Ahad, 25 Februari 2018

Grand Lexis, Port Dickson

PD again, untuk ke berapa kalinya!
Haha.
Takpalah, jauh ke dekat ke, janji sentiasa dekat bersama keluarga.
Semoga semua ahli keluarga kita semua akan sentiasa dirahmati dan diberkatiNya selalu, Insha Allah.

Ke Port Dickson kali ini sebab ada program office. Since dapat bilik seorang satu, so, eloklah kita angkut semua ahli keluarga untuk memeriahkan suasana dah untuk mengurangkan ketakutan tidur sensorang di bilik yang besar.
Kahkahkah! Dah anak tiga pun, perangai penakut tak hilang-hilang lagi!

Hello Grand Lexis! Seriously, tak pernah terfikir pun nak datang sini walaupun dekat. Harga biliknya tu mampu pergi bercuti ke dua tiga hotel lain =p

Lepas register dan dihantar ke bilik, terus kagum bila melangkah masuk ke bilik. Of course lah kolam mandi yang ada dalam bilik tu jadi main attraction! Alahai, kan best kalau ada satu kat rumah macam ni.

Kan main lagi berangan!
Tapi bila fikir balik, kalau ada kolam rumah, siapa nak buat maintainance, siapa nak cuci kolah tiap weekend, nyamuk pun boleh tahan sama banyak lagi nanti, haishh, terus awan angan-angan tu pecah dan terus kabur je.

Spacious room with two king bed! Macam gini nak suruh duduk sensorang? Memang tak lah!
Kang tidur terbayang-bayang ada orang lain sesama tidur dengan kita lak.
Maka, baiklah kita bawa orang betul, tak payah nak bayang-bayang dah. Memang orang betul je yang tidur dengan kita.

Bilik mandi, lengkap segala. Tapi kami tak guna pun sebab jenis I, banyak mana hotel sediakan pun, tetap selesa guna barang sendiri.

Masih dalam bilik mandi. Eh, wall paper bilik mandi dia macam sama lak dengan wall paper bilik mesyuarat office I! Kahkahkah.


Ruang bilik yang sangat selesa dan luas. Azreen tu duduk tengah menghadap anak berendam dalam kolam.

Kolam mandi yang disediakan di bilik ni agak dalam juga untuk anak-anak I. Dah la terpaksa keluar pergi mencari pelampung. Dah ada pelampung, baru semua berani masuk.

An evening at Grand Lexis Port Dickson! So peacefully and Alhamdulillah i can share this beautiful place and surrounding with my loves!

Balik program office, anak-anak dah tidur. So, coffee time tepi kolam denga husband jelah. Yang mengopi I, husband minum air favorite dia je lah, mineral water. Haha.

Since kolam di bilik tu dalam dan anak-anak I memang tak mau berendam situ sangat, so, memang kena pergi terjah kolam hotel jugalah. Nah, kita belanja panorama view kolam mandi GLPD!

Thank you GLPD for the great hospitality! Sales assistant pun sangat membantu dan semua staf mesra-mesra belaka. Paling best, driver buggy car tu siap pandai ambil hati anak-anak I. Technical assitant pun sangat-sangat membantu sampai nak jatuh tangga demi nak memenuhi permintaan I. Haha.

Thank you once again GLPD! Till we meet again, Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan