Kami plan nak pergi IKEA Cheras. Misi utama nak makan meatball je, tapi biasalah kan, kau kalau pergi IKEA, kalau balik dengan tangan kosong itu adalah hairan bin ajaib sangat.
Haha!
Pagi tu I ada appoinment dengan Dietitian. Kan main berdoa semoga semuanya berjalan lancar as we plan sebab kena balik semua ke Nilai dalam pukul 5. Ada tugas lain lak menunggu lepas kau dah berjimba jumpa kengkawan iaitu pergi ambil anak dan suami.
Alhamdulillah, plan menjadi, I jumpa diorang ngam pukul 10 pagi tapi mendapat pula mengadap jem lepas tol Sungai Besi.
Samapi IKEA memang ngam-ngam lunch hour, so sampai terus kita makan dulu. Beli meatball yang 10 ketul, ambil fries, share mushroom soup yang sedap tu, refill cofee sampai 3 4 kali, dah kenyang barulah tawaf IKEA dengan senang hatinya.
Eh, eh! kan main, tak sedar diri betul kalau dah sampai IKEA. I siap krem kaki dua kali sebab berjalan dalam ni. Kurang kalsium betul! Memula krem kaki kiri. Duduk sekejap ambil nafas, jalan lagi, eh krem pula jari jemari kaki kanan.
Acah-acah ada rumah all white sambil paparazi snap photo. Sabar Ain, sabar. Anak semua besor nanti, ko tukarlah rumah ko all white. Sekarang ni bertabah je lah tengok dinding ada kolaj ikan paus, ada seni khat playdoh semua tu. Art tu Ain oi, art anak-anak! Cubalah faham! Haha.
Orang UK balik Malaysia. Terkelujat-terkelujat dengan perkembangan aliran keluar masuk currency duit kita. Haha. Sabarlah ya, nanti-nanti lama-lama mesti dapat biasakan diri. Haha!
Ni gambar memula sampai ni. Bagi perut kenyang dulu. Beg biru belakang tu, hasil tapau kiriman orang.
Haritu kirim kat orang meatball yang sepuluh ketul, rebut-rebut dengan Azreen makan. Rasa tak cukup. Dah sampai IKEA, makan sepinggan meatball (10 ketul) sorang, tak habis pula. Lalu makan 7 ketul je. Balance I masukkan dalam tupperware meatball Azreen.
Hambik kau, nak muntah Azreen mengabiskan 18ketul meatball kat rumah sampai cakap, tak nak dah meatball tak nak dah! Kahkahkah. Kata sayang kan, sampai krem-krem kaki I pi beli meatball, takat meatball 18 ketul tu apa ada hal lah kan En suami kan kan kan? Telan sampai habis!
Dengan orang UK lagi. Terasa diri macam gergasi bila berdiri sebelah orang comel ni walhal tinggi 165cm je. =p
Layanlah je lah gambar. Tak tahu dah nak tulis caption apa.
Selesai meronda IKEA sampai puas hati, selesai makan aiskrim IKEA sedap, selesai tapau karipap IKEA sedap, dalam 5.30 petang gitu kami sampai ke Nilai semula.
Sesekali dapat keluar release stress macam ni, gelak-gelak bergosip, makan-makan sampai lebam, jalan-jalan sampai krem kaki, memang seronok. Insha Allah, kalau ada peluang lagi, akan repeat lagi perkara-perkara berfaedah macam ni. Haha!
On that week juga, I terima souvenir dari orang-orang UK yang balik ke Malaysia. Siap bagi duit Euro dan duit Pound lagi. Kan main!
Terima kasih daun keladi, lain kali bagilah Euro dan Pound tu lagi.
=p
syoknya dapat euro n pound tu weiii...kalau dapat lagi sedekah sikit kat aku sama..hahaha..
BalasPadamaku pun suka kalau rumah all white...tapi x tahu lah bila nak dapat mcm tu...nak tunggu anak besar kang, tetiba kuar lagi sorang...acaner? ekekek...