Last 2 weeks hadir support program Hari Sukan Abang dan Adik. Berminggu juga depa dok training, dan ada juga acara yang yang diadakan awal.
So hari sukan nanti fokus acara 100m dan 4x100 je la untuk semua tahun.
This year, tahun akhir Abang join sukan sekolahnya dan diberi penghormatan mengetuai bacaan ikrar. Alhamdulillah, kenangan manis kan bang walaupun dia punya nervous asyiklah cakap, risau. Haha!
Rakan quartet 4x100m Tahun 6 Abang. Rifqy & Reezqy. Jauh benor beza fizikal diorang, tapi sama, dua-dua darjah 6.
Sesi training di sekolah. Ihsan gambar yang cikgu share dalam telegram rumah biru je lah.
Adik join dua acara je tahun ni. Dua-dua dapat pingat perak. Yang ini, team rumah biru, acara sukaneka, lari kepit bola.
Tibalah hari yang dinantikan, Hari Sukan! Moh la kita sekeluarga turun bagi semangat. Semua wajib pakai biru!
Tahniah Abang! Padu dan lantang baca ikrar.
Meriah perbarisan masuk dengan persembahan dari setiap rumah sukan dengan tema syarikat minyak di Malaysia.
Team pembawa bendera dan pembaca ikrar.
Quartet 4x100m L12. Alhamdulillah, emas!
Kami diehard fan rumah Biru. Biru tetap juara di hati kami, walaupun tak jadi juara keseluruhan.
Adik dapat nombor dua acara 4x100m P10. Adik memang melekat dengan kawan-kawan abangnnya je, so mana ada abang, situ ada dia.
Elok juga dia kenal kawan-kawan abang dia sebab kadang-kadang kawan-kawan abang dia tolong panggilkan dia dalam sekolah.
Daddy join acara untuk bapa-bapa.
Rumah biru!
This year terpilih sebagai Olahragawan sekolah sebab dapat 4 emas dalam semua acara yang disertai, 100m, Lompat jauh, 4x100m dan 4x200m.
Olahragawan SKDJ 2025!
Tahniah rumah biru, naib juara keseluruhan.