Jumaat, 13 November 2026

Taariq's Day

Salam,

Sabtu lepas daftar kan abang dan kakak Taariq Run. Saja la support program company kan. Si abang dan kakak pun dah lama rehat lari-lari ni sebab jerebu, lepas tu dengan exam akhir tahun lagi. Time register tu, tengok ada pertandingan mewarna dan kolaj pula, so daftarkan si adik juga. Takkan nak melangut je kan tunggu kakak dan abang habis lari. 

Taariq ni adalah maskot USIM. So sempena convo, banyak program under Taariq ni. Untuk program make-up pun I daftarkan si kakak juga yang akan diadakan pada sebelah petang.


Dedi drop je kami pagi tu sebab dia ada coaching.


Jumpat Ezat dan Fana rakan pejabat.


Nak sama tinggi dah dua-dua ni.


Jumpa Acik Guard time sekolah rendah dulu. Ingat lagi dia pada dua orang ni. Kak wan ni la yang call dulu time husband lupa ambil si kakak. Tq kak support program kami.


Sesi senamrobik sebelum larian bermula.


Takde snap gambar diorang time lari sebab i menguruskan adik untuk pertandiangan mewarna. Tahu-tahu, eh dah dapat medal!


Ajak adik pairing dengan anak adik untuk color dan collage.


Rayeesa dan Ayra!


Ada banyak booth juga dibuka time event. Budak-budak ni asyik beli Amora ni. Bagi RM50 habis, lepas tu minta lagi. Kali ketiga, ommak suruh stop beli dah. Tak  elok makan manis banyak-banyak =p


Pompom girl. Saje bagi tekanan kepada peserta haha.


Cepat Ayraaaa!


Hasilnya.


Mak Ngahnya juga pun sama. Sibuk membeli kat sini.


Meet my ex-jiran. Alhamdulillah, nampak sihat dah. Haritu dia warded tak sempat nak visit. Ni jumpa sebab dia datang ambil anak dia yang join larian. Sihat-sihat selalu ya As!


Alhamdullillah, dapat tempat ketiga.


Lepas zuhur hantar kakak pula untuk pertandingan mekap.


Sepatunya kakak jadi kanvas, kawan I yang mekapkan. Tapi takda rezeki sebab kawan I tu tak sihat dan tak dapat hadir. Kenalah I act as MUA, kakak curi-curi mekap sendiri.


Influencer katanya. Gen Z kenal, ommak tak.


Doorgift program ni untuk MUA dan Canvas.


Hasilnya kakak mekap sendiri. I tolong style kan tudung dan accesories je.


Program jiran kita juga tu yang tudung hitam tu. Kita support la program Acik Zura.


Close up mekap kakak dan bergambar kenangan dengan influencer.


The support system, yang tukang record, yang tukang up tiktok bagi banyak like.


Pertandingan ni, sambil mekap kena buat live juga di tiktok. Like terbanyak akan dapat hadiah. Kitonyo mana pernah buat live. Siapa tanya urusetia button mana nak tekan. Haha, pengalaman betul.

Alhamdulillah, dengan bantuan Tentera USIMIAN Rhapsody dan kawan-kawan adik-adik, dan anak, Alhamduillah menang like LIVE terbanyak dengan 5.2k. Tanjat makkk, banyak betul!


Gambar kenangan dari Jurugambar event.




 

Jumaat, 30 Oktober 2026

27 tahun persahabatan


Teknik Port Dickson, 1999-2000

"Persahabatan bukan tentang siapa yang kamu kenal paling lama, tetapi tentang siapa yang selalu ada dan tidak pernah pergi walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri"  =)

I hate hostel life, tapi tak pernah benci kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk terus kekal waras berada di asrama untuk menuntut ilmu walaupun seniornya hmm tah apa-apa.

Kami berempat ni tingga di area Negeri Sembilan je, tapi tu lah, kalau berjumpa tu, hanya time raya. So this year, kita try ajak ngopi di petang hari. Moh kita! Macam biasa, I selalu jadi yang pertama sampai.


Cikgu Hajar, melangkah masuk dengan riangnya lepas waktu persekolahan tamat.


Dr. Anum, yang slowmo dan tenang-tenang saja walaupun lambat dan dia tinggal paling dekat dengan tempat nak jumpa.


Ekorn, yang dah edit gambar dia jadi AI, paling last sampai padahal dia yang suggest tarikh dan masa. Patutlah dia suggest 26 Oktober untuk jumpa, rupanya, Selangor cuti! 


Makan-makan, gelak-gelak sambil sambut birthday semua.


Syukran Anum, buah tangan dari Indonesia


Last minit diorang suruh bawa hadiah, I grab dari kedai yang ada di situ je lah.


Lengkap semua ada!


Dah 40a, satu kek share berempat je lah. Roti bakar pun ambil sorang satu. Haha.


Our hi-tea @ Tea Garden


Yang selalu diceritakan dalam blog ni.


Insha Allah, jumpa lagi Disember nanti =) 


Selasa, 27 Oktober 2026

Majlis Perkahwinan Farah, anak buah Kak Yan

Salam,

Lepas konsert Siti Nurhaliza haritu, esoknya ada kenduri di area A'Famosa Resort. So cakap ke husband, rileks-rileks je la kita gerak. Kenduri kat event space, takda apa nak buat pun, just datang makan.

Sekali, pagi tu Kak Yan call, minta tolong I dengan si kakak jadi Dulang Girls. Haha! Takkan nak cakap tak, terus laju-laju siap.

Tahniah Farah dan pasangan. Sama cantik, sama padan. Jauh jodohnya dari Saghawakk.


Tema warna light blue. Kita pakai apa adanya je la.


La Familia.



Me, cousins & sister.

 


Perarakan masuk. Si kembar ni jadi flower girl.


Berat ya dulang tu! Ingatkan plastik. Besi tembaga =p


The rombongan berdulang haha. Orang Sarawak pun hairan agaknya, kenapa dulang girls ada acik-acik.


Bagi taklimat sikit pada Dulang girls. Baru nampak muka kan, nampak la function sikit di situ.


Ommak dan anak


with cousin sister, Mai


Adik dengan abang datang dengan Mak Ngah.


The Ladies in shades of blue. Tak tahula mana satu sky blue. 



I sampai tu baru selesai akad nikah. Moh la kita bergambar kenangan.


Reezqy yang happy dapat jumpa cousinsnya