Khamis, 18 Oktober 2018

Bukit Tempurung, Semenyih

Salam semua!
Minggu exam dah tiba! Minggu yang emak-emak gelabah terlebih.
Haha.

So, nak hilangkan gundah, moh la kita pi mendaki anak-anak.
Kali ini pi Bukit Tempurung, di Setia Eco Hill 2, Semenyih.

Sebenarnya nak pi tengok je kawasan ni lepas balik dari breakfast picnic pagi tu, sekali terjalan, terdaki, eh tersampai ke puncak!
Semuanya 'ter'

Kat sini adalah Adventure Park yang lengkap untuk berekreasi  dan berbasikal. Kemudahan semuanya baru dan helokkkk lagi. Trail untuk mendaki pun cantik je tersedia.

So, let's exlpore!

Serba sedikit mengenai Bukti Tempurung.

Trail kat sini dibahagi mengikut warna. Ada red, blue, yellow dan green trail. Ikut lah mana hangpa nak pi.

Ada juga laluan yang berturap. Boringlah ikut sini, kang terserempak dengan abam-abam basikal, so, moh kita lalu hutan tak berapa hutan sangat.

Signage semua lengkap, tidak mungkin korang akan tersesat.


Kami follow yellow trail. Rasanya ni kawasan ladang getah dahulu ni. Pemaju beli dan bangunkan kawasan ni. So, mana yang tak kenal pokok getah, memang dialu-alukan lah datang ke sini. Boleh kenal-mengenal. ;)

Ikut yellow trail akan lalu canopy walk. Takdalah panjang mana canopy walk ni tapi budak-budak excited aje lalu.


Tiba-tiba ada cendawan di tengah hutan. Motip?

Yey, sampai puncak akhirnya. Bukit Beruang peak! Dalam setengah jam berjalan macam tu. 

Ada tempat untuk berehat kat atas ni. So, bolehlah ambil nafas sekejap sebelum meneruskan perjalanan turun.

Balik kami ikut jalan berturap, terjumpa playground ni.

Hijau aje kat sini. Bagus usaha pemaju  buat tempat ni. So, dapatlah kita kenal-kenal hutan yang makin pupus.

I juga pernah try pergi ke sini waktu petang. Orang tak berapa ramai, nampak sunyi je. So, pada yang nak pergi, elok la pergi waktu pagi sbb ramai orang. Hutan-hutan ni kalau sunyi, rasa seram semacam lak. Haha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan