Memaparkan catatan dengan label RayaAin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RayaAin. Papar semua catatan

Khamis, 4 Jun 2026

Program Ibadah Qurban Anak Cucu Cicit Tijah Salim

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Semoga amal ibadah kita pada tahun ini diterima Allah swt, Insha Allah.


Tahun ni raya haji kami sambut di Melaka. Excited sikit this year sebab I organize program qurban untuk family belah arwah Ibu untuk pertama kalinya. I rasa ni je cara, nak kumpulkan semua ahli keluarga, dapat jumpa, gelak-gelak, makan sama-sama. Yang penting, dapat tengok semua ada depan mata.


Alhamdulillah, semua orang kuat I ada =)

Ambil tugas tukang timbang.


Amy bantu jadi Jurukira


Oleh kerana pakcik-makcik pun dah tak kuat mana, sepupu yang hebat bab qurban pun raya belah mertua, I decide, ambil khidmat yang dah siap sembelih, buang kulit semua. Diorang hantar bahagian untuk kita lapah dan buat agihan je.






Terima kasih semua. Takda diorang ni, tak jadi program.





Baca je lah ya caption i ambil dari gambar yang post kat Instgram.

Setelah berbincang, semua setuju, ambil sedikit bahagian untuk buat nasi daging.  Untuk jamu yang membantu. Menu yang terpaling mudah, tak renyah, tak banyak bahan, nak semua peringkat umur boleh makan. 


Syukran Husband. Dia memang terpaksa rela ikut je semua. Haha! Banyak sangat membantu. Lagi-lagi time nak program I tiba-tiba kena sakit pinggang. Memang nak tak nak, dia kena la tolong juga.


Ginilah keadaannya. Lembu dah bersih. Tinggal kita yang kena lapah, timbang dan buat agihan.


Ajis dan wifenya pun orang kuat I juga ni. Diorang dah biasa buat benda ni. So takat kepala lembut tu, sap sap soi je dia bersihkan.


Ajar juga Gen Z dan Gen Alpha ni ni cara melapah. Belajar la ya anak-anak. Kalau tak belajar, semua tak tahu nanti.


Ha, nampak! Ke mana-mana je berdua. Pendamping I, ke mana I pergi, dia sentiasa ada! 


Team rewang bahan nak masak.


Alahaiii sedapnyaaaa. Terkenang-kenang pula nasi daging ni. 


Ni pun function juga ni. Order je, barang sampai.


Time makan, jemput jiran-jiran yang berdekatan.


Millenials. Cousins yang sama-sama membantu.

Alhamdulillah, by zuhur, selesai buat agihan, selesai kemas pinggan periuk semua dan mana yang patut ditanam, selesai ditanam.

Isnin, 6 April 2026

Kisah 1 Syawal 1447H

Salam semua,

 Tahun ini, giliran beraya di sebelah suami. Seperti tahun-tahun sebelum ni, Mak mertua jenis akan masak rendang dan ready kan preparationnya untuk lodeh dan ayam masak merah malamnya.


This year, mak mertua nak try rendang daging resipi Khairul Aming. Haha! Tak nak kalah dengan nurtizen tu, nak juga try resipi KA. Kita follow je la walaupun tak tahu cemane.


Pagi tu juga tak pergi solat raya, terus ke rumah mak mertua bantu ready kan segala hidangan. Aidilfitri kan kena makan dulu sebelum solat. Mak mertua pun dah tak berapa kuat, kita yang sihat ni, kena lah bantu ready kan apa yang patut.

   My Imans 💓

Sebelum ke rumah FIL, I sempat juga buat cekodok pisang. Haha. Dah hujung puasa kan berbuka kat Kuala Lumpur, pisang tu terbangai je tak berusik. Kita buat je la cekodok. 

Makan cekodok di pagi raya kau hadooo? 
Haha.

Balik solat husband cepat-cepat ambil bekas tu sebab Pak Mertua siap bawa bekas cekodok duduk depan TV. Berebut pula dua beranak tu.

Tugas anak bongsu di Hari Raya, beli ais!

My anak bujang. Next year dah kena beli size dewasa la ya bang baju melayu. Beli size kanak-kanak ni, kena pi alter buka jahit seluar dangan tangan untuk labuhkan sikit.

The Imans with cousins

Mak pak The Imans.

FIL memang akan buat ketupat juga tiap kali raya. Tak feel raya kalau takda ketupat. I tengok kat TT, orang buat ketupat guna daun kelapa yang dah tua tu. This year nak try tak sempat. Nanti lah, kita cuba tahun depan. 

Family suami yang ada di pagi raya. Kakak kedua beraya dengan anaknya di India.

The adik-beradiks dengan mak pak.


Yang tetaplah buat sesi photoshoot sendiri tiap kali raya.

Tengok pangkin tu senget. Habis jahanam cousinku kerjakan. Orang bulan puasa ringan, korang bertambah berat lak ya! Haha.

 Lepas zuhur terus gerak ke Mantin jumpa family besar arwah Abah. Dalam gambar ni sebahagian je, ada lagi yang belum sampai termasuk adik-adik I. 

Balik Mantin sedang musim jambu putih ni. Orang makan lemang rendang, kau sibuk pergi petik jambu. Sedapnyaaa cicah cili kicap.

Dalam pukul 4 i gerak balik ke Melaka. Ni singgah jap gerai bunga apisebab budak-budak ni nak beli bunga api guna duit raya.
Alhamdulillah sempat sampai dan ziarah ibu abah sebelum  gelap. Ingatkan petang takda orang kat kubur, tak ya. Berderet kereta. Agaknya diorang pun macam kami, petang baru sempat datang ziarah.
 

Rabu, 1 April 2026

Salam Aidilfitri 1447H

Salam,

Dah 13 Syawal baru jumpa jalan ke blog ni.
Haha!
Lepas raya sambung cuti seminggu, naik kerja pula nak kena mengejar hantar report, now baru teringat nak letak gambar raya.

This year, anak-anak pilih warna Lilac untuk hari raya pertama. Tak berkenan dengan warna ni, tapi kita layan je lah. Sekarang dah time diorang untuk buat pilihan. Kita ikut je lah.

2027 pun dah ada warna untuk baju raya, si abang pilih. Adik pun dah buat pilihan warna untuk 2028. Insha Allah, panjang umur, nanti ommak tunaikan permintaan masing-masing ya.



My family. Itu je lah ahlinya. Insha Allah, takkan bertambah. Menua bersama suami sambil melihat anak-anak membesar.

The Imans. 3 beradik dunia akhirat.


The Imans dengan Dedi.


The Imans with Mami.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin!

Isnin, 23 Jun 2025

Aidiladha 1446H

Salam,

Memori Aidiladha post sini simpan untuk buat kenangan 💓


Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat sihat dan dapat melihat anak-anak buah membesar.
Raya Aidiladha kami seperti tahun-tahun yang lain juga. Persediaan masak di waktu malam, solat raya dan seterusnya bergambar. 

Selesai bergambar, masing-masing bebas dengan urusan sendiri. Yang lelaki pula membantu program korban pihak surau.


Abah dah tukar baju dah untuk ke surau. 
One photo for Aidiladha's memory 1446H.