Khamis, 10 Januari 2019

Highlight of Sept 2018

Salam,

Rasa sayang pula tengok gambar dalam draft ni. Semua aktiviti di bulan September 2018. So, lets post it here!

I join program Biggest Looser company time 2018. Haha. Tak kurus pun. Siap turun lepas tu naik balik dua kali ganda. Kau rasa? Terus jadi malas nak fikir dah.

Sekarang ni, fokus 2019, makan untuk gembira, pastikan anak-anak terjaga, hidup aman damai dan bahagia. Dah lah. Malas nak stress dan serabut fikir nak kurus.


Pengalaman baru di department baru. Orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguek. So, just follow the rhythm!

School visit Iman Reezqy. Ada dua tiga tempat dia pergi. Balik kan main happy, cerita macam-macam. Siap bawa balik sayur pucuk keledek suruh ommak masak.

Gelak I baca dalam group tadika Reezqy, sebab semua tertanya-tanya anak bawa balik sayur apa. Nak kata kangkung bukan, diorang memang tak tahu. So, I jawabkan, itu pucuk keledek. Buat masak lemak putih pun sedap lawan ikan bilis =)

Berekreasi sambil minum pagi dengan famili adik. Fokus 2018 kan hidup sihat, tu yang manjang picnic dan jogging je tu =p

Reunion Budak Sopan Teknik PD sambil lawat baby Affa. Mana yang ada je lah. Nak kumpul semua, banyak nau kekangan. So, konsep dia, takda paksaan. Nak datang, datang. Tak nak datang, terpulang. =)

Balik kampung mandi laut. Memang happy moment budak-budak ni lah. Kalau tak jumpa sebulan sekali memang asyik tanya je.

The cousin dunia akhirat. Esok dah besar, kita bergambar macam ni ye anak-anak Mami. Tengok apa perubahan korang. Haha!

Abah, anak dan menantu mengalihkan dapur kayu Ibu I. Haha. Semua sakit pinggang lepas tu. Sayang benar Ibu dengan dapur ni. Ikut I nak robohkan je. Tapi mampu cakap dalam hati je lah. Kang cakap terus, kecik hati ibu. Dah itu kesukaan dia, kita ikutkan aja.

Program kemerdekaan sempena Hari Malaysia. Kan main bergambar, acah-acah berncinta padahal anak dah tiga.

During September juga, I dipinjamkan ke Pejabat Bos Besar sebab Setiausaha dia cuti bersalin. Lain yang kita rancang, lain yang jadi. I redha dan pasrah ajelah. Mungkin Dia tahu apa yang terbaik. Penat juga pujuk hati time tu. Apapun, semuanya dijalani dengan berlapang dada. Nasib kawan-kawan pun ada, so I happy ajelah kat sana.

Time tu juga, ex-officemate bertukar ke Utara ikut suami. So, kita abadikan kenangan bergambar dengan Pensyarah lawa kat sini sebagai memori. All the best Dr. Azira!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan