Jumaat, 29 April 2016

Kerastangan #2: Kek coklat

Sindrom mak-mak sangat ni bila nak cuba buat kek birthday untuk anak sendiri.
Haha.
Walauuuuuuupun hanya kek coklat ja.


So, untuk yang pertama, kita test buat bawa pi rumah mertua sebab ada makan-makan. Ganache dia ada sikit cair, tapi bolehlah. Habis licin je orang makan. Konon nak hias coklat sagat jadi bergulung2 gitu, tapi penat sagat tak menjadi pun, maka kita cincang-cincang je sudah!


Next, kita buat kek untuk kak Iman.  Yang bunga tu beli je kat kedai kek, kita print gambo frozen, tepek je kat kek untuk hiasan. Kak Iman sambut birthday kat taska dengan kawan-kawannya makan kek coklat air tangan mak sendiri.

Iman Raneeya siap komplen,

Kawan-kawan kakak kek dia tak macam ni pun Mami.

Tu dia nak maksudkan tak lawa lettew.

Haha.
Sentap mak nak oi!
Dah krem-krem kaki mak ko buat, gitu mengkome komen ya.
Sabarlah ye kakak, Mami dah expert nanti, Mami hias bagi letop-letop la kek kakak ok!


Ni malam tadi punya projek. Kek Ultraman untuk Reezqy. Alhamdulillah, kek dan ganache bagi kerjasama elok menjadinya. Selamat dah Reezqy bawa pergi sekolah.

Reezqy, bila dia tengok kek dia, happy sangat-sangat.
Baru tiga tahun kan, bukan faham apa lagi, janji kek coklat kegemaran dia ada sprinkle2 tu, dah cukup happy dah.

Alhamdulillah, tercapai dah hajat nak buat kek untuk anak sendiri. Lepas ni kena improve skill hias pula dengan butter cream, so, boleh upgrade kek hari jadi diorang.  Takda la kena komen dengan anak sendiri nanti ;p


Adik I tanya kenapa semua kek coklat ja.
Eh, banyak tanya lak.
Dah itu je kek yang hakak tahu buat, maka itu jelah hasilnya.
Haha.

Yang penting, air tangan seorang emak untuk anaknya.
Dibuat dengan ikhlas penuh kasih sayang gitu.
=)

Jumaat, 22 April 2016

Kerastangan #1: Sarung bantal

Ibu I, selain dari pandai masak, dia pandai menjahit baju.
Dulu dari kecik, memang sepesen baju kurung je baju kami adik beradik dijahitnya.
Tapi bila masing-masing dah besar ni, dah pandai nak berpesen-pesen, dah tak suruh ibu jahit dah. Hantar kedai je dan ada yang beli siap.

I pun takdenya lah nak pi belajar buat baju dengan ibu walaupun ibu selalu offer nak mengajar.
Sebab rasa bukan minat I kot. Time tu lah.
Rugi kan. Dah ada cikgu pun tetap jual mahal.

Last two years kot, I ada beli mesin jahit minit kat Lazada. Bukan lah beli sebab nak jahit  baju. Haha.
Time tu beli konon nak guna untuk jahit seluar atau baju yang terkoyak dan tertetas. Alah, beli suka-suka je.
Tapi, itulah, plan kan main, tapi pandai beli je,  gunanya tak. =p

Tah macam mana-mana, tiba-tiba teringat balik mesin jahit ni last week.
Kebetulah nak hantar Reezqy ke taska, terus semangat nak  buang sarung  bantal untuk Reezqy.
Meh kita jahit dengan penuh kasih sayang meh!

Tadaaaaaa.
Maka terhasilah hasil keras tangan hakak menjahit.
Jadi juga la sarung bantalnya.
Ni takde rujuk mana-mana.
Main ukur agak-agak ikut suka hati je sambil imagine mana nak gunting mana nak sambung.
Boleh lah kan, nampak juga lah rupa sarung bantal tu.
Tapi size sarung bantal tu macam terbesar sikit pula dari size bantal.


Bahagian belakang bantal ni pula macam jadi ternganga  sebab tak lebihkan bahagian nak menutup yang belah bawah.
Boleh lah tu, next time kita improve lagi.

Bila tunjuk kat Azreen sarung bantal yang I jahit,
Dia belek-belek,
Lepas tu dia cakap,

Dah boleh jahit baju dah lepas ni tapi takut I nak tempah dengan you yang. Cemane you ukur ni, terbesar size sarung bantal. Kalau I buat baju dengan you, terbesar pula baju I nanti tak ikut size. Kahkahkah.

Kan main kan!

Kalau nak membahan I kan main nombor satu!

Apapun, tahniah untuk diri sendiri je lah sebab tak sia-sia I beli mesin tu, siap pandai jahit sarung bantal lagi ;p

Haha!

Selasa, 19 April 2016

Kompilasi makanan Feb to April.

Kalau dah kompilasi tu, pepaham sendiri je lah ye. Penyakit M sangat menular dalam diri. Tapi, walaupun malas, disebabkan makanan, kita kena post juga dalam blog.

Haha.

Alhamdulillah, dihadapkan dengan makanan sedap-sedap sepanjang bulan Februari hingga April. Mana tak naik turun graf GDM awak Ain oi. Pantang jumpa makanan!

Ni time Kak Ipau nombor dua ajak datang makan-makan kat rumah dia.  MIL jeling-jeling je bila I pegang sudu jelatah tu. Siap pesan, ingat cucu mak dalam perut tu. Haha!

Cream puff tersedap setakat ini kat Nilai. Order kat Kak Nita sempena kak ipar buat makan-makan. Kak Nita ni dulu selalu letak cream puff dia kat Petronas Nilai tu. Ikut nafsu, memang nak telan je 7 8 ketul sekali rappp, sebab sedap kan tapi bila fikir kan diabetis terus makan dua je.

Ni time big bos  belanja makan kat Kedai Omak Den kalau tak silap I. Tah apa mimpi dia belanja tah. So, kita ikut kan je lah. Pengat pisang ni sebagai penutup.

Kedai Omak Den ni menghidangkan lauk pauk kampung. Sedapnya lahai gulai nenas tu. Sebab time ni masih dalam Trimester Pertama lagi, so I memang tak beranilah nak makan nenas walaupun dah dimasak.

Masak sendiri. Lepas dan elok dari mabuk mengandung, dapat memasak, terus masak lauk ikut tekak sendiri. Sup Ikan merah, setelah lama mencari, kat pasar tani juga kita berjumpa ya.


Maggi ketam menjadi santapan time outstation ke Terengganu. Suruh student tunjukkan tempat best yang ada jual sotong goreng tepung, tah mana-mana dia bawa, last kami makan kat kedai Maggi ketam ni jelah.

Sotong celup tepung sedap teringat-ingat dibuatnya. Ni pun time kat Terengganu juga. Mendapat juga makan sotong celup tepung di tanah Terengganu. Haha.

Kuntum Lunch Box.  Harga dan food dia ok. Sedap. Kenalah dengan harga tapi service agak lambat, terus kena black list dengan kami. Maaf ye kak Kuntum. Kalau dah dekat nak pukul 3 baru kami dapat makanan, memang idoklah kami order lagi. Ibu merandung tak mampu nunggu lewat-lewat gitu.

Biskut nestum campak-campak. Ni I ada post kot resipi. 

Menu time kursus. Sedap lahai lauk daging bakar dengan belimbing buluh tu. Dah lama tak makan. Siap dilawankan dengan ulam raja, daun selom, pucuk tenggek burung dan pegaga.

Ni pun ulam juga ni. Daun selasih tajuk dia.

Mood masak time mengandung ni memang tak menentu. Tetiba rasa nak makan kek, eh, time tu juga kita buat. Terhasil lah kek coklat lembap lembap manis.


Teringin nak makan nasi lemak sambal sotong. Mencari satu Nilai tak ketemu di pagi hari, maka, meh la kita masak sendiri.

Stress kerja, so dengan office mate, walaupun dah makan tengahari tu, menyinggah pula ke Pizza Hut. Time order ikut nafsu sangat, time nak ngabiskan, hazabedah teriknya perut.

Bihun sup begedil. Sarapan pagi time cuti.

Nasi Daging air asam. Ni pun dah letak dah resipinya.

Teringin nak makan Nasi Kandar Lawood tapi malas nak keluar sebab panas lit lit. Maka, Mr. Husband, silalah tunaikan permintaan anakmu dalam perut ni ya. =p

Mak mentua bagi jambu air suruh bawa pi office. Meh la kita nyicah reramai.

Ibu bekal lauk ikan pari. So, kita  buat sahur. Goreng telur mata, lawankan dengan salad, eh, menu sahur dan macam makan tengahari dah.

Puding roti tabur nestum. Kes nestum tak habis guna lagi. Dengan puding roti pun kita tabur  nestum juga.

Husband tak makan tempoyak tapi tekak teringin sangat nak makan asam rebus tempoyak. Lauk berbuka puasa ganti. Time masak siap gas  habis terus sambung masak dalam rice cooker.

Lauk berbuka puasa ganti juga. Konon petang tu nak berbuka dengan burger ja tapi Alhamdulillah rezeki, MIL bekalkan nasi dan lauk untuk orang berpuasa. Tq mak!

Mee siput sambal bilis dari Tazah. Tengkiyu tazah. Even tertinggal kat office, tapi esoknya itu elok lagi dan boleh dimakan sambalnya. Dapat makan dua ketul je mee siputnya sebab lagi satu kena tol dengan Reezqy dia bawa pi taska.

Maggi sawi campu telur dimasak dengan kasih sayang oleh suami. Haha. Siapa kata husband I tak pandai masak? =p

Hari Ahad, selalunya I akan ajak breakfast luar. Konon nak rehat masak. Tengahari pun kita beli je. Tapi boleh lak haritu tu, husband cakap, kalau dapat bubur ni sedapnya. Ada pula telur, ikan bilis goreng cili padi, dapat kangkung goreng..

T__T

Rasa tak sampai hati pula tak tunaikan permintaan orang yang dah tak makan nasi sekarang ni? Kita layankan ajelah.

Isnin, 18 April 2016

Tetamu Allah.

Alhamdulillah, rezeki FIL dan MIL dapat menjadi tetamu Allah. So, 11 April 2016 tuari, kami sekeluarga telah menghantar mereka ke KLIA. Since I gerak dari rumah sendiri, nak kena ada rumah MIL pukul 7.30 pagi, so, pukul 5.30 pagi dah bangun siapkan semua orang.

Keluarga belah mertua. Satu keluarga lagi tak dapat hadir, kakak ketiga Azreen sebab anak dia demam panas.

The girls. Berjanji pula kita ye mak, pakai tudung color sama ;) Kakak kedua Azreen dan anak perempuan sulungnya juga join mak abah menjadi tetamu Allah.

Selamat menunaikan Umrah dan menjadi tetamu Allah mak abah. Semoga segala amal ibadat mak dan abah di sana diterimaNya. Bila mak tanya I nak apa? Tak tahu nak kata apa. I suruh doakan I mudah  bersalin je lah. Haha. Itu aja yang menyesakkan kepala otak I untuk masa ini.  =D

My lil' family dengan mak abah. Sila abaikan pembesaran hakak yang semakin menjadi-jadi di saat ini. Kahkahkah!

Isnin, 11 April 2016

Masakan ibu.

Kak Long kalau balik, mesti ibu masak sedap-sedap.

Tu ayat adik-adik kalau time I balik rumah ibu.
Jelous letteww.
 Correction ayat tu.
Bukan time I balik ibu masak sedap-sedap.
Tapi time balik la ibu dapat partner nak masak lauk kegemaran dia sebab ada tukang makan.
Haha.

Weekend lepas balik rumah ibu, memang terasalah badan berat semacam.
Bila I cakap hongeh nak berjalan, nak bangun,
Abah kata, mulut tak berhenti mengunyah, mana tak gomok.
=p


Sampai-sampai je tengahari Sabtu tu, Ibu tengah meroti. Alahaiii, sedap nya. Tapi tak jamah dulu sebab nak pi majlis orang kahwin.

Kat majlis orang kahwin pun, sedapnya lauk nenas masak ikan masin. Licin pinggan I makan. Ikut nafsu, memang nak bangun lagi pi tambah tapi beringat jugalah kesihatan diri sendiri. Haha.

Roti kosong cicah milo. Makan panas-panas, dengan milo panas, celup celup masuk mulut, mak oiii sedapnya. Kenyang perut suka hati kalau ibu tengah rajin meroti.

Malam tu ibu tanya, kalau masak puyuh untuk dinner malam ni ok tak kak long? Tanya I memang sokmo ok je. Haha. Mengadap lah kami sefamili signature dish ibu, Cik Puyuh masak lomak cili api.

Menu simple je ha. Sayur sawi rebus dengna tauhu untuk kekanak tapi mak  budak yang bedal. Pun, rasa sedap je, makan bertambah. Air tangan ibu kan, yang ringkas pun sedap, yang rumit lagi lah tambah menambah nasi dibuatnya.

Mangga asyik kena makan tupai je. So, bila I balik, mendapat lah kau tugas buat mangga asam boi. Kita layan kan ajelah.

Besok nya pula, ibu tanya lagi. Azreen makan ikan pari tak? I jawab makan. Ibu kata, ibu nak masak ikan pari kuah lada ok tak? Ok aja ibu =)

Masak asam pedas kuah lada, makan dengan nasi, letak pula kicap, teramatlah sedap lahai. Lagi best kalau goreng telur mata, lagi tambah-tambah best nya.

Untuk abah yang tak makan ikan pari, kita bagi asam rebus kembung dengan bendi je sudah. Itupun, nama je lauk untuk abah, eh, kita yang tak abah ni pun sama juga memakannya.


Jumaat, 8 April 2016

Lelaki-lelaki saya!

Mari mengingati peristiwa-peristiwa penting untuk lelaki-lelaki I. Haha.

31 Mac 2016 - Birthday Abah



Perempuan ni, yang betul-betul boleh faham dia, seorang ABAH dia, seorang lagi suami dia. (Azreen Jamian, 2016)

Of course la kan!
Kepada lelaki pertama yang ku kenal sewaktu pertama kalinya melihat dunia, yang mengiqamatkan, yang kenal baik buruk, sumbing rompong, cantik molek anaknya,
Selamat panjang umur Abah!
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, semoga gembira dan bahagia sentiasa, dan semoga segala impian menjadi nyata.
Terima kasih kerana telah membesarkan kami sehingga menjadi sebegini 'besar'

Ikhlas,
Geng diabetis abah, hakak cantik

Copycat ucapan kat FB je. I post kat FB sebab I tahu, abah suka stalk FB anak-anak dia melalui akaun FB ibu I.
Haha!


2 April 2016 - Birthday cinta hati beta.

Kan mainnn!
Fefeeling manja-manja tulis cinta hati beta kat blog. Kat rumah,  kau aku, I you je.
=p

Tahun ni, tak plan apa-apa nak meraikan mamat ni. Nak ajak makan luar kang, segala tok nenek tak boleh makan.  Nak beli kek, pun dia tak makan. Nak masak best-best, eh semua yang dia tak makanlah. Tak makan manis, tak makan nasi, malas den nak layan!

Makin lama kahwin, makin banyak lak songeh. Dulu semua telan je. =p

So, kita hire je Surprise Planner Lea_Yaya_ Chocolate_ Bouquet pi menterkejutkan birthday boy.

Satu hari awal I terkejutkan dia sebab 2 haribulan tu dia kena kerja. Terus malu kat office sebab dapat belon dan chocolate time kat office.

Malam pula, kita beli sate. Tu je protein yang dia makan. Malam lagi?
Haha. Hadiah kasih sayang lah kita beri. Teeeettt!
Kahkahkah.

Ko kalau tak sabotaj gambar aku memang tak sah kan Azreen! Erghhhhh ~ kata Ain dalam hati
Kepada ex-Boyfriend, teman sepergaduhan, suami yang disayangi, Dedi kepada anak-anak I,
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 33 tahun ya.
Semoga panjang umur dan diberkatiNya selalu.
Semoga sentiasa sihat dan dapat bantu-membantu buat kerja rumah dan jaga anak sesama ;)
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Semoga sentiasa happy dengan saye haha
Ok dah. Tu je.



1 April 2016 - Iman Reezqy masuk taska semula

Maka, bila dah tukar taska dia ke tempat lain, meh la kita hadap drama air mata lagi. Hari kedua ke taska, dengan Mami sekali meleleh air mata. Hoiii, tak tahan sungguh bila tengok anak meraung ditinggalkan.



Ni gambar Day 1. Mula-mula dia happy je sebab ada playground ni. Sekali, bila suruh masuk, terus meraung, melalak-lalak nak Mami.

Maaf ya adik abang sebab awak kena berdikari sedari kecil lagi. Mami pun tiada pilihan lain.

Hari ketiga ke taska, cikgu inform, dah tak nangis dah. Alhamdulillah. Hari keempat pun dia ceria je pi taska. Lega hati Mami nak oi. Cikgu siap puji Reezqy pandai bawa diri, makan pun selera siap minta tambah. Hamboiii Reezqy, kan main ya!


Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Terima kasih untuk semua yang dipinjamkan, kesayangan dan kegembiraan.
Alhamdulillah.
=)



Isnin, 4 April 2016

Choya-choya ke IKEA, Cheras

Ni pergi tah bila tah ni, tak ingat bila so kita tepek je lah.
Kami plan nak pergi IKEA Cheras. Misi utama nak makan meatball je, tapi biasalah kan, kau kalau pergi IKEA, kalau balik dengan tangan kosong itu adalah hairan bin ajaib sangat.
Haha!

Pagi tu I ada appoinment dengan Dietitian. Kan main berdoa semoga semuanya berjalan lancar  as we plan sebab kena balik semua ke Nilai dalam pukul 5. Ada tugas lain lak menunggu lepas kau dah berjimba jumpa kengkawan iaitu pergi ambil anak dan suami.

Alhamdulillah, plan menjadi, I jumpa diorang ngam pukul 10 pagi tapi mendapat pula mengadap jem lepas tol Sungai Besi.

Samapi IKEA memang ngam-ngam lunch hour, so sampai terus kita makan dulu. Beli meatball yang 10 ketul, ambil fries, share mushroom soup yang sedap tu, refill cofee sampai 3 4 kali, dah kenyang barulah tawaf IKEA dengan senang hatinya.

Eh, eh! kan main, tak sedar diri betul kalau dah sampai IKEA. I siap krem kaki dua kali sebab berjalan dalam ni. Kurang kalsium betul! Memula krem kaki kiri. Duduk sekejap ambil nafas, jalan lagi, eh krem pula jari jemari kaki kanan.

Acah-acah ada rumah all white sambil paparazi snap photo. Sabar Ain, sabar. Anak semua besor nanti, ko tukarlah rumah ko all white. Sekarang ni  bertabah je lah tengok dinding ada kolaj ikan paus, ada seni khat  playdoh semua tu. Art tu Ain oi, art anak-anak! Cubalah faham! Haha.