PKP akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan. Kenangan yg takkan dilupakan untuk dibaca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur ๐ข๐ข
Takkan sesekali dilupakan:
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh ๐ฒ๐พ
๐Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
๐PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
๐Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
๐Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
๐Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
๐ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
๐Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
๐Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group What'sapp.
๐Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
๐Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
๐ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
๐Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
๐Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
๐Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
๐ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di Bukit Bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
๐Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan tapi diganti dgn nikah online.
๐Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
๐Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
๐Taman permainan kanak-kanak ditutup.
๐Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
๐Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
๐Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan.
๐Rak-rak di kedai menjadi kosong.
๐Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
๐Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
๐Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
๐Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
๐Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
๐ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
๐Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
๐ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
๐Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
๐ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ
Nikmat mana lagi yang kita dustai? Lakukan kebaikan antara satu sama lain. Sayangi antara satu sama lain. Sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Kita semua adalah satu ! ❤️๐ฒ๐พ❤️๐ฒ๐พ❤️
PKP, Covid 19 akan menjadi kenangan abadi selamanya.