Selasa, 17 Januari 2017

Hai Bukit Broga!


Setelah hampir setahun setengah berehat dari beraktiviti lasak, baru minggu lepas beranikan diri untuk melasakkan diri.
Haha.
Dengan takde warm up nya, dengan dah lama tak jogging nya, hanya mengharap, exercise naik tangga office pagi-pagi tu je, terus pi main redah Bukit Broga.
Konon nak test-test dulu, sekali ambik kauu, terus rasa nak muntah tak cukup nafas.
Semput mak nakkk!
Balik rumah, memang mendapat lah sakit kepala sampai ke malam.

Bukit Broga sekarang dah ada jalan baru.
Jalan yang lama tu dah ada penjaga pintu. Kena bayar RM1 kalau nak lalu situ. Parking pun sekarang dah RM3. Masuk toilet RM1. Eh, apa aje yang tak kena bayar sekarang ni kan? ;)

So, sebab jalan lama tu dah biasa sangat, pergi kali ni kita cuba jalan baru.
Yang jalan baru ni dia terus ke check point dua. So kita takkan lalu check point satu. Terus check point dua, jalan sikit lagi terus sampai puncak dah.

Cara cerita macam sampai je ke puncaknya kan, tapi tak!
Haha.
Check point dua pun tak sampai juga.
Takat dibibir-bibir check point dua je, lepas tu I duduk melepek je lah tunggu Azreen turun.
Malas nak paksa diri. Cukup takat tu je.

Next time kita cuba lagi ye Bukit Broga.
=)






Jumaat, 13 Januari 2017

Bukit Tinggi, Pahang dengan the Beradiks

Bila the Beradiks ajak  jalan pergi ke Bukit Tinggi, rasa macam malas je  nak pergi sebab I bayangkan jauh Bukit Tinggi tu macam ke Cameron Highlands. Tapi tak jauh pun sebenarnya. 2 jam dari Nilai dah sampai dah. Sekejap je jadi Godzila dalam kereta. Baru nak panas enjin, eh, sampai dah. Rayeesa pun behave je dalam kereta.

So, taknak mengecewakan the Beradiks dan bukan senang kan kita nak kumpul-kumpul keluarga bila masing-masing dah menambah keluarga ni, so moh la kita layan je.

Hello Bukit Tinggi =) 
Kami gerak dari Nilai pukul 7 pagi tajam. Berhenti sarapan Nasi lemak sedap kat R&R Nilai sekejap, plus minus dengan anak memerut, abah pergi toilet semua, then sambung gerak, dalam pukul 11 lebih kami sampai ke Colmar Tropicale - tarikan utama kalau datang ke Bukit Tinggi. Adik kedua I dah tunggu di sana sebab dia bermalam dengan keluarga mertua dia di sana.

Tiket masuk ke sini:
RM16 dewasa
RM8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Mamat Spiderman yang happy sangat dapat tengok swan dedekat.
Colmar Tropicale ni memang cantik dan sesuai untuk orang suka  bergambar. Patulah adik I nak sangat pergi sini.

Jumaat, 6 Januari 2017

Anak ketiga.

Time anak pertama,
kan main, every minute, every second,
semua nak cerita.
Haha.

Anak kedua,
Masih ada cerita,
tapi time rajin ada,
time malas memang nan hado la.

Anak ketiga,
suam-suam kuku,
boleh dikira dia punya cerita.


























Nasib la ye Rayeesa. Siapa suruh jadi anak nombor tiga.
Haha.

Perkembangan 5 bulan Iman Rayeesa.

  • Masih belum meniarap, sampai takat mengereng je.
  • Mulut riuh, bising. Friendly ngikut siapa tah.
  • Kalau Reezqy agah, mengekek-ngekek gelak. Hanya Reezqy je ye. Harap maklum :p
  • Alhamdulillah, masih fully BF. 
  • Masih tidur malam berbedung.

Itu je lah yang I ingat.
Jadilah ye dik. Janji ingat.
So, kita post la sikit-sikit supaya adik tahu, ada juga updates adik.
;)

Happy weekend semua!



Ahad, 1 Januari 2017

2016 Highlights!

Tata 2016!
Terima kasih untuk semua memori yang indah =)
Alhamdulillah, dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang baik sepanjang 2016.

Selamat datang 2017.
Selamat datang bab baru.
Semoga semuanya akan baik-baik saja, Insya Allah.