Isnin, 18 April 2016

Tetamu Allah.

Alhamdulillah, rezeki FIL dan MIL dapat menjadi tetamu Allah. So, 11 April 2016 tuari, kami sekeluarga telah menghantar mereka ke KLIA. Since I gerak dari rumah sendiri, nak kena ada rumah MIL pukul 7.30 pagi, so, pukul 5.30 pagi dah bangun siapkan semua orang.

Keluarga belah mertua. Satu keluarga lagi tak dapat hadir, kakak ketiga Azreen sebab anak dia demam panas.

The girls. Berjanji pula kita ye mak, pakai tudung color sama ;) Kakak kedua Azreen dan anak perempuan sulungnya juga join mak abah menjadi tetamu Allah.

Selamat menunaikan Umrah dan menjadi tetamu Allah mak abah. Semoga segala amal ibadat mak dan abah di sana diterimaNya. Bila mak tanya I nak apa? Tak tahu nak kata apa. I suruh doakan I mudah  bersalin je lah. Haha. Itu aja yang menyesakkan kepala otak I untuk masa ini.  =D

My lil' family dengan mak abah. Sila abaikan pembesaran hakak yang semakin menjadi-jadi di saat ini. Kahkahkah!

1 ulasan:

  1. seronok tengok orang pegi menunaikan haji/umrah ni..
    moga2 turn aku sampai jua satu hari nnt...

    semoga mereka selamat pergi dan pulang hendaknya...

    BalasPadam