Isnin, 12 Oktober 2026

Matriks Pembelajaran Tahun 4

Salam semua,

Minggu lepas, pada 6 hingga 8 Oktober 2026 telah berjalan Ujian Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) untuk semua pelajar Tahun 4 di Malaysia. Exam ni diadakan untuk pertama kalinya bagi  mengukur tahap penguasaan murid dalam literasi dan numerasi. Bahasa mudahnya nak ukur kekuatan murid. If lemah, mudah cikgu kenal pasti untuk improve di tahun 5 dan 6. Subjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Mandrin dan Bahasa Tamil.

Yang kelakarnya, omak-omak millenials kann, semua ni kalau boleh, diorang yang nak masuk dewan exam, tolong jawabkan. Kalau baca kat Thread tu, macam-macam cerita ya. Calon umur 30-40an ni lagi kuat study nya dari calon sebenar. =p

Alalala, si bongsu mami, dah kena masuk exam besar dah di usia 10 tahun.

Sebelum exam, weekend memang Ommak busy jadi Acik Grab. Hantar dan ambil semua orang, tuisyen, training, coaching. While menunggu semua, ommak brisk walk or beli groceries. 




Seminggu sebelum exam, pihak sekolah buat Majlis Solat Hajat. Semua, abang, kakak, dedi kena hadir bagi support pada Adik.

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum exam juga, dapat berita Dedinya kena pergi kursus di Langkawi time adik exam. Why laaaa, whyyy!! Kalau tak exam, boleh ikut semua hahaha. Tambah stress ommak, dah la tak dapat ikut, leaps tu nak kena hantar dan ambil semua sekolah. Selalu dedi yang buat semua ni. Dan, bermulalah drama seorang ainsazelin haha!


Yang tak boleh lambat. Yang ini, kena ambil dia ontime. Lambat sikit, memang mencuka la mukanya.



Sepanjang setahun lebih tukar kereta, ini kali kedua ya I isi minyak. Kalau kali pertama dulu, I terkejut bila nak isi minyak, orang kedai minyak minta IC, kali kedua ni pula, i tekan RM30, tapi dekat pam minyak tu tolak RM15 je. Tak pulang balik baki ke akaun I.


A day before exam dan sebelum dedi fly, tersepit pintu kereta. Dah merembes air mata, terus runsing Apaknya nak meninggalkan keluarga =p


Begitulah kehidupan. Time dedi takda pula kunci tertinggal dalam rumah. Selalu suami yang buat semua. I tahu siap, masuk kereta dan gerak. Dah kena minta bantuan jiran buka kan pintu.

Time exam ni, AJK PIBG sekolah buat kutipan untuk penyediaan makanan anak-anak yang ambil exam MPT4. Mereka open juga untuk wakil 3 ibu dari setiap kelas untuk membantu. Laju i ajak kak mas join.


Mudah aje tasknya, packing makanan, then buat agihan pada pelajar.


Tujuan utama volunteer sebab nak berada dalam kawasan sekolah je. Dapatlah jumpa si Adik. Day 1 ni sebab Day 2 i pakai tudung pink.


Namanya start with I. So depan belakang budak lelaki. Iman juga agaknya nama diorang.


With Kak Mas. Sama tempat kerja dan anak kami sekelas.


with the omak-omak!



Ni pun geng office juga. Kami ambil cuti rehat sebab nak bertugas sebagai sukarelawan. Day 1 tu I ambil halfday. Rasa kalutnya petang nak masuk office pula, so Day 2, cuti satu hari je la terus.


Fokus-fokus!


Ommak-omak, AJK PIBG, dan wakil Cikgu.


While waiting anak-anak jawab exam, borak-borang with The Ommaks!


Candid! Sempat bagi amanat sebelum masuk dewan peperiksaan.


Alhamdulillah, ommak survived handle semuanya selama 3 hari 2 malam =)

Lepas paper Day 1 tu, kecoh kat Thread sebab soalan Bahasa Inggeris tak sama macam  format yang KPM tetapkan. Macam-macam la yang dibincangkan. Teacher BI pun frust. I tanya si adik, jawapan dia as usual la, ok je Mami. Haha!

Takpelah Dik. Apapun keputusannya, adik tetap naik darjah 5 juga nanti. If result tak ok nanti, kita improve la time darjah 5 dan 6 ya.  Tahniah Mami dan Dedi ucapkan sebab di umur 10 tahun adik dah berjaya atasi nervous dan sit for exam besar satu Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan