Memaparkan catatan dengan label Birthday Ain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday Ain. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2026

Kenangan Hari Lahir 2026

Salam,

Saja nak simpan gambar-gambar kenangan hari lahir 2026 kat sini, lepas tu yang dalam handphone nak delete. Now rasanya akan rajin ke sini kot. 

Menginjak ke umur 43 tahun ni, I banyak throwback gambar-gambar lama kat blog je. Nasiblah ada blog ni, kalau tak, tak tahu mana lagi dah nak cari gambar kenangan ibu dan abah.

Terpengaruh tengok Tiktok. Haha. Teracun lalu terbeli. Dia sampai lak time birthday kitaaa. Haha, sis sukaaaaa! Sedap kerepek sukun ni. Walaupun tak segaring kerepek pisang, tapi layan la makan dia. Lemak-lemak masin. I bawa sepeket ke office, sepeket lagi bagi Pak Mertua.


My favorite bingsu di Joe's Kitchen. Chocolate flavor. Lepas makan pizza, terus datang Joe makan eskrim.

Di pagi hari lahir, goreng bihun untuk family dan office mate.


Dah siap bihun, si adik nak bawa bekal pancake pulakkkkk. Hai la adik, nasib ada masa, sempat la mami tebarkan.


Sweet memory! Adik-adik sepahkan office I! Haha.


Beriya deco nya =)


I received lots of Zus baucer ni. Almost RM200.
Terima kasih semua yang berkongsi rezeki. Moga Allah luaskan lagi pintu rezeki kawan-kawan semua dah hidup bahagia di dunia dan akhirat.








Yang paham task during birthday I send video dan gambar. Haha! Baguihhhh, korang memang kenal I sangat. Terima kasih =)

Adik-adik office bawa menu ala Rembayung. Haha. Syukran!


Happy me, Alhamdulillah!


Received this from Hanimdaus. Comelnyaaaaa. Tqqq nim, moga murah rezeki selalu.


Beli kuih kegeraman di hari lahir. Kuih ni dah di improvise i rasa. Dulu i ada makan kuih ni tapi bungkus dengan daun pisang. Now mereka kukus je pula dah. Yang ini a bit chewy tapi sedap je. Kalau Abok-abok tu ada bau-bau daun pisang.


Surprise from rakan sebaya, Elin! Haha. Disangkutnya di pintu office sebab dia ada trainng di bilik depan office I. Sedapnyaaaa lahaiii. Kek batik Elin ni paling i suka sebab ia jenis klasik yang rangup-rangup tu. Syukran Elin, moga murah rezeki Elin sekeluarga.
 

Selasa, 12 Mei 2026

Dear me, sanah helwah!

Salam,

Bertambah lagi umur untuk setahun lagi, Alhamdulillah.
Terima kasih Allah =)


Our birthday celebration mudah je, keluar dinner tempat yang teringin sangat nak pergi. Sepatutnya ommak la yang pilih tempat kan, tapi macam biasa, anak-anak yang terpaling excited, diorang pilih. Ikut mak, nakpi Tea Garden, tapi si adik nak pizza. Hmm, moh la!

This year Ommak terkejut sebab si abang bagi kad, siap ada ucapan bestfriend dia sekali untuk Ommak. Haha! Yang selalu kena jerit time main game tu kannn!

Terima kasih anak-anak!
Jangan lupa solat walaupun sibuk main game! =p

Ommak mix Korea =p Birthday wajib ada fried chicken! So lepas makan pizza, jom pindah kedai sebelah sebab chicken tenders dia sedap!

Alhamdulillah, terima kasih family.


Di pagi hari jadi, kaluit masuk office sebab pukul 8.30 ada mesyuarat, dikejutkan dengan hiasan ini. Haha! Korangggggggg ni kannnnnnn!!

Terima kasih geng 8am-5pm atas kejutan ni. Tapi kitonyo dah dapat agak sebab petang tu semua tiba-tiba busy =p


Being me yang suka bergambar, moh kita abadikan sekeping gambar untuk hari lahir 2026 =)

Tengahari dikejutkan sekali lagi dengan kek pula. Kan main la cantik keknyaaaa. Sis sukaaaaaaaaaa. 


Dan kebetulan pula, diorang semua pakai pink, dan i pilih pakai biru. Thansk korang! Missing Kak Sila yang cuti uruskan suaminya.


Cantiknyaaaaaaa kekkk!

Sanah helwah Nurain Syazrin! Terima kasih tetap senyum dan bertahan menjalani hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini =)

Ya Allah, panjangkanlah umurku untuk terus kuat beribadah, terangilah hatiku, kuatkanlah imanku, baikkilah amalku, kurniakan rasa kecukupan untuk setiap rezeki yang kau kurniakan dan luaskanlah rezekiku.

Isnin, 12 Mei 2025

12 Mei, Alhamdulillah!

 


Salam,

Alhamdulillah, 12 Mei hari ini bertambah setahun lagi umur yang dipinjamkan Allah swt. Hadiah umur dari Allah agar kita terus menambah amal ibadah. 

Bila sampai hari kelahiran ni, makin kuatlah ingatan kepada orang yang melahirkan kita, punca kemenjadian kita, haha.


Rindu Ibu Abah. Terus minta tolong chatGPT combine gambar adik-beradik dengan Ibu Abah. Macam-macam version yang keluar tapi kita post yang paling hampir je lah. Muka Abah tu hampir sama tapi rupa Ibu tu jauh beza perginya.


My fav =)


Malam birthday husband ajak dinner seafood. Ke Bagan Lalang la kita tuju. Pergi tempat tumpuan time esoknya Public Holiday, memang mendapatlah menunggu makanan sampai baran jadinya.

Haha, kelakar kenangkan muka anak-anak yang tak keruan menanti makanan sampai. Paling best, sampai takda gambar kami sekeluarga malam tu. Sampai je makanan, macam pirana semua.

Terima kasih suami dan anak-anak, meraikan malam hari lahir dengan ujian kesabaran yang tinggi. Setengah jam beratur memilih haiwan, sejam setengah lagi, menunggu makanan datang! Adik siap tidur, bangun balik, terus menangis makanan takda lagi.



Balik dari Bagan Lalang, dapat mesej dari PWZ. Hehe, terima kasih!




Dan 12 Mei terus terisi dengan perkara-perkara indah dan gembira. Pagi-pagi dah dapat hadiah kopi dari rakan yang tak pernah lupa belanja kopi di hari jadi. Thanks Dr.!


Mesej hari jadi dari Jabatan. Ucapan yang ringkas dan padat dengan gambar yang jelas!  Thank you SDEC and welcome 42! Jabatan I memang akan wish, lengkap dengan umur.


Dengar juga anak-anak cakap ke Dedinya, takda surprise untuk Mummy. Haha, tak payah la anak-anak oi. Korang sendiri dah cukup surprise dah dengan macam-macam perkara. Surprise terindah, amanah pinjaman Allah!


Since my birthday pun, lebih kurang tarikh sambutan Hari Ibu, so moh la kita bagi Mak Mertua rehat masak. Tapi nan hadonya lah, tetap jua mak masak pajeri nenas. Berkolaborasi lah mertua-menantu menyediakan  lunch haritu.

Dapat makan masakan emak di hari jadi, nikmat apa lagi yang kau nak dustakan, Alhamdulillah.

Lepas masak, perasan mak bisik-bisik dengan anak lelakinya. Dan dan tu juga,  tiba-tiba suami dengan si kakak cakap nak pergi 7E pulakk. Haha! Tahu dah tu, mesti nak pergi beli kek =p


Ada juga lah kek birthday di hari jadi. Terima kasih emak =) 



Ingat dah habis dah sambutan 12 Mei, sekali adik whats app, jom keluar, dia dah on the way dari Semenyih. Terus kalut bangun, dan bersiap.

The 'handbags' yang tak boleh tinggal. Tetap la mengikut kami keluar.


Terima kasih adik-adik, yang selalu ada, meraikan! Moga murah rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan dunia dah akhirat.


Dah, penutup 12 Mei, ucapan hari lahir terakhir dari Ibu yang akan diulang baca setiap tahun.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Terima kasih juga pada semua atas ucapan dan doa.
Semoga yang baik-baik juga berbalik kepada kalian semua.

Terima kasih Nurain Syazrin =)


Jumaat, 12 Mei 2023

Happy birthday to me!

Salam semua,

Alhamdulillah, genap 40 tahun harini. Moga umur yang masih dipinjam Dia akan digunakan sebaiknya untuk menambah amal dan ibadah.


40 tahun ni orang kita kata umur kubur, tapi mat salleh lak kata life's begin at 40. Haha. Di umur 40 tahun, penentu macam mana life kita seterusnya. Jika di umur 40 tahun masih lagi leka, masih lagi sibuk mengejar dunia, mungkin tiada apa yang kita persiapkan untuk kita menghadapi ajal yang mungkin menjemput tanpa kita duga.



12 Mei pada tahun ini jatuh pada hari yang penuh barakah, Jumaat dan di bulan Syawal. Pagi-pagi lagi Ketua Jabatan dah datang, wish birthday siap peluk dan bagi sarapan. Rasa macam pelukan dari seorang emak kepada anaknya time tu, terus rindu Ibu.

Kebetulan ada sambutan Hari Raya Setiausaha tengaharinya, merasa la geng-geng pencen tahun lain-lain menyanyikan lagu birthday. Siap kena surprise suruh jadi Pengacara Majlis lagi di hari jadi. Kita layankan je lah. Janji depa gembira.

Ada juga yang kawan-kawan hantar kek, belanja coffee. Alhamdulillah untuk setiap rezeki. Terima kasih kepada semua yang masih ingat tarikh lahir ini dan meraikannya. Terima kasih atas setiap ucapan dan doa. Moga segala yang baik-baik juga kembali kepada anda semua.

Till then guys, wassalam.





Selasa, 1 Jun 2021

Mei: Happy birthday Nurain!

Assalamualaikum semua! 

Selamat menikmati total lockdown di samping family tersayang. Haha! Dah kali kedua ke ketiga tah, harap takda lagi yang panik pi borong semua makanan. Kesian, orang yang tak bergaji lagi, yang susah tu, terkulat-kulat ajelah menengok hangpa borang semua.

Hantaran (posting) tergendala lagi ni. Majlis sambutan hari lahir yang ke 38. Allahuakhbar, makin mendekati ke 4 series dah. Insha Allah, moga sampai ke umur itu.

Life begins at forty kata omputih. Ada I  baca kat FB pula, time umur empat puluh tahun juga, apa yang kita buat itulah yang akan mengikut kita ke umur seterusnya.

Tahun ni, memang dah tahu dah akan sambut di luar. Macam biasa, Iman Reezqy lah yang tukang pecah lubang. Haha. Cuma, menunggu penuh debaran aja sama ada boleh proceed makan di luar atau tidak. Musim covid ni kan, Kerajaan suka bagi kejutan!

My birthday jatuh pada 12 Mei, petang mantai, esoknya Raya. Haritu jugalah Kerajaan announce 13 Mei PKP seluruh negeri dan sambutan raya tak boleh berziarah. Hmm, rosak semua program yang telah dirancang. Since pada 12 Mei, banyak kedai tak buka dah, so husband dan anak-anak sambut awal birthday I iaitu pada 11 Mei 2021.

Kira, inilah kali terakhir kami makan di kedai sekeluarga. Lepas raya semua berkurung. Kali ni try Iftar di Hutan Cafe, Jalan Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

Elok aja sampai parking, nampak seat yang ada belon-belon, I dah gelak dah sambil tanya, tu ke surprisenya D? 

Azreen tarik muka. Haha!

Lepas berbuka puasa, ajak balik cepat, Azreen kata, tunggu la kejap. I gelak lagi sambil cakap, mesti ada kek ni. Memang betul pun, lepas tu staf kat situ keluar bawa kek sambil nyanyi lagu birthday. 

Then masuk kereta, I tanya lagi, ada hadiah kat  belakang kan?Terus Raneeya cakap, eeeee Mami ni semua Mami tahuuu!! 

Alah korang ni, dah 38tahun mami hidup, semua dalam tangan je. Kan mami dah kata, kita makan-makan aje, dah lah. Tak payah surprise-surprise ni. Mami dah tua.

Apapun, terima kasih suami dan anak-anak. I enjoy makan kat tempat tu. Bila malam, ada lampu-lampu memang cantik. Tempat bergambar pun lawa. Really appreciate your effort to celebrate my birthday! Thanks B. 14 3 =)

Hadiah yang diterima awal sehari dari Kokin dan Konee. Terima kasih sisters!

I beli sepersalinan pakaian putih sebagai hadiah pada diri sendiri. Risau niqab tu tak sampai sebab order kat shopee. Alhamdulillah, tengahari 12 Mei tu sampai juga. Dapatlah merasa pakai petangnya.

Rupanya kalau pakai niqab kena pakai face mask juga ye kat dalamnya. Time kes nilopa tu lah baru I tahu!

Birthday cake! Bukan dari my fav Baker tapi I like the decoration. Simple and sweet je. Thanks B.

Alhamdullillah, dalam usia 38 tahun, masih dipinjamkan usia untuk melihat anak-anak membesar dan dapat sambut hari jadi dengan mereka. Syukran Ya Allah.

Terima kasih juga pada semua atas segala hadiah, ucapan dan ingatan. Moga segala doa yang dikirimkan, yang  baik-baik berbalik kepada kalian juga.

 

Birthday gift dari suami dan anak-anak. Beriya masing-masing sorok-sorok nak balut hadiah supaya I tak perasan. 

Terima kasih pada adik yang konon nak buat surprise, sekali dia dan budak delivery yang tersurprise. Penat mencari I kat mana. Terpaksa tinggalkan hadiah kat Pondok Guard Pejabat je. So, Azreen la yang kena acah-acah jadi mamat delivery sampaikan kat I. 

Thank you Koyam! Apa ni bagi bunga? Nak suruh kita suka bunga juga ke apa? Apapun, thank you so much kak. Bunga pun bungalah, yang penting ingatan tu kan? Dan persahabatan yang tulus ikhlas.

Hadiah yang #roadtoforty sangat ni. Alhamdulillah. Elok pula warna lebih kurang aja semua. Terima kasih Koyu & Adik. Insha Allah, moga I terus istiqomah memperbaiki diri dan mendalami Al-Quran.

Hadiah terkini beg tu yang dapat last week dari Korose. Siap kene perli dengan Azreen, sambutan birthday you ni sebulan ke?

Haha!

Tak payahlah nak jelous suami oi. Mana tahu ni birthday I yang terakhir. Bagi la peluang pada semua yang tersayang meraikan =p

Terima kek ni dari Ibu. Dia suruh Azreen belikan. Dalam banyak-banyak yang I terima, I sedih bila tengok kek ni. Tak perlu susah-susah bu. Cukuplah Ibu kuat berjuang dan terus sihat. Itu pun dah cukup. Hari-hari tak pernah putus doa agar Allah kurangkan bebanan sakit Ibu. Time covid ni, lagi terseksa rasa. Serba salah antara nak balik ke tak. Bila call Ibu, pedihnya rasa dengar suara Ibu yang lemah. Cepatlah covid berlalu =(
 

Terima kasih Ibu, terima kasih juga pada Arwah Abah.
Tanpa Ibu dan Abah, takkan ada Nurain Syazrin pada hari ini.

Till then semua.
Jaga diri dan family elok-elok ya.
Moga kita semua sentiasa dilindungi dari covid dan dapat kehidupan kita yang dulu semua, Insha Allah. Take care & wassalam.