MAJLIS KALAM BITARA
KALAM YANG TAJAM
ILMUNYA PANJANG
KALAM YANG TAJAM
MENUSUK SUKMA
HUJUNG KALAM KALAU DIBENAMKAN
MENGGEGAR KE SELURUH ALAM
BIAS ULAS TINTA KALAM
IBARAT SEPUH EMAS
TIDAK LEKANG DALAM KELAM
~ PUAN HARIZA MOHD YUSOF
Tahniah kepada seluruh Jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Tengok husband I, sibuk je nak niru gaya kita. Haha. |
I digandingkan dengan Sifu MC yang banyak pengalaman. Terima kasih En. Yazid sebab memberi tips-tips menjadi pengacara dan tips untuk menghilangkan gemuruh I. =) |
Alhamdulillah, KPI I sebelum pencen nak mengacarakan majlis ini tercapai juga. Kahkahkah. Kemain, siap ada KPI!
Majlis Kalam Bitara ni dianjurkan oleh kampeni I untuk meraikan para penulis dan dalam majlis ini, para penulis akan menerima royalti daripada penulisan mereka. I pernah bertugas sebelum ini, tetapi bukanlah sebagai Juruacara Majlis. Ketika bertugas pada waktu itu, I tertarik dengan bait-bait bahasa yang diucapkan oleh Juruacara Majlis. Tak sangka pula tahun ini, I diberi peluang pula untuk mengucapkan bait-bait indah tersebut.
Alhamdulillah, selesai majlis, selesai semua beban yang ditanggung Urusetia, selesai juga tugas mengacara, baru boleh senyum sampai telinga. |
Dalam-dalam majlis besar macam ni, khidmat para Setiausaha tetap diperlukan untuk membantu mana yang patut. Sekali lagi, kami berkolaborasi untuk memberi khidmat bakti kepada Universiti. |
Ayam jantan si ayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi
Wabillahiltaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
=)
singgah pagi...
BalasPadamwah!tahniah..sbb berjaya ckp KPI..hihihi..
mesti gemuruh kan..nebes..huhu...
pengalaman yang pasti tak dilupakan :)