Salam semua,
Since sana sini heboh dengan 10 years challenge, kita yang ikut arus semasa ni pun up la gambar ni kat IG.
Sekali ada yang PM, kenapa nak tunjuk gambar time free hair?
Tanjat hakak dik oi.
Perhati bebetul ke tidak sebenarnya gambar tu? It wasn't me lah. Kan Elizabeth Tan tu sayang.
Since ada kawan collage kan gambar ni, bagi kat I, tu yang saja post tu.
Minta maaf sangatlah telah menimbulkan kekeliruan.
I admit 10years before, I memang free hair. Mana kawan yang rapat dan kenal dulu pun tahu tapi Alhamdulillah, semua gambar zaman jahiliyah =p tersebut takda dah I letak di mana-mana media sosial.
Takda rasa nak kongsi lagi dah.
Lagi segan bila anak kau dah sekolah, dan dah pandai bagi tarbiyah ;p
Kot ada pun ternampak mungkin dari photographer masa kahwin dulu je.
Semua orang buat silap.
Mana ada manusia yang sempurna.
Baru-baru ni pun ada sorang kawan ni bercerita pasal I, kepada kawan yang menyampaikan pada I semula.
Dia tu dulu tak pakai tudung.
Dan, entah apa lagi yang dia cerita, hanya dia dan Allah je lah yang tahu.
Bila kawan tanya I betul ke tak, I senyum malu, mengaku je lah.
Takda apa yang dibanggakan dengan dulu tak bertudung tu.
Kalau diberi peluang untuk ubah, I nak ubah semula jalan hidup yang dulu.
Nak warnakan cerita I dengan cerita love story yang terus jumpa Azreen je. Terus lahir sebagai anak orang kaya yang harta berkoyan-koyan, takda rasa susah dalam hidup. Tak payah kerja USIM dah.
Haha.
Kalau boleh.
Tapi siapa kita nak melawan segala yang telah Dia rencana?
Dia dah tulis semua.
Apa yang berlaku dulu semua ada hikmahnya.
Macam nak beli rumah baru-baru ni juga.
Azreen penat dengar I mengeluh, kenapa tak beli rumah dari dulu. Kenapa begini? Kenapa begitu?
Seriously, I macam tak bersyukur pula dapat peluang beli rumah. Rasa down sebab tahu ajelah beli rumah second hand ni macam mana kan? Tak sempurna macam kita beli rumah baharu. Hari-hari rasa nak marah. Tak tahulah marah pada diri sendiri ke, marah pada Azreen ke, entah! Tapi memang rasa stress, down sangat.
Padahal dulu, beriya berdoa minta pada Allah, semoga ada rezeki dapat beli rumah depan tempat kerja.
Bila Dia dah bagi, kau boleh lagi banyak songeh nak itu ini.
Sungguh tak bersyukur kau ni!
Hinggalah pada suatu hari. Allah nak bagi peringatan.
Dalam gembira I pergi membeli-belah, kegembiraan yang sementara itu Allah balas dengan satu pengajaran yang sampai sekarang masih terbayang jelas dalam ingatan I ni.
Termangu I petang tu, terus membawa ke seminggu.
Terkenang, terbayang kesengsaraan teman nan sorang itu.
Bagaimana dia survive dengan sakitnya bertemankan rumah flat yang korang sendiri tahu bagaimana besarnya setiap ruang yang ada kat situ.
Allah tunjuk depan mata I sendiri.
Allah bagi peluang I rasa masuk ruang rumah yang lebih kecil.
Allah tutup keluh kesah dengan bagi peringatan, rumah yang kau miliki itu adalah apa yang kau perlukan.
Allah jentik hati ini dengan erti syukur.
=,(
Apa yang jadi sebenarnya, Allah dah kata bersebab tapi kita sebagai manusia yang sentiasa ada dosa, selalu nak query segala yang Allah dan rencana. Selalu rasa tak adil kalau perkara yang menimpa tak menggembirakan kita dan bukan apa yang kita inginkan.
I mengeluh kenapa tak beli rumah dari dulu, walhal semuanya dah tertulis.
I mengeluh kalau boleh nak ubah semua jalan hidup I yang dahulu, walhal tanpa lalui jalan hidup yang dahulu, tak mungkin I mampu berdiri untuk jalani hidup pada hari ini.
Ada sebab Allah aturkan semua.
Ada sebab Dia tak bagi semua. Dia bagi apa yang I perlukan aje.
Ada pelajaran yang perlu diteladani dari semua perkara.
Hanya Dia yang mengetahui dan Dia juga yang tahu kekuatan dan kemampuan kita.
Allah dah jentik hati I sekali.
Semoga I tak lalai dan leka lagi.
Semoga I sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa memperbaiki diri dan amalan, Insha Allah.
mmg ada iras Elizabeth Tan...hehe....btul tu apa yg berlaku ada sebabnya...biasa la kita manusia tk lari dr mengeluh..kenapa itu kenapa ini
BalasPadam