Rabu, 20 November 2024

The 'Imans'

Salam semua,

Alhamdulillah, rutin dah kembali normal dan anak-anak semua sihat dan ke sekolah dah. Letihnya rasa menjaga anak demam ni. Nanti kita post la kisah demam.

Pagi ni juga dapat merenung muka syurga I sambil sarapan sama-sama semula =) Alhamdulillah.

My 14 years strength. Sayang sangat-sangat. Kenangan 'One'derful. Semua kena photoshoot time umur setahun.

"Tak pernah ada yang berpaling,
Cinta kamu dan aku saja
Sampai apa pun yang terjadikkkkkkk.. haha
Hanya kau yang ada bersamaku"

Suka lagu duet Fazura tu.  Tang vokal tu malas la nak komen sebab kita pun vokal ke lauttttt jugekkk. Haha! Tapi lagu tu sedap didengar. Sekali dengar je (walopun first time dengar yang live tu), terus tersuka lagu tu.  I kalau jadi Fazura, duit banyak kan, I cari cikgu vokal. Belajar nyanyi betul-betul. Tiberrrrrr..

Pagi ni juga menyiapkan adik dan abang ke sekolah sebab ada sambutan hari kanak-kanak. Tema retro. Tiap-tiap tahun, mesti cuba juga ikut tema yang cikgu tetapkan. Tidaklah beriya, recycle apa yang ada ja.

Bollywood theme

Hari Kerjaya: Cita-cita saya

Sambutan Hari Raya

Hari Kanak-kanak: Kena pakai ikut warna yang cikgu tetapkan

My Imans. 
Iman Raneeya, Iman Reezqy dan Iman Rayeesa. Semua cikgu panggil Iman. Kadang bila bercakap dengan cikgu, kena tanya, Iman mana satu cikgu?


Tiga-tiga lain ragam, lain karekter. Kalau kena pakai baju ikut tema ni, adik la yang terpaling tak nak pakai. Kalau pakai pun dia taknak sarat-marat. 

Time sebelum adik masuk sekolah sama. Tema: Pekerjaan

Hari Kemerdekaan 2024. 


Last kakak pakai baju bertema sebab sekolah menengah dah tak buat dah.


Anje-anje Mami. Hehe. Ni time Pra-sekolah rasanya. Start darjah 1, dia pakai tudung dah pi sekolah.

Harini.
Kena pakai tema retro kat sekolah. Pun, pakai apa adanya je lah. Janji ikut tema dan pergi sekolah dan cipta kenangan time kat sekolah.

Semua sekolah pagi harini. Kakak ada terima anugerah kat sekolah. Tahniah Kakak! Adik dan abang pun selamat beretro.

dan,
Selamat berkerja untuk rakan-rakan maya semua.
Semoga kerja kita diterima sebagai ibadah oleh Allah s.w.t.


Jumaat, 15 November 2024

Pemergian Kakak Arwah Abah

Salam Jumaat barakah buat teman-teman yang menyinggah ke sini. 
Alhamdulillah, 2-3 hari ni hujan, sejuk bumi Nilai.
 
I batuk almost 2 minggu dah. Rasanya la sebab seingat i, start batuk 30 Oktober haritu. Demam takda. Check covid influenza semua negatif. Badan pun takda la sakit-sakit or ada rasa tak sihat. 

Risau juga kot ada sakit lain, petang selasa tu, pergi la jumpa doktor. Macam-macam doktor tanya, antaranya soalan dalam gambar tu la sebab dia kata, kalau TIBI, selera makan semua hilang. I takda simptom tu.  Dia suruh buat X-Ray tapi I tak buat (malas nak bukan rantai tudung semua =p ), so dia bagi ubat dulu dan minta stop segala madu, lemon dan mak nenek air rebusan yang I minum. Kita ikut je la cakap doktor tu. Insha Allah, dengan izin Allah lepas makan ubat doktor nanti ok la I ni.

13 November pagi, elok je sampai office, adik kedua call. Dia maklumkan yang kakak  sulung arwah Abah dah meninggal dunia. 

Termenung sekejap lepas dapat berita. Terkejut sebab takda pula update dalam group yang Mak (kami panggil mak) tak sihat, tak tahu nak react apa. Wasap husband je la maklum ke dia. Tunggu info kebumi sama ada kat Selayang atau Mantin. Kalau kebumi di Mantin, sempat la ziarah.

Lagipun, I ada meeting pagi tu, kalau nak ziarah pun mungkin lepas zuhur, tunggu anak balik sekolah, gerak sekali.

Hilang lagi seorang ahli keluarga. Dijemput pulang ke negeri abadi. Berehat la ya mak. Insha Allah ada rezeki kita sekeluarga berkumpul di 'sana' nanti.

Jumpat mak last raya. Kami adik-beradik datang ziarah. Mak yang tudung biru tu. Adik-beradik arwah abah ni suka melawak semuanya. Kalau berjumpa diorang, tak kering gusi, ada aja lawaknya. Kami akan rindu gurau senda mak.


Kami terus ke kubur je sebab lepas zuhur akan dikebumikan. Alhamdulillah, dari urusan keluar hospital, urusan mandi dan kebumi, semuanya mudah. Lepas dikebumi, turun hujan renyai.


Oleh kerana hujan, tumpang la berteduh kat van jenazah ni 😅 sebab khemah dah penuh orang. Yang dua ketul ni seronok pula diorang kat situ, semua tempat dia nak explore. 

Hasil dapatan tak reti duduk diam dalam van jenazah, esoknya si adik demam.


Lepas selesai kebumi, kami ke rumah arwah Nenek. Tumpang zuhur dan rehat kat situ. Alhamdulillah, adik-adik I semua ada datang ziarah.


with adik perempuan dan sepupu.

Esoknya, kenalah Ommak cuti untuk jaga orang domam. Tak tahulah demam sebab kena hujan rintik-rintik atau kena 'tegur' sebab main dekat van jenazah.

Rabu, 13 November 2024

Lot 15, Nilai Negeri Sembilan

Salam,

Last Friday plan nak sambut birthday kawan I, Melen. Jumaat kan gomen rehat lama, so block la masa dan tarikh kengkawan semua. Tapi pagi jumaat tu I tercakap, bestnya kalau dapat peach strudle Lot 15, tapi dia buka petang. Terus semua pun, jom la kita date malam!

Haha.
Once semua husband dah bagi kebenaran, maka keluar lah kami berempat malam tu.

Lot 15. 
Kedai anak-anak muda. Suka peach strudle kat sini sebab sedap kat tekak I. Bangunan lama ni, diorang deco balik then buat cafe.


My craving and birthday girl pun suka ni. RM13.9 satu. Kita order la satu gantikan birthday cake. Comot dah sebab time birthday girl angkat nak bergambar, PS tu bergerak. Terpadam dah tulisan Sanah. PS ni sedap la kat tekak I. Na pi selalu makan kat Kenny Hills Baker nun, nan adonya la. 



Kami order ni dan coffee juga. Makan share berempat. Dah malam kan, mana boleh makan banyak-banyak. Mantao buttermilk tu sedap. Buttersta Spaghetti tu pun sedap. 15 Burger, kawan kata sedap tapi 'ok je' kat tekak I sebab I lagi suka burger 'kayubakar' ;)


Dapat ole-oleh dari Indonesia juga dari Kak Muna dan Melen.


Snap gambar sebelum pulang.


Sebelum balik, minta tolong staf kat situ snapkan gambar.



Jumaat sebelum tu pun, kami ada keluar. Sambut birthday Kak Muna. Selalu birthday Kak Muna dan Melen kami sambut sekali tapi this year asingkan. Dapat la keluar banyak kali.


Birthday kak Muna sambut kat Coffee Bean. Cari tempat yang ada kek, senang beli kek satu slice.


Alhamdulillah, selesai dah sambutan birthday kami semua berempat. Walaupun kerja satu company, tapi kami jabatan lain-lain. Guna birthday je la untuk berjumpa selain dari borak rancak di group Whats App.




 

Isnin, 11 November 2024

Kota Supai, Kuala Linggi Melaka

Salam,

Haritu ada nampak kawan sekolah kat IG dia bawa officemate dia pergi Kota Supai. Tertanya-tanya apa ada kat situ, moh la kita ajak husband singgah lepas sarapan di Warung Bambam.



Dan macam biasa, walaupun nenek asal sini, tetaplah kitonyo kali pertama sampai sini. Haha. Takpalah, kita datang bawa suami dah anak-anak explore sini. 

Guna waze datang sini. Sampai je ada parking dan kedai makan. Lepas tu tertanya-tanya, kenapa tempat ni tak sama macam dalam gambar yang kawan I post kat IG.



Rupanya kena jalan terus kat laluan ni. Time jalan tu hati-hati ya untuk yang ada anak kecil sebab tepinya tu walaupun ada penghadang, macam luas juga dan agak bahaya. I ni takut si adik tu jatuh je sebab dia suka bersidai tepi tu nak tengok ikan.

Jalan sehingga jumpa signage ni dan ikutlah arrow tu.


Jumpa tangga ni teruskan lagi berjalan.


Jauh juga kena jalan haha. Terus rasa menyesal datang.


Tapi budak-budak ni seronok. Lagi-lagi ada meriam tu, siap tanya kenapa ada meriam semua. Kena la cerita yang sini dulu kubu berperang. Meriam ni orang dulu-dulu guna untuk berperang. Sebab kubu perang tepi laut. Musuh dulu datang melalui laut.


Akhirnya, jumpa tempat kawan I bergambar lepas penat berjalan.


Nak balik kena mendaki semula untuk turun tepi laluan laut tadi.



Kami sampai sini dalam pukul 10 pagi. Ada 2 family lain. Time turun, tengok ramai lagi orang nak naik ke sini. Mungkin sebab cuti Deepavali, ramai yang book chalet area pantai sini datang menyinggah.

Next time kalau datang, nak try sarapan kedai tepi laut kat tempat parking tu pula.







 

Khamis, 7 November 2024

Sukan sekolah adik dan abang

Salam,

Hari yang kami ke Majlis Resepsi anak abang husband haritu, pagi tu ada sukan sekolah Adik dan Abang sebenarnya. Puas  pujuk si abang tak payah pergi sukan sekolahhh tapi mana maunyaaa dia. Dah tentu-tentu dia masuk acara. 

So, maklum siap-siap ajalah kepada Along, kami mungkin sampai lambat ke majlis resepsi tu.

Ikut hati memang malas nak pergi hari sukan ni sebabnya, MSSD dah habis, MSSNS pun sudah, tiba-tiba sukan sekolah pula. Selalunya sukan sekolah ni kan platform cikgu cari bakat baru untuk hantar ke MSSD tapi sekolah adik abang ni terbalik. Lambat sukan sekolahnya.


Moh la kita. Kami support rumah biru sebab adik dan abang rumah biru. 


Jumpa rakan sepejabat  juga kat sini. Siap bos pun ada juga kat sini haha. Begitulah, kami panggil sekolah ni sekolah panel office kami sebab mostly rakan sepejabat hantar anak bersekolah di sini.


This year abang terpilih bawa bendera kejohanan. The only one darjah 5. Yang lelain tu abang-abang darjah 6.


Abang dah BFFnya, Zayyan, masuk acara 100m Lelaki 11 tahun. Resultnya Abang dapat emas, zayyan dapat pingat gangsa.


Acara 4x100 meter L11 pun rumah biru menang tempat pertama.


Adik with her classmate, Wasyfa


Paling kami berdebar tahun ini adalah adik terpilih masuk acara 4x100meter untuk darjah 2. Haha! Macam tak percaya je sebab adik ni jenis semua dia taknak. Lepas dapat tahu terpilih masuk pun, dia suruh pergi cakap ke cikgu, cancelkan. Tak dapekkkkk la nakkk. Mami nak tengok adik lari.

Alhamdulillah, adik dan quartet 4x100m P8 dapat tempat kedua, pingat perak.


Dengan classmatenya lagi. Ni yang rapat la agaknya sebab asyik datang cari Iman.


Ingat nak lari awal ke Putrajaya tapi apakan daya kena tunggu sampai habis majlis juga sebab abang terpilih menerima pingat Olahragawan harapan 2024. Alhamdulillah.

Dia target olahragawan sekolah tapi apakah daya, Olahragawan hanya untuk darjah 6.

Abang: Mami, abang dapat 4 emas. Olahragawan tu 2 emas, 2 perak je. Kenapa abang tak dapat Olahragawan sekolah?

Mami: Olahragawan tu untuk darjah 6 bang sebab diorang dah habis sekolah. Abang cuba lagi tahun depan la ya.



 

Rabu, 6 November 2024

Yong Tau Fu Pantai Puteri, Melaka

 Salam semua,

Haritu nampak officemate share Whats App status di pergi makan Yong Tau Fu (YTF) kat Melaka, tempat tu dekat dengan kampung I. Dia pergi lepas waktu kerja ya, terus shoot pergi Melaka untuk makan YTF. Siap up status lalu Pekan Masjid Tanah.

Tanya dia kenapa gigih pergi lepas waktu kerja? Katanya, weekend tempat ni penuh. So, sebab nak makan, kenalah pergi lepas waktu kerja. Orang tak ramai dan senang parking.


Cuti Deepavali haritu, dah alang-alang adik-adik pun ada,  kita hangkut la yang gegirls pergi makan sini. Nak juga tahu, apa yang sedap sangat sampai beriya kawan I tu pergi.

Ini la dia, YTF Pantai Puteri. Famous rupanya tempat ni.  Rupa-rupanya, I je yang tak tahu walaupun duduk sini. Tengok logo kat kedai tu dia tulis since 1983, tahun kita lahir. 🙈

Tanya kat geng sekolah, diorang tahu tak kedai ni? Ya, diorang semua tahu kecuali I. Haha!


Dua orang ni BFF. Kalau balik kampung, mesti melekat berdua. Nak makan pun kena duduk sebelah-menyebelah.



Order kami, makan 4 dewasa dua kanak-kanak. Nampak banyak kan, tapi Alhamdulillah, habis kami makan. Shedapppppp 😍

Patutlah kawan I gigih datang sini. Sedap YTF nya. Yang buat sedap, sosnya tu. Makan dengan sup panas-panas, cicah sos dia, memang surrrrr bak kata kid nowadays.

Isi YTF pun ada macam-macam pilihan. Kalau tak nak yang process food adik-beradik fishball ni, boleh la pilih telur, udang, paru, sayur-sayuran dan haiwan tumbuhan lain. Pilihan bahan untuk direbus tu memang banyak.

Next time nak datang lagi bawah husband lak makan kat sini.