Khamis, 22 Mac 2018

Bukit Melati, Nilai

Another post terperam. Tengok gambar pun, Rayeesa baby lagi time tu, so memang dah lama sangat dah ni.

Ayat klise blogger: Walaupun dah lama, tetap kena letak di sini untuk rekod di masa hadapan.

Haha.
So, moh kita.

Program ini adalah anjuran Kelab Setiausaha kampeni I. Since bukit ni menjadi tempat riadah warga USIM, maka, moh la kita beriadah  juga bersama Ayahanda (Big Bos) tercinta.

 Light warming up before start hiking. Ada juga antara Setiausaha  yang tak biasa join program macam ni. Alhamdulillah, pada hari kejadian, diorang ok je semua tapi siap cakap, ok ni last, lepas ni tak nak dah.

 Starting point. Bismillah.. Moh kita meneruskan pendakian semua!

 Bukit Melati ni terletak kat Nilai, Negeri Sembilan. Starting pointnya banyak. Tapi mostly orang mula kat sini. Yang ada Tokong Cina tu. Nak turun pun banyak jalan yang boleh diikut. Terpulang lah nak pilih mana yang mudah atau tak.

Laluan Bukit Melati ni bagi I ok je. Takdelah mencanak macam Bukit Broga, tapi takdelah mudah juga untuk first timer. Ada juga kena berhenti-henti ambil nafas, lagi-lagi kalau bawa kanak-kanak. Reezqy time ni I tak bawa.




 Antara check point yang ada. Boleh snap view Bandar Baru Nilai dari sini.

 Dengan rakan Setiausaha dan team GCB! Thank you korang, korbankan masa cuti join program ni.


 Kemucak program, bila dah sampai puncak ialah sesi Tazkirah daripada Ayahanda sambil pekena kopi 434 dan nasi lemak daun pisang.


 Thank you Kelab Rekreasi USIM (KREAL) bantu kami menjayakan program ni.


One for the album! Gambar kenangan dengan Ayahanda
Once again, terima kasih kepada semua atas kerjasama menjayakan program ini. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan