Pagi tu, I memang dah plan, tak payah make up pergi office sebab I nak turun dan hadir Majlis Zikrullah dan Solat Dhuha office I. Even I ni si Urusetia yang menguruskan program itu setiap minggu, dari jamuannya, dari remindernya, tapi masa untuk turut sama tu memanglah terhad sangat. Ruginyalah tak dapat turun walaupun kawan-kawan selalu kata,
Kau tolong uruskan pun dah dapat pahala Ain.
So I nekad, haritu kena pergi juga. Lantaklah, apa nak jadi, kita tetap nak pergi juga. Kita nak pahala mengurus, pahala buat ibadah pun kita nak juga. Haha. Tamak!
Kemain lah kan, nekad semua. Sekali masuk Whatsapp Bos,
Meeting pagi ni masuk. Ketua Protokol kena ada.
Terus, pahala tah ke mana, hambiklah kau ahli mesyuarat mengadap muka I yang suci murni tanpa secalit make up. :p