Jumaat, 15 Februari 2019

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Salam semua,

Weekend kami, kalau tak balik kampung, memang husband akan ajak jogging or hiking. Anak-anak pula jenis yang memang bangun pagi, so untuk bangun memang tak berapa nak ada masalah. Tang bersiap tu, kadang tak mandi pun diorang ni, suruh gosok gigi dan tukar baju je. Haha!

Don't worry, anak-anak je tak mandi, makpaknya mandi.

Kali ini kami ke Taman Saujana Hijau, Putrajaya. I tahu tempat ni sebab ada perasan orang upload gambar pre-wedding dan gambar kahwin kat sini. Che Ta pun sama kot kalo tak silap.

Time sampai ni dalam pukul lapan pagi, tapi matahari dah mencanak dah. Taman ni cantik dan luas yang amat. Memang confirm berpeluh la kalau berjalan. Time tu husband je jogging. I malas. Berjalan pun dah penat, lepas tu mengejar the kids lagi. Poloh-poloh dah.

So greeny, sejuk mata memandang. Banyak pokok Krismas anak-anak  I kata.

Bab berjalan, berlari dan berkejaran kat sini, anak-anak ok je tapi bila disuruh bergambar, diorang mula tarik muka. Haha. Come on lah anak-anak, kau kena faham perangai emak-emak. Gambar ni penting nak mengulit kenangan nanti bila kamu semua dah besar!

Snap gambar pun ambil dapat je lah. Janji ada. Tapi view memang lawa. Kalau korang memang suka bergambar, memang banyak spot menarik untuk bergambar kat sini.

See, the kids memang happy berlari-lari. Tapi kalau suruh stop nak snap gambar, terus berubah muka. Haha.

Kesayangan semua ni walapun macam-macam ragam O_O

Reezqy berebut dengan Raneeya nak snapkan gambar. Ni lah hasilnya. Jadilah bang. Senget-senget pun tetap cantik di mata mak kau.

Memang takda chance langsung dan bergambar berdua. Mak memang suka kau enterframe gitu. Buat lagi Reezqy banyak kali. Buat lagi tau nanti.

1 ulasan: