Isnin, 5 Februari 2018

Bukit Senaling: Awan Carpet & Magnificent View!

Haritu, bos besar company, gelakkan I sebab asyik dok naik Broga. Siap kata, orang tak pi Broga dah, layan Senaling lagi best. Ada awan carpet.

Ces!
Kot la Senaling tu dekat dengan rumah, memang hari-hari dah naik. Ini, sejam nak sampai ke sana. Since last week ada cuti Thaipusam, terus kami plan naik Bukit Senaling.

Kami tu, I dan husband ja. Anak-anak transit rumah adik. Ingat nak bawa juga budak-budak, tapi sebab first time, tak tahu lagi track dia macam mana, so kami pi dulu la. Survey jalan sama ada sesuai tak untuk bawa anak.

Bukit Senaling ni terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit ni tak boleh main redah aje macam Bukit Broga tu. Kena dapatkan permit dulu, bayar then baru naik. Bayaran untuk naik, RM15 tanpa makan, RM20 dengan makan.

Track/trail dia takdelah susah mana. Sesuai untuk beginner. 3.5 km, 1293 feet. Stamina kena maintain lah sebab mula-mula dia dah belanja track menegak. Haha!

Sila bayar ye bang. Starting poin ni di kawasan rumah orang-orang kampung. So, di situlah pendakian akan bermula.

Kami mula mendaki sebaik saja azan subuh bergema. Since group kami tu ada yang nak bersolat di laluan bukit, maka, moh la kita. Sila bawa spray air untuk senang berwuduk dan tikar untu alas.

Laluan ke puncak bukit ni meliputi ladang getah, ladang kelapa sawit yang mostly adalah tanah persendirian. Sebab tu lah, memang ada guider yang guide & control supaya kita tak ceroboh tanah orang.

Easy track. Macam laluan kebun durian pun ada. Haha.

Terjumpa lak spider man ha. Reezqy suka ni kalau nampak.

Easy breezy track. Ni boleh lari-lari je sambil kejar mengejar abang sayang kat kat depan tu. 

Ni on the way turun ni. Cik embun pun masih ada lagi.

Part of the track, ada kena lalu anak sungai juga. 

Berhati-hati melangkah supaya kasut tak basah.

Ni time turun. Dalam 8 lebih. Kabus pun masih tebal lagi.

Nampak macam takda apa-apa je kan hutan ni. Nampak biasa-biasa je.

Jambatan goyang-goyan. Jambatan goyang. Ku takutttttt tenggelam!

Lepas penat mendaki dah berjalan, tengok view macam ni, rasa berbaloi-baloi pendakian. Subhanallah, cantiknya, Ya Allah!

Merenung masa depan kita ke bang! =p Kat sini, ada 100meter lagi sebelum sampai ke puncak.




Layannnnnn. The magnificent view of Bukit Senaling. 

Landmark puncak bukit: Beirut dan kincir angin.

Cantik awan carpet tu. Rasa nak pegang, rasa nak berjalan, rasa nak lempang-lempang je. 



Jangan ngada nak jalan ke awan tu lak, kang ada yang bolos ke bawah.

Ala-ala Broga Hill pun iya juga. 

Rakan sependakian.

Dengan the one and only female guider, Kak Ju. Meriah mendaki dengan dia ni sebab mulutnya bising. Takdelah kita krik krik aje.

Dear husband, 1 4 3.  Next time kita pergi bawa the kiddos pula ye.

Info's about Bukit Senaling

Thank you Bukit Senaling. Thank you belanja awan carpet yang cantik tu. Insya Allah, tunggu kami datang lagi. =)

5 ulasan:

  1. bagusnya suami isteri leh buat aktiviti ni sama sama

    BalasPadam
  2. Haii kak! I'm back on track. Gituuuu.
    Alahh lambat lah gayanya aku nak kejar nak kurus camni

    BalasPadam
  3. cantik pemandangan dari atas bukit Senaling tu yer

    BalasPadam
  4. Cantik jugak. Boleh masuk list ni. Thanks for info.

    BalasPadam
  5. kesimpulannya..sesuai tak untuk budak umur 6 tahun

    BalasPadam