Jumaat, 11 Januari 2019

Bila perempuan uruskan hal kereta ~ PUSPAKOM



Berada di PUSPAKOM semalam bagi urusan tukar milik kereta bertiga dengan adik yang salah seorangnya baru merdeka pantang bersalin.

Silap kami tak buat appoinment, maka perlu beratur panjang. Dari beratur di belakang lori, bertanya pakcik Guard, pindah lorong D pergi E, masuk lorong F! Haha. Chaos sungguh rasa pagi semalam 🤣

Ditambah pula dengan muka ketat abang-abang driver lori, para Runner yang mencari rezeki, Ya Allah berkira-kira mesti petang urusan baru selesai nanti ni.

Sambil menunggu giliran bersama lori dan pelbagai lagi kenderaan lain, datang seorang pakcik (Runner juga agaknya) ke kereta kami, dia nampak baby Ayra. Dia buka pintu kereta sambil mengagah baby Ayra, borak tanya perihal baby Ayra. Rasa cemas lak kami sebab stranger kan.

Dia beredar ke geng Runner di depan pondok D. Tiba-tiba semua Runner datang ke arah kami, ada uncle Cina, uncle India dan seorang perempuan bernama Wani. Kami cemas lagi.

Haiyaaaa, lu jalan dulu!
Bagi laluan, ini ada baby lah.
Kak, jalan dulu kak, kalau beratur ni sampai petang tak tentu habis lagi. Sian baby tu.

Alhamdulillah, semua urusan kami dipermudahkan time di PUSPAKOM.
Runner Wani siap bantu ambilkan borang kami, dia settle kan semua. Dia suruh kami menunggu di bilik yang disediakan je. Hulur la juga duit kopi kat Wani, sebab kita faham dia mencari rezeki kat situ kan, tapi dia tolak dan dia bagi kat Baby Ayra je. Dia kata dia tolong ikhlas sebab dia dah biasa kat situ.

Alhamdulillah  dipertemukan dengan bangsa Malaysia yang berhati baik. Rasa happy sangat =)
Terima kasih baby Ayra 💕 permudahkan urusan Mami dan Maklang

Settle di PUSPAKOM, kami ke JPJ. Kat sana pun, sebab ada baby AYRA, laju je urusan kami. Siap sempat singgah AEON pi makan kat Nandos.

=)

1 ulasan:

  1. baby ayra bawa tuah tu...
    Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...
    masih ramai lagi orang2 Malaysia yg baik hati kan...
    semoga Allah juga mudahkan urusan mereka hendaknya...amenn...

    BalasPadam