa Zola.

Feedback dari penonton semua cakap best siap ada yang mengalirkan air mata. So, moh la kita anak-anak dan anak saudara semua.

Wayang kat Nilai ni dah tutup so adik I cadang pi tengok kat My Town, KL. Dia ajak lak pergi naik MRT. Baru la adventure cuti sekolah kata dia. Haha!

I sampai awal kat  Stesyen Sungai Jernih ni dalam pukul 7 macam tu, tengok parking semua penuh. Terus call adik tanya nak parking mana.

Adik gelak je cakap, jangan percaya. Parking board tu gilo! Naik  je ke tingkat 3, situ parking untuk ke MRT.

Booking tiket pukul 9.30 pagi, kenalah kita awal ya. Orang Nilai sampai awal dari orang Semenyih =p

Memang kosong parking kat tingkat 3 tu. Tak banyak kereta pun. Sambil menunggu family adik, kita explore sat Stesyen MRT Sungai Jernih, Kajang ni.

Sambil explore, tiba-tiba mamat baju putih tu tegur suami. Dia minta duit nak isi minyak motor. I tanya husband bagi ke tidak, dia cakap tak! Alahaii, minyak motor je kan, bagi je lah RM5.

Husband cakap, cara dia bercakap pun lalok semacam, mesti mat pet. Kang bagi, dia beli barang.

Nowdays gitulah kan. Kadang kita kesian, tapi bila kesian, takut orang pula ambil kesempatan atau salah guna kebaikan kita. 

Dalam pukul 8 gitu, family adik sampai. Jom la kita!

Lamanya tak naik MRT. Now, dewasa, Malaysian kena top-up di IC untuk tiket. Nanti touch je IC, bila nak masuk. Kanak-kanak boleh beli coin di mesin tiket.


Kami dan family masing-masing.  9.20 sampai My Town. Kodai pun tak buka lagi.

Tengok peta kat mana lokasi GSC.


Yang dua ni, kalau dah jumpa mesti nak duduk sesama.




Happy watching Kiddos!

Memang best ceritanya seperti review yang lalu di FYP. Perjuangan Hero keluarga untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya  memang menyetuh perasaan. Gen Z dan Gen Alpha ni siap nangis ya, so mesej sampai dan hati tersentuh lettew =p

Berkorban tanpa meminta,
Mencintai tanpa berkata,
Terima kasih semua, para pejuang, Hero Keluarga!

Nice je kan quote ending tu. Achikk pun salah seorang yang cry juga. Haha!


Popcorn kebenaran wajib beli. 


Habis wayang, habis airmata, moh la kita lunch! Tadi mengejar waktu nak tengok movie, sarapan pun light je.


My girls 💖



Tak ingat nama kedai ni tapi kami makan stimboat & grill. Puas hati bila tengah lapar dapat makanan gini. Puas makan.

Dah kenyang makan, seret kaki ke stesyen MRT sambil bakar balik kalori. 


Time pergi tak ramai orang dalam MRT, bila balik dah petang, kena berdiri. 



Dah takda seat, kena la abang-abang pangku adik-adik ya.