Memaparkan catatan dengan label Ninja turtle =p. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ninja turtle =p. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2026

INTO THE MOVIEVERSE - Jadilah watak kegemaran anda!

Salam,

Alhamdulillah, this year selesai satu lagi KPI untuk organize Majlis Anugerah dan Penghargaan Staf. Kami try mohon buat di luar, dah ianya lulus.

Bekerjasama dengan staf muda ni, diorang terus come up dengan tema tu. Risau juga pada mulanya, tapi Alhamdulillah, staf di jabatan I sporting semua.


I mula-mula nak pakai Harley Quinn, kan main kann haha tapi sebab heavy period on that day, last minute tanya si kakak, dia tengok apa baju yang i ada, dia suruh jadi Wednesday je la mami.


Pemenang best dress lelaki.


Team Boboi.


Ada geng Wednesday I tu.


Team Admin.


Juri siap suruh catlwalk dan explain baju untuk yang shortlisted. 
I menang kategori best dress wanita.


The Urusetia! Missing Kina, Pengarah Program dan Ainros yang pergi tengok konsert MCR.



Celebrate birthday September - Disember babies


The team, 70/96! Yang lelain tak hadir tu pi tengok MCR la agaknya.


Event Space baru kat Nilai ni, so kami try. Before kami, tengok kat Tiktok, Team ZUS Nilai dan Majlis Farewell F5 sekolah anak pun buat di sini. Tema sama dengan kami. Haha. Famous juga tema ni.


Setiausaha Kelab Kebajikan yang lama dan yang baharu (i letteww)


Geng gegirl.





Tempah kek dan pulut kuning  untuk sambutan hari lahir.


Mulan, Ustazah Pilihan, Wednesday, Mama Zola, Nick Wilde Zootopia


Team Admin, Kak Watie Red Riding Hood, Ain Wednesday dan Dila Super Mario


Yang terawal sampai


Bila adik tengok gambar ni dia cakap, mami, Wednesday tak boleh senyum.
Haha!
Ommak kau Emcee nakk, penat pula nak bercakap dengan muka masa mata terbuntang =p



 

Isnin, 23 November 2026

Preparation Hi-Tea Office

Salam,

 “A good event is not a one-man show. It takes a whole team to make the magic happen”

Ya, betul sangat ayat ni. Nak buat program ni bukan mudah. Lagi-lagi kalau bajet kau ciput, hmmm. Kena la usaha lebih part yang mana bajet tak cover.


Lagi satu, common sense kena ada. Pandai-pandai lah tanya, apa yang nak dibantu. Rajin-rajinlah bertanya.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Tiga hari petang juga kami ambil masa nak siapkan back drops ni. Takmo membazir order. Kang lepas guna, buang gitu je.


With Assitant creative cum multimedia director.


Di hari kejadian, pergi set up di tempat program.


Hasil berkampung tiap-tiap petang. 


As usual, job yang orang tak nak. Meh je la bagi kita.


Set-up.


Selasa, 20 Oktober 2026

Konsert Gema Bumantara

 

Bila bos tanya siapa Sitizoners dalam group Admin, laju je officemate i Adilah, pi letak nama dia dan I dalam list. Haha. I perhati jelah. Mungkin Dila nak ajak I pi konsert ni, tu dia letak nama.

I bukanlah diehard fan, apatah lagi Sitizoners, tapi I membesar dengan lagu-lagu Siti. Dia menang bintang HMI tahun 1995, I baru darjah 6 time tu. Dia perform di Sukan Komanwel, I dah form 3. Almost 30 tahun ya, halwa telinga mendengar lagu-lagu dia. Dari dia free hair, sampai pakai tudung, dari bujang, wedding of the year, ada Aafiyah dan Afwa, semua kita follow. Memang kenal dia tapi takda la sampai beli semua merchandise dia, tampal poster semua tu. Album dia pun dua je yang i ada iaitu EMAS (2003) dan Anugerah Aidilfitri (2003)

Bila dia keluar album tradisional, arwah Abah kan main suka. Memang dok puji jelah Siti ni. Abah pun suka Siti. Eh, siapa je yang tak suka Siti Nurhaliza?



Bos bagi tiket 14hb, konsertnya 17hb, terus study do's & don'ts the konsert. Tema pakaian tradisional. Alahaii, kalau order ni, mesti tak sempat sampai. So, kita pakai apa yang ada je la. Mula-mula decide pakai putih, lepas tu last minit tukar hitam. Kat Stadium kan, kang panas, pakai putih kan nampak peluh-peluh.

Bincang dengan adik, nak tumpangkan anak-anak. Sekali si kakak tak nak tinggal pulak. Rezeki kakak, sebab hari Jumaat tu, Adilah maklum tak dapat pergi sebab suami dia kena kerja malam. Lepas tu bos lak PM tanya, nak bawa suami tak sebab ada staf tak sihat, kita on je lah. Tadaaaa, terus tiga-tiga ikut. Tq bos!


Nak pergi pun mula-mula plan nak naik LRT sebab husband kata senang tapi last minit, dia yang tukar sebab malas nak berjalan. Hujan lebat pula petang tu, dengan ada program lainnya lagi di sekitar stadium, susah  betul nak cari parking. Kami dapat parking di area Pusat Skuasy. Menapak  la kami ke SNBJ.


Sambil menapak, sambil wefie nak hilang penat. Nasib pakai hitam. Kena air pun tak nampak basah =p


Belikan kakak baju hujan sebab ada orang jual kat luar stadium, sekali time beratur nak masuk, yang tukang check tu suruh buang, tak boleh bawa masuk. Hmmm, gitu je ya dia suruh buang duit i RM10.00!



Kipas pun beli juga, RM10! Senang buat duit semua ya. Light stick tu dapat time check-in. 
Ainsazelin wazzz here! First time seumur hidup masuk SNBJ. Dan, pertama kalinya juga, di umur 43 tahun tengok konsert. Itu pun, tiket bos belanja. Alhamdulillah.


Kami masuk dalam 6.25 petang, setelah dua kali tawaf SNBJ mencari Gate A!  Haha. Siap beriya beratur, sekali tempat kami beratur tu bukan Gate A, tapi orang beratur sebab nak bergambar di photo booth. Sampai, terus cari surau untuk Asar dan tunggu maghrib je la terus. 





Waktu security check tu, gula halls i kena buang. Walaupun i sorok dalam beg mekap haha, dia jumpa juga sebab dia keluarkan mekap i, check satu-satu. Nyesal tak letak gula dalam bra! =p

Dan yang bulat tu pun hampir nak dibuang sebab dia ingat baju hujan. Nasib baik sorang lagi security yang perempuan tu faham itu adalah telekung.

Salam Bumantara daripada Gate A, Block 108, EE-25hingga 27!


Dah selesai yang wajib,barulah nak bergambar-gambar. 
Photobooth kat luar tu pun I tak bergambar. Malas nak beratur dan bersesak-sesak.
Yang belakang tu, depan stage, seat VVIP dan VIP, open area. Bos i duduk seat tu la dengan wife dan anaknya. Nak mula konsert tu, hujan lebat, berbaju hujanlah mereka sambil tengok konsert.


Kak sila dan Ramlah, rakan admin yang lain. Kak Sila pun bawa anak dia, Sabrina untuk menggantikan seorang lagi officemate yang tak boleh hadir. Ali pun pergi juga, tapi xde pula gambar Ali. Banyak rekod video je malam tu.

Walaupun ada time husband tidur time lagu yang dia tak tahu, kakak pun muka ketat je sebab tak dapat nak sing along bukan lagu-lagu zaman dia, terima kasih banyak-banyak sebab teman Ommak ke sini. Ommak happpy! Bangun esok pun senyum sampai ke telinga dapat pergi konsert Siti!

 l
Opening dengan lagu Mahligai Permata. Memukau betul. Sound system pun best. Walaupun seat jauh, ok je sebab ada skrin besar. 

Syukran bos belanja Team Admin!
Seronok tengok Siti menyanyi, persembahan dia memang memukau dan bertenaga.


Selayaknya gelaran Biduanita negara untuk Siti Nurhaliza. Kagum I, tiga jam dia menyanyi, suara kekal lunak, time bercakap pun suara elok lagi. Alhamdulillah, Allah anugerahkan bakat dan suara hebat kepada dia.


Dalam 12.30, konsertnya tamat, bersesak-sesak pula nak keluar. Ya Allah, part bersesak dan jammed tu jelah i tak suka, yang lain I enjoy je. 

Eh, tahu ke maksud Bumantara tu?

Bumantara bermaksud angkasa raya atau ruang udara yang terbentang luas, bergantung pada konteks penggunaannya.

Perkataan ini sering dikaitkan dengan bahasa Melayu klasik atau istilah sastera yang menggambarkan keluasan langit dan alam semesta.

 Contoh ayat:
1. Bumantara terbentang luas dihiasi bintang-bintang. — merujuk kepada angkasa yang luas.
2.  Cita-citanya setinggi bumantara. — membawa maksud cita-cita yang sangat tinggi.

 Ringkasnya, bumantara = angkasa atau langit yang luas.

Selasa, 16 Jun 2026

Majlis Khatam Quran Office

Salam,

Lama dah pending dalam draf ni so harini kita post la. 


This year kerajaan tak bagi buat sambutan majlis raya kan, takda lah kami buat majlis beriya. Oleh kerana bulan Ramadan, sibuk betul rasa, sat je dah nak raya. Apa yang sibuk pun tak tahu lah. Kami tak sempat nak buat majlis khatam sebab time bulan buasa tu ada buat group tadarus. Team kebajikan terus decide combine majlis khatam dan meeting rasmi jabatan je lah. 


Jarang pakai warna pastel ni. Terus rasa lembut dan ayu-ayu gitu. Haha.


Bidan terjun jadi MC.


Team merah jambu.


Majlis this year rasa tenang dan damai je. Kami order jugalah menu yang berkaitan raya. Semua potluck je guna duit sendiri. Semua enjoy makan, tenang-tenang, gelak-gelak.


Menu pilihan hati i. 


Majlis dimulakan dengan khatam quran, Ucapan dan amanat dari pengara,  suai kenal staf baharu, penyampaian hadiah hari lahir dan jamuan makan.


Tugas tambahan untuk i juga, sediakan pahar dan rebus telur.