Khamis, 26 Mei 2011

My BFF wedding.


Nama pompuan ni Norafzan Abdul Rahim.

Siapa dia?
Kawan karib ai sekatil sebantal masa belajar di UiTM Seri Iskandar dulu.

Motip buat posting pasal dia?
Dia akan berkahwin besok. =|

Sebab ai buat muka -> =| ?
=,(
Ai tak dapat bersama dia tok meraikan hari bahagia dia.

Pasai apa tak dapat bersama dia?
1. Sebab majlis dia jauh kat Sungai Petani nun. Kalau setakat KL, memang ai dah redah je even dalam patang pun.
2. Suami ai tak bagi izin ai pi sebab ai dalam pantang. Dah jadi isteri kan, cakap suami tak boleh nak lawan, kang tak cium bau syurga. =,(
3. Kalau ai pi, sapa nak jaga anak ai. Ai kan dah jadi Mummy.

Series, ai sangat sedih. Full stop.

To afzan:
I laf you, tu ang kena taw even aku takdak di Hari Besar ang. Aku minta maaf sesangat tak dapat pi kenduri ang. =,(
Aku doakan ang bahagia sampai syurga dan cepat dapat baby macam aku. Aku harap ang dapat maafkan aku na sebab aku tak datang.

Isnin, 23 Mei 2011

B kecil, B besar.


si B kecil. =)


Tenang dan aman seketika bila B kecil tidur.


Senyumnya penghilang penat berjaga malam.


B kecil si ratu air mata.


B kecil yang tak suka tidurnya beralas bantal.


Terkini, B kecil suka diriba bila nak tidur.


Penutup, gambar kenangan time mummy jadi besar bersama B besar yang sentiasa di hati. =p *pixa, kredit to Beby.

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ain!


12 Mei 2011

Terima kasih Tuhan, bertambah setahun lagi umur. Dengan rahmatmu juga, diri ini dikurniakan dengan rezeki, kesihatan dan kehidupan yang baik. Alhamdulillah. Tuhan, terima kasih juga atas hadiah yang sangat berharga darimu pada tahun ini iaitu Iman Raneeya.

Kepada suami, terima kasih atas kejutanmanis tapi, ai tak boleh makan pun kek kecik tu, kan ai sedang berpantang. =)

Dan, kepada keluarga dan rakan-rakan, terima kasih kerana mengingati hari ulang tahun kelahiran ai. Ai sangat menghargai ucapan-ucapan yang dihantar melalui sms dan di FB. Laf uols samarata. =)


Khamis, 12 Mei 2011

Kempunan air bunga kembang fatimah.


pixa kredit to cik gugel.

Bunga Kembang Fatimah ni boleh didapati di Tanah Suci Mekah je. Kegunaan bunga ni yang ai tau, adalah untuk mengetahui samada masa untuk bersalin dah dekat ke belum dan air rendaman tersebut boleh diminum dah khasiatnya samalah macam air selusuh. Cara untuk mengetahuinya ialah dengan merendam bunga tersebut. Kalau bunga tersebut kembang selepas direndam, maknanya masa untuk bersalin dah tibalah tu.

Ai dapat bunga ni daripada klasmet ai Feeza. Mak dia pi umrah, so minta tolonglah mak dia carikan. Alhamdulillah, bunga tersebut sampai ke tangan ai, sebelum ai bersalin. Kalau xdapat bunga tu pun, klasmet ai yang lain dah janji nak bagi pinjam bunga dia. Oh ye, untuk makluman bunga ni boleh digunapakai berulang kali ye hingga ke anak cucu sekiranya disimpan dengan baik.

Dengan adanya bunga kembang fatimah dan ibu ai pun dah sediakan minyak selusuh, kira persediaan ai untuk bersalin dah complete lah tu. Dengan benda-benda tersebut jugalah ai mohon pada Tuhan agar ia dapat membantu mempermudahkan jalan ai bersalin nanti.

Nenek sedara ai juga telah membekalkan dua botol air zam-zam untuk ai. Seminggu sebelum ai bersalin, bila haus je, air zam-zam tersebut ai minum sambil selawat dan mohon pada Tuhan moga ai cepat bersalin dan dipermudahkan segala urusan untuk bersalin nanti.

Tapi nak dijadikan cerita, ketika nak bersalin haritu, ai tak sempat langsung pun nak rendam bunga tu tok tengok ia berkembang. Minyak selusuh pun tak diminum dan dibawa masuk dalam labour room. Huhu. Takpolah la kan, janji semuanya dah selamat. Mungkin time adik Iman Raneeya nanti kot, baru dapat merasa. =p

psst: Ai rasa air zam-zam tu sangat membantu memudahkan ai bersalin.

Ahad, 1 Mei 2011

Iman Raneeya, pengalaman pertama kali bersalin

25 April 2011

Hari gaji! Petang tu, pergi beli barang sikit di Tesco sambil mulut request ciken chop dari AJ. AJ bising sebab aseklah nak makan fast food tapi diikutkan juga. Merasa lah makan cikencop dan smoothies (smoothies ke hape tah, tak igt nama) baru KFC tu. Sodap!

26 April 2011

Pergi kerja macam biasa. Dalam kepala otak asek teringat tentang appoinment dengan Dr. pakar besok sambil fikir cemane cara terbaik nak pi klinik tanpa AJ perlu masuk lambat kerja. Dalam hati dah plan, minta AJ anta ke klinik, balik nanti balik sendiri dengan bas je lah. *ada hati tu nak naik bas =p So, apply cuti tok besok sebab rasa appointment tu akan habis lambat.

Pada masa yang sama borak dengan kawan-kawan semua dan beritahu yang ai akan start bercuti seminggu awal minggu depan. Borang pun dah diisi, tunggu surat dari klinik tok bersalin then, baru minta pengesahan ketua jabatan.

Petang pula, minta izin dari AJ nak pi makan pizza dengan Emi sebab dia ada game bola. Dia bising lagi sebab asek nak makan fast food. So, merajuk bawa diri gie pasar malam, beli tulang dan buat sup. Malam tu dinner sup tulang dengan mee kuning. Mabeless!

Malam, dalam pukul 10.30, AJ nak tido awal sebab 2.30 pagi nanti dia nak bangun tengok game MU. Terkulat-kulat sensorang dan bosan tengok tv, so masuk tido awal juga bersama AJ. Walopun tido awal, tapi sempat lagi tgok drama Asmara 2 (drama pebret). =p

27 April 2011

12.05am
Terjaga. Perut sakit rasa nak buang air besar. Bangun dan pergi tandas. Penat teran-teran, tapi xde pun keluar hasilnya. So, sambung tido balik. Tapi kali ni tak masuk tido kat dalam bilik. Tido kat sofa je sebab AJ dah siap-siap tido depan TV nak tunggu game bola.

12.30am
Cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Perut sakit lagi. So, ulang proses yang sama macam tadi, tapi masih xde hasil. Tapi kali ini sakitnya bertambah dan tarik ke pinggang. Dalam hati terdetik, dah nak bersalin ke? Takkan secepat ni kot. Kang AJ xdapat tengok bola lak.

Bila sakit dah xde, baring balik kat sofa dan terlelap.

1.00 am
Kesakitan yang menyucuk di perut dan pinggang. Jerit panggil AJ. Dalam mamai-mamai, AJ usap-usap tangan sambil cakap, sikit je tu, tahan ea.

1.20 am
Ambil hp dan cuba kira kekerapan sakit. Sebab bace dari pengalaman blogers, cara sakit yang ai hadap tu, macam dah nak bersalin je. Tapi xde pulak keluar air ke apa. So, mula kira. AJ dah baring kat sebelah ai je. Dia tetap tido ok walopun ai dah tak tentu arah sakit.

Bila dikira, sakit datang dalam 15 minit sekali, then jadi 10 minit sekali.
Kejut AJ, cakap kat dia, kalau kejap lagi sakit ai jadi 3 minit sekali, kita gie hospital ea. Dia jawab pendek je: hmm.

2.30 am
Bangun gie toilet. Nak check, kot-kot ada darah yang keluar.
Terus beristighfar bila lepas dicheck ada dua tiga titik darah yang dah keluar. Dan2, teringat pengalaman nurul jamian. Maknanya, masa ai nak bersalin dah tiba la ni. So, cuba tenangkan diri, jalan perlahan-lahan dan kejutkan AJ. Lepas kejutkan AJ, kejutkan Emi pulak, bagi tau dia nak ke hospital. Sambil tukar baju sempat lagi terfikir, kalau bersalin malam ni, nnt sempat la sihat dan pergi wedding kak najwa & anum. =p

2.45 am
Gerak ke hospital. Jiran sebelah yang terjaga bila dengar enjin kereta di waktu pagi buta tegur dah wish semoga selamat semuanya. AJ dah mula kalut sampai jalan nak ke hospital pun dia tak ingat dah tapi ai cuba tenangkan dia sambil cakap, baru darah je keluar, bukan air ketuban. So, janganlah kalut.

3.05 am
Sampai ke hospital Seremban (hospital terdekat). Ambil masa setengah jam untuk daftar. Mula-mula nurse interview, lepas tu Doktor pulak. Hadoi, tanya soalan yang sama je sedangkan sakit kontraksi dah makin kerap.

3.30 am
Doktor bagi tau nak seluk. Ai dah cemas. Nak nanges pun ada sebab takut rasa sakit. So, ai baring dan Dr. seluk untuk pertama kali. Sakit! Tapi tak sesakit sakit contraction. Dr. bagitau bukaan dah buka 5cm. So, boleh proceed ke bilik bersalin. Ha? Ai terkejut. Takan secepat ni? Dr. serahkan pada nurse. Nurse tak puas hati, dia bagi tau nak seluk sekali lagi. Ai redha je la nak buat ape pun, sebab sakit contraction dan menjadi-jadi sekarang ni. Result tetap sama dengan bukaan 5 cm.

Nurse minta ai tukar baju ke uniform pink dan minta ai duduk di kerusi roda.
Then ai tanya: Nak masuk ward ke masuk bilik bersalin?
Nurse jawab: Masuk labour room.
Ai tanya: Bilik tempat keluar baby tu? *dan2 jadi bengong sebab ai cemas
Nurse jawab: iyelah!
Ai: oo, kalau macam tu, saya nak jumpa suami saya sekejap boleh?
Nurse: ok.

So, ai g jumpa AJ dan salam dia. Tak sempat nak cakap apa-apa sebab ai dah jadi bengong dan speechless time tu.


Tapi kalau AJ bace, time salam haritu ai nak cakap ni sebenarnya:
B, ain nak minta maaf, halalkan makan minum ain, dan doakan ain mudah bersalin ye. =)

3.40 am
Masuk labour room. Pelik je tengok labour room tu sebab ai ingat sorang satu bilik, tapi selambak je semua dalam sebuah bilik. Tunggu katil siap, ai duduk la tunggu di kerosi roda sambil dengar macam-macam jenis bunyi orang mengerang. Perasaan takut makin menjadi-jadi diselang-seli dengan sakit contraction.

4.00 am
Katil siap dan ai disuruh naik ke katil. Melihatkan keadaan ai yang main langkah je nak naik katil, sorang nurse menegur.

nurse: eh dik, orang baru nak bagi tangga tok naik katil ko dah langkah mcm tu je. lasak ko ni dik. iyo sah, sonang ko branak ni kang.
ai jawab: sakit nurse. tak sabar nak baring ni.

Sambil melayan sakit contraction, kejap-kejap ai jeling jam. Sakit contraction jadi makin tak tertahan time ni. Dalam bilik aircond tu, ai dah berpeluh-peluh menahan. Peluh time tu macam baru lepas trening bola tampar je banyaknya. Rasa sakit contraction tu tak tergambar dek perkataan. Sambil badan gigil-gigil menahan, sambil ai berpaut pada besi tempat gantung air. Doa yang ai hafal time ni pun dah jadi tunggang-langgang dek kerana menahan kesakitan.

4.30 am
Nurse datang untuk pasang mesin tok kesan jantung baby. Time ni ai kena marah dengan nurse bila mesin xdapat nak detect disebabkan keadaan ai yang dah tak reti dok diam. Macam-macam posisi dah time ni sebab sakit yang teramat-amat.

Ketika ini juga ai hampir nak terlelap tapi dikejutkan dengan suara seorang perempuan India yang menjerit meraung tak tentu arah. *habit suka tidur tetap tak hilang walopun tengah melawan contraction. =p
Satu bilik bergema dengan suara dia je. Doktor pun jadi marah dengan keadaan perempuan tu, bila dia lebih pada menjerit daripada push. Ai pula dah jadi kecut perut dah.

Kakak kat sebelah katil ai pulak panggil nurse dan suruh panggil suami dia masuk. Tapi nurse jawab, malam ni doktor tak bagi suami masuk teman isteri sebab ramai yang Q tunggu turn nak bersalin. Huhu, maknanya ai kena bersalin tanpa suami lah ni. =(

5.00 am
Sakit yang melampau macam nak berak. Ai jerit panggil doktor: Saya tak tahan, saya nak berak ni! Doktor datang dan seluk. Sambil senyum doktor cakap baru buka 8cm, tunggu bukaan sampai 10cm baru boleh kasi ai berak. =p *haha. kelakar pulak bila ingat balik. Patutnya ai cakap nak teran, bukan nak berak.

5.15 am
Ai jerit lagi panggil doktor kata nak berak. Sorang nurse India datang, dan tunjuk graf jantung baby kat doktor. Doktor seluk lagi dan cakap ok semua dah boleh get ready. Doktor explain cara push dan cemane nak angkat kaki. So, bila ai dah rasa nak berak, bagi tau dia.

Kemudian doktor bagi tau nak pecahkan air ketuban. Time air ketuban tu dipecahkan, terasa lega sangat macam lepas menahan kencing yang tak lepas.

Seterusnya, doktor suruh ai push bila terasa seperti nak berak. Push kali pertama gagal sebab ai tak pandai curi nafas. Macam tu juga yang jadi bila push kali kedua. Push kali ketiga, ai tiba-tiba menjerit sebab kedua-dua kaki ai cramp. Doktor bagi rehat sekejap.

Time ni ai rasa dah tak larat sangat-sangat. Tenaga banyak dah diguna time push yang sebelumnya dan time menahan cramp kaki.

Lepas rehat sekejap, doktor suruh push balik sebab doktor takut baby lemas. Tapi dengan braninya time tu ai cakap kat doktor, ai tak boleh. Ai nak guna vacum. Series, ai rasa dah tak mampu nak teran.

Doktor tinggi suara kat ai time tu sambil cakap, Theres no word cannot in labour room. Try push! You can do it. *Ha, hamek ko, kena sedas!

Nurse India tu pula cuba pujuk sambil cakap, kesian kat baby dik. Awak boleh. Awak pandai push. Sikit je lagi dik. Sikit je lagi dah boleh jumpa baby dah. Tak kesian ke kat baby. Kalau lambat nanti baby boleh lemas.

5.35 am
Rasa nak nanges sangat time ni bila dengar kata-kata nurse tu. So ai nekad, kali ni ai kena buat betul2 demi baby and AJ. Dengan sisa tenaga yang ada, ai cakap kat doktor, ai nak teran dan ai pun teran sepenuh hati. Mengigil-gigil badan, peluh menitik2, buku lali ai genggam sekuat hati sambil kepala terangkat menahan badan. Bila ai dengar nurse cakap, kepala baby dah keluar, ai curi nafas dan teran sekali lagi dan baby pun keluar sepenuhnya. Terdengarlah tangisan baby yang baru keluar dari perut mummynya. Hilang segala penat lelah bila mendengar tangisan si kecil itu.

Doktor ambil baby dan tunjuk kepada ai dan letak baby di dada. Ai senyum je tengok baby yang dah buka mata bila diletakkan kat dada. Time ni ai rasa tak sabar sangat nak tunjuk baby katAJ. Doktor cakap baby ai adalah baby yang paling kecik lahir pagi ni dengan berat 2.5kg. Dalam 5 minit baby diletakkan atas dada, nurse datang ambil baby untuk dibersihkan. Nurse senyum kat ai sambil cakap, baby ai comel.

Nurse kemudian menjalankan tugasnya untuk menjahit. Time ni ai dah tak fikir apa dah melainkan tak sabar nak jumpa AJ je. Rasa sakit jahit pun ai buat tak heran je. =p

notalipscumel:
1. Sedikit perkongsian pengalaman yang ai ingat ketika proses bersalin.

2. Nurse kat situ puji ai sebab ai diam dan tak nanges pun time proses bersalin. Haha, ai malu la nurse nak nanges2 sebab xde orang yang ai kenal pun dalam labour room. Tapi kalau AJ dibenarkan masuk time tu, confirm ai akan menangis takdo hentinya. =p

3. Setuju dengan cakap nurse, toksah la nak jerit-jerit bagai ketika sakit bersalin. Bukan dapat hilangkan sakit pun. Sakit tu kamu sendiri je yang tau dan tanggung. Kalau jerit-jerit pun, nurse dan doktor bukan boleh hilangkan sakit tu.

4. Bersalin di Hospital Seremban takdelah teruk mana pun bagi ai. =)