Khamis, 7 Mei 2015

Happy birthday The Imans!

Alhamdulillah, walaupun tahun ini takde birthday party untuk The Imans, tiga kali jugalah diorang merasa potong kek birthday.

=)

27 April 2015.

Happy birthday kak Iman Raneeya. I ambil cuti kecemasan pada tarikh tu. Dengan Azreen pun I hangkut sekali sebab nak beli barang untuk program 29 April. Budak-budak pun tak hantar taska. Lepas dan settle barang program I, bawa The Imans pergi main pasir, terus lepas tu singgah Secret Recipe beli brownies seketul suruh staf SR letak lilin satu.

Then nyanyi-nyanyi sikit, makan-makan, belikan hadiah, balik rumah.

Muka sedih je sebab kek dia dah lah tak Frozen, lepas tu warna hitam lak tu. Haha. Itu brownies nak oi, memang lah gitu kalernya.

Alang-alang, terus nyanyi untuk dedua sekali walaupun birthday adik adalah pada 29 April 2015.  Sekali harung je lah dik ya.



Request nak main pasir sambil jadi princess. Ok fine, Mummy turutkan je.

My Ultramen my handsome boy. Takde perasaan je kena paksa ambil gambar.

30 April 2015


Since Iman Raneeya dah request nak potong kek di Taska, maka 30 April, dalam pukul 4.00 petang, I dan Azreen pi taska bawa kek.  Kan main, sebelum potong kek, kena buat circle dan  baca doa makan. Tengok dua beradik tu, kan main patuh pada arahan cikgunya.

Lepas dah baca doa, terus nyanyi lagu birthday dan potong kek. Kak Iman muka malu-malu je potong kek depan kawan-kawan.

Kek Frozen yang lawa ni I order kat The Sweet Wonders. Baguih juga idea deco macam ni. Patung Elsa, Anna dan Olaf tu siap Iman simpan. Memula ingatkan nak order satu kek Frozen, satu lagi tema Ultraman. Tapi bila fikir balik, banyak-banyak kek nanti tak termakan lak, so I order satu jelah.

Satu lagi I order Nutella brownies je untuk jamu kawan-kawan office. Budak office puji sedap brownies ni.

Suka Iman Raneeya dapat kek Frozen. Asyik lah nyebut, kek Frozen dia cantik, kek Frozen dia best.

Then, buat goodies bag sikit untuk kawan-kawan The Imans. Sticker guna je yang tahun lepas sebab tak habis pakai.

Untuk cikgu pun kita sediakan juga.

Iman Reezqy sampai tambah dua kali kek. Kena dengan selera dia lah tu. Selalu, benda manis jarang dia nak makan.

Kawan-kawan the Imans. Ramai yang takde sebab bercuti. Tengok budak baju merah tu. Geram je tengok. Chubby dan comel.


Comot-comot Iman Reezqy menikmati kek.

2 Mei 2015

Since minggu tu balik kampung, ibu I decide nak sambut pula birthday cucu-cucu dia kat Melaka. Ok, kita ikut jelah. Maka, buat makan-makan sikit,  baca doa selamat dan panggil saudara-mara untuk menjamu selera.



Tiga biji kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Nek Ani untuk cucu-cucunya. Mementang Nenek pi class buat kek, terus dibagi sorang sebiji kek terus. Haha.

Iman Reezqy (29 April), Iman Raneeya (27 April), Arif Daniyal (5 Mei)

Untunglah birthday dedekat, memang tiap-tiap tahun sambut sekali harung je. Haha.

Ha, yang baju pink dah tak menyabo tunggu lagu habis. Yang baju kuning dah tenyeh dah pisau kat kek.

Yang baju kuning 3 tahun, baju pink 4 tahun, yang pegang belon 2 tahun.

1 ulasan: