Jumaat, 2 Oktober 2026

Masih tersenyum lagi, walaupun hanya menang hadiah saguhati

Alhamdulillah, walaupun programnya 24 September lepas, tengok poster ni masih tersenyum lagi. Terngiang-ngian lagi jeritan kemenangan saguhati. Haha! 

Berita penuh kat:  SINI

Saguhati je pun, tapi happynya tu mengalahkan menang nombor satu! =p
Bangga sangat sebab kami bukan penyanyi profesional, tapi berjaya menambat hati juri daripada 18 kumpulan yang bertanding.
Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
 

Ada beberapa muka baru sebab tak cukup orang. Terima kasih korang sanggup join, dan bagi full komitmen. Takda orang, tak sampai la kami ke pertandingan tu.

Team favorite Iman Reezqy. Dia asyik sebut abang suka team ni  Mami. Diorang best. Terus down mak kau niii anak oi. Haha. Team ni dapat nombor dua. Pelajar Fakulti Muzik dari UPSI.

Beli baju tiktok, pinjam sampin Buapak, bulu songkok by Sarehan, tampan kat bahu dan kerongsang di songkok pinjam Pusat Kebudayaan. Gigih ya, demi nak masuk pertandingan.


Dua orang ni ahli lama. Seorang pregnant, seorang lagi ada masalah kesihatan. Sangat-sangat membantu. Mereka volunteer jadi teknikal. Terima kasih korang!


Besar ya Pusat Kraftangan Kuala Lumpur ni. Sesat barat dalam bangunan nak cari venue pertandingan.


Si kakak makeup kan. Kita tadah je la muka sebab malas nak fikir.


Kami masuk pertandingan sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026. Bawa dua lagu yagn digabungkan, Rodat Terengganu dan Ting ting.


Tempat pertandingan dekat dengan office adik I, di Jalan Bukit Bintang. Double happy bila dia datang menjenguk.


Dua ketul yang terpaksa dicutikan sebab tiada siapa yang nak hantar dan jemput dari sekolah. Riang ya dicutikan.


USIM hantar dua team. Staf dan pelajar. Rezeki team pelajar dapat tempat ketiga. Diorang muda, of couse la suara dia orang sedap!


Team dari Sarawak. Baju je dah menang tanpa bertanding.
I rasa down tau bila tengok outfit semorang. Haha! Hebat-hebat bajunya. Siap bawa MUA. Anak pula puji team lain, lagilahhh ommak tambah-tambah down.


Down pun, nyanyi tetap perform.
Outfit check:
Baju: Tiktok
Selendang dan tudung: CK Rahim
Hiasan emas tepi selendang Sarehan yang MC tolong belikan: Thank You Nilai Tiga + hantar kedai jahit Aceh
Cucuk sanggul: Pinjam Pusat Kebudayaan


Sempat juga berjalan kaki ketibas pergi kopi-kopi di Pejabat Adik I. 
Dapatlah berjumpa kawan dia Juju yang selalu komen-komen I di media sosial. 


With PijahMil, merangkap Acik Kantin, Acik Teknikal, Acik Media ganti, Acik Reporter dan lain-lain lagi.


The Chaagiyaaa! Yang selalu PM tepi bila group Utama ada masalah (Read: membawang) 

Hadiah kami buat USIM tercintaaaaa, gituuu! Maaflah adik-adik, acik-acik saguhati ni conquer stage. Menepi adik-adik semua yang dapat nombor tiga.


Outfit menang lagi.


With adik-adik student yang comel, manis semua


Pergi naik bas dengan pelajar sebab husband malas nak drive masuk KL. Pertandingan pukul 10.00, 10.05 kami masih atas jalan lagi ya. Dapat la rasa stress orang KL sekejap menghadap waktu kerja di pagi hari.


UPSI hantar 3 team. 2 dapat sagu hati, 1 dapat tempat kedua. Ni salah satu teamnya.


Proud moment The Soprano Sisters! Lelap pun lantakkk. Wajib post sini.


Juara dari Institut Perguruan, Kuala Lumpur. Level Internasionaleee betul!


Alhamdulillahhh.


Macam-macam pameran kraftangan ada di sini. Sebelum balik, si adik sempat la try canting batik.


With my officemate, Adilah. Kalau tak pregnant ni, memang dia yang eksaited nak nyanyi.


Moment sebelum keputusan diumumkan. I busy dengar balik kami nyanyi. MC start nak annouce siap simpan handphone dalam bag ya untuk ready nak jerit.
Officemate semua membantu ya, uruskan anak I time pertandingan.

Dan time ommak nak pertandingan jugalah, time tu juga dapat tarikh exam PKSK kakak. Alahai, macam-macam betul dugaan.

Dah set dengan kawan dah, nak sekalikan naik van anak dia. Sekali petang sebelum pertandingan, check balik, masa exam diorang tak sama! Ya Allah, kelam kabut nak cari orang tolong hantarkan.

Last choice, terpaksa minta tolong Hanani. 
Syukran Nani, tolong hantar dan ambil kakak di sekolah.


Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan