Khamis, 4 Jun 2026

Program Ibadah Qurban Anak Cucu Cicit Tijah Salim

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Semoga amal ibadah kita pada tahun ini diterima Allah swt, Insha Allah.


Tahun ni raya haji kami sambut di Melaka. Excited sikit this year sebab I organize program qurban untuk family belah arwah Ibu untuk pertama kalinya. I rasa ni je cara, nak kumpulkan semua ahli keluarga, dapat jumpa, gelak-gelak, makan sama-sama. Yang penting, dapat tengok semua ada depan mata.


Alhamdulillah, semua orang kuat I ada =)

Ambil tugas tukang timbang.


Amy bantu jadi Jurukira


Oleh kerana pakcik-makcik pun dah tak kuat mana, sepupu yang hebat bab qurban pun raya belah mertua, I decide, ambil khidmat yang dah siap sembelih, buang kulit semua. Diorang hantar bahagian untuk kita lapah dan buat agihan je.






Terima kasih semua. Takda diorang ni, tak jadi program.





Baca je lah ya caption i ambil dari gambar yang post kat Instgram.

Setelah berbincang, semua setuju, ambil sedikit bahagian untuk buat nasi daging.  Untuk jamu yang membantu. Menu yang terpaling mudah, tak renyah, tak banyak bahan, nak semua peringkat umur boleh makan. 


Syukran Husband. Dia memang terpaksa rela ikut je semua. Haha! Banyak sangat membantu. Lagi-lagi time nak program I tiba-tiba kena sakit pinggang. Memang nak tak nak, dia kena la tolong juga.


Ginilah keadaannya. Lembu dah bersih. Tinggal kita yang kena lapah, timbang dan buat agihan.


Ajis dan wifenya pun orang kuat I juga ni. Diorang dah biasa buat benda ni. So takat kepala lembut tu, sap sap soi je dia bersihkan.


Ajar juga Gen Z dan Gen Alpha ni ni cara melapah. Belajar la ya anak-anak. Kalau tak belajar, semua tak tahu nanti.


Ha, nampak! Ke mana-mana je berdua. Pendamping I, ke mana I pergi, dia sentiasa ada! 


Team rewang bahan nak masak.


Alahaiii sedapnyaaaa. Terkenang-kenang pula nasi daging ni. 


Ni pun function juga ni. Order je, barang sampai.


Time makan, jemput jiran-jiran yang berdekatan.


Millenials. Cousins yang sama-sama membantu.

Alhamdulillah, by zuhur, selesai buat agihan, selesai kemas pinggan periuk semua dan mana yang patut ditanam, selesai ditanam.