Rabu, 9 Januari 2019

D'Bukit Homestay, Pedas, Negeri Sembilan

Salam 2019 semua!
Hati berbolak balik sama ada nak tutup atau terus menulis kat blog ni. Dah dua bulan ditutup konon boleh pujuk hati nak tutup terus tapi rasa kelam aja permulaan 2019 ni.

10 tahun kau dah menulis, rasa serba tak kena bila tak mencoret sesuatu.
Maka, selepas fikir segalanya, kita decide, teruskan ajalah.
Buatlah perkara yang kau gembira, Insha Allah, gembira hidup kau.
Haha.

Untuk permulaan ni, nak berkongsi satu tempat percutian yang sesuai sangat dijadikan tempat kumpul-kumpul keluarga atau tempat nak buat family day.

Masih tak boleh move on lagi! Untuk pencinta kehijauan macam I, memang suka sangat tempat ni. Rasa tenang dan damai je tengok gambar ni.

Tak sangka pula, jalan balik kampung yang I selalu lalu, ada terselit tempat yang cantik ni. Masa pergi survey, cemas juga tengok jalannya yang masuk jauh ke dalam kampung, tapi lepas tengok tempat ni, hilang rasa cemas tadi.

Last December, I dan suami telah diamanahkan oleh makcik untuk organize Family Day untuk keluarga kami. Kami terima dengan hati terbuka je walaupun kalut dengan banyak benda time tu. Dengan urusan renovate rumah, pindah rumah, anak nak sekolah, Ya Allah, Tuhan saja yang tahu kekalutan dan kekusutan time tu.

Tapi Allah dah kata, Kau permudahkan urusan orang, Insha Allah, urusakan kau juga akan jadi mudah. Alhamdulillah, dalam kekalutan dan kesulitan, segala urusan dipermudahkan. Syukran Ya Allah =)

D'Bukit Homestay di terletak di Pedas, Negeri Sembilan. Exit tol Pedas, then dalam 2km macam tu akan jumpa tempat ni. Berdekatan dengan Sabak Salai, sebuah kedai makan yang sentiasa penuh dengan pengunjung.

Di sini, ada 5 unit rumah yang disediakan iaitu Rumah Abah (Fit 6 person), Rumah Mak (Fit 5 person), Rumah Long, Ngah dan Acu (Fit 4 person). Untuk program ni I booked kesemua 5 unit terus sebab nak privasi untuk famili walaupun tak ramai yang nak stay. If ada tambahan ahli keluarga, akan di cas RM10 perkepala.

Lepas tu, tambah bayaran tambahan untuk PA System, BBQ dan tempat memasak total semua tak sampai RM1500 tanpa makan. Murah kan? Itu harga untuk 2018 ya semua ;)

Ingat nak ambil pakej makan terus, konon nak bagi ahli keluarga berehat-rehat je, tapi sebab kenal sangat dengan Famili yang I suka makan dan memasak ni, maka, kami decide untuk masak sendiri je lah. Lebih mengeratkan silaturrahim dan of course lagi jimat banyak haha!

My kekuatan selain dari suami tersayang! Takda depa ni, tak jalan program. Thank you semua sebab sentiasa ada dan cuba luangkan masa untuk program keluarga kita =)

Program kali ini, memang takda sukaneka. Memang nak bagi semua mandi kolam sampai kembang. So, program haritu start with Potluck Lunch, then anak-anak terlepas dah masuk kolam. Kita panggil balik suruh naik sebab depa tak ikut aturcara. Melalak semua lagi-lagi anak I. Haha. Maaaf semua. Mami suruh naik demi kebaikan =p

Ikut balik aturcara, kita mulakan Pop Kuiz. Saja suruh diorang jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan arwah Emak Tijah dan Ayah Salim. Siapa jawab betul, kita bagi hadiah. Then kita buat cabutan bertuah. Alhamdulillah, semua happy.

Selesai aja, semua sambung mandi kolam semula.

Dapur memasak pun lengkap dengan pinggan mangkuk semua. Siap ada freezer kalau nak simpan bahan basah ye. Kami bawa daging dan ayam yang telah marinate dan simpan dalam freezer tu. Dan, tugas memasak diserahkan kepada yang muda-mudalah.

Kat sini boleh memancing. Cas memancing RM10 untuk joran dan RM15 bagi joran dan umpan. Hasil tangkapan tidak boleh di bawa keluar dan perlu masak di sini je.

Tapi Ibu I, kau ingat dia nak masak kat sini tanpa barang kelengkapan dia! Maka, kita pujuklah tuan punya tempat untuk timbang kilo hasil tangakap.

Ni ruang makan dan tempat memasak ya. Memang dikhaskan kat sini. Senang nak urus agaknya bila tempat makan dan masak berpusat.

Rumah Abah adalah rumah paling luas berbanding rumah lain. Boleh menempatkan 6-7 orang dalam satu masa. Rumah abahkan, kenalah luas, anak cucu nak datang bertandang =p Haha!


Kolam mandi! Ada slide kat sini. Of couse lah menjadi pujaan anak-anak. Memang berendam ajalah diorang sampai kembang.

Famili kami sahaja. Nak tenggelam, nak timbul, nak terlentang tergolek, lantak kau lah labu. Beriya I booking konon nak puas mandi kolam, apakan daya, atas kekangan bulan, kita mampu tengok je lah sambil jadi jurukamera

We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time
=)

Program malam, lepas solat berjemaah kat surau yang disediakan kami berkaraoke sambil ber BBQ.

View from jambatan menghadap kolam. Yang korang nampak coklat-coklat dalam kolam tu bukan lumpur tau. Tu simen. I ingatkan kolam tu kotor. Haha.

Ni bilik I. Bilik Acu kalau tak silap. Ada satu queen bed, bantal lebih dan toto juga disediakan. Kalau taknak guna toto diorang, korang bawalah toto sendiri.

Sesekali korang, fefeeling duduk rumah kampung. Rayeesa masa masuk rumah ni asyik tengok lantai tu je. Meninjau ke bawah. Pelik agaknya kenapa rumah dia takde lantai gini.

Ada surau disediakan. Ruangnya comel je. Lepas saf perempuan tu pintu dah. Tapi ok je kalau nak baca Yassin, meeting keluarga kat sini. Selesa.

Antara ahli keluarga yang mandi. Tengok baju merah tu. Dia yang conquer kolam. Melebih dari anak. Haha.

Alhamdulillah, selesai program, selesai menjalankan amanah yang telah diberi. Pada yang tak berkesempatan join, Insha Allah, panjang umur, hingga berjumpa di lain program. =)


Perkara lain yang korang perlu tahu kalau nak ke sini selain dari yang I kongsi kat atas:

1.  Tempat ni memang tempat untuk bercuti. Jauh ceruk ke dalam masuknya.  Line  Maxis, Celcom, Digi takda. Ada sorang cousin je yang line telefon dia ada dan kami guna untuk call out. Tapi tak ingat line apa.  Silalah enjoy percutian anda. Tapi jangan risau, kat ruang makan tu, disediakan wifi free. Cousins semua duduk situ sampai dua pagi sebab nak update media sosial.

2. Tempat ni kena banyak berjalan dan banyak tangga. Abah I haritu taknak pergi sebab dia kata, tak larat nak jalan tapi kita cakap don't worry, nanti kita dokong. Haha. Silalah bagi rumah yang terdekat kepada yang lebih tua =)

3. Tuan punya Homestay tinggal dekat situ ja. So, apa-apa masalah, memang dia cepat datang selesaikan.

4. Ada tv tiada Astro. Setiap rumah akan dibekalkan dengan pendrive yang mengandungi movie. Layan tu je lah. Nasib I dapat pendrive kartoon. Riang budak-budak ni.

D’Bukit Homestay 🏡
Kg Kundur Ulu, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan
📞0129357506 (Pn. Rina)


1 ulasan:

  1. uuish cantik tempatnya.. kalo pergi ramai2 memang meriah. buat aktiviti dalam tu ja xyah keluar kan dahla kawasan nampak fresh je..

    BalasPadam