Memaparkan catatan dengan label URkoir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label URkoir. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Oktober 2026

Masih tersenyum lagi, walaupun hanya menang hadiah saguhati

Alhamdulillah, walaupun programnya 24 September lepas, tengok poster ni masih tersenyum lagi. Terngiang-ngian lagi jeritan kemenangan saguhati. Haha! 

Berita penuh kat:  SINI

Saguhati je pun, tapi happynya tu mengalahkan menang nombor satu! =p
Bangga sangat sebab kami bukan penyanyi profesional, tapi berjaya menambat hati juri daripada 18 kumpulan yang bertanding.
Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
 

Ada beberapa muka baru sebab tak cukup orang. Terima kasih korang sanggup join, dan bagi full komitmen. Takda orang, tak sampai la kami ke pertandingan tu.

Team favorite Iman Reezqy. Dia asyik sebut abang suka team ni  Mami. Diorang best. Terus down mak kau niii anak oi. Haha. Team ni dapat nombor dua. Pelajar Fakulti Muzik dari UPSI.

Beli baju tiktok, pinjam sampin Buapak, bulu songkok by Sarehan, tampan kat bahu dan kerongsang di songkok pinjam Pusat Kebudayaan. Gigih ya, demi nak masuk pertandingan.


Dua orang ni ahli lama. Seorang pregnant, seorang lagi ada masalah kesihatan. Sangat-sangat membantu. Mereka volunteer jadi teknikal. Terima kasih korang!


Besar ya Pusat Kraftangan Kuala Lumpur ni. Sesat barat dalam bangunan nak cari venue pertandingan.


Si kakak makeup kan. Kita tadah je la muka sebab malas nak fikir.


Kami masuk pertandingan sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026. Bawa dua lagu yagn digabungkan, Rodat Terengganu dan Ting ting.


Tempat pertandingan dekat dengan office adik I, di Jalan Bukit Bintang. Double happy bila dia datang menjenguk.


Dua ketul yang terpaksa dicutikan sebab tiada siapa yang nak hantar dan jemput dari sekolah. Riang ya dicutikan.


USIM hantar dua team. Staf dan pelajar. Rezeki team pelajar dapat tempat ketiga. Diorang muda, of couse la suara dia orang sedap!


Team dari Sarawak. Baju je dah menang tanpa bertanding.
I rasa down tau bila tengok outfit semorang. Haha! Hebat-hebat bajunya. Siap bawa MUA. Anak pula puji team lain, lagilahhh ommak tambah-tambah down.


Down pun, nyanyi tetap perform.
Outfit check:
Baju: Tiktok
Selendang dan tudung: CK Rahim
Hiasan emas tepi selendang Sarehan yang MC tolong belikan: Thank You Nilai Tiga + hantar kedai jahit Aceh
Cucuk sanggul: Pinjam Pusat Kebudayaan


Sempat juga berjalan kaki ketibas pergi kopi-kopi di Pejabat Adik I. 
Dapatlah berjumpa kawan dia Juju yang selalu komen-komen I di media sosial. 


With PijahMil, merangkap Acik Kantin, Acik Teknikal, Acik Media ganti, Acik Reporter dan lain-lain lagi.


The Chaagiyaaa! Yang selalu PM tepi bila group Utama ada masalah (Read: membawang) 

Hadiah kami buat USIM tercintaaaaa, gituuu! Maaflah adik-adik, acik-acik saguhati ni conquer stage. Menepi adik-adik semua yang dapat nombor tiga.


Outfit menang lagi.


With adik-adik student yang comel, manis semua


Pergi naik bas dengan pelajar sebab husband malas nak drive masuk KL. Pertandingan pukul 10.00, 10.05 kami masih atas jalan lagi ya. Dapat la rasa stress orang KL sekejap menghadap waktu kerja di pagi hari.


UPSI hantar 3 team. 2 dapat sagu hati, 1 dapat tempat kedua. Ni salah satu teamnya.


Proud moment The Soprano Sisters! Lelap pun lantakkk. Wajib post sini.


Juara dari Institut Perguruan, Kuala Lumpur. Level Internasionaleee betul!


Alhamdulillahhh.


Macam-macam pameran kraftangan ada di sini. Sebelum balik, si adik sempat la try canting batik.


With my officemate, Adilah. Kalau tak pregnant ni, memang dia yang eksaited nak nyanyi.


Moment sebelum keputusan diumumkan. I busy dengar balik kami nyanyi. MC start nak annouce siap simpan handphone dalam bag ya untuk ready nak jerit.
Officemate semua membantu ya, uruskan anak I time pertandingan.

Dan time ommak nak pertandingan jugalah, time tu juga dapat tarikh exam PKSK kakak. Alahai, macam-macam betul dugaan.

Dah set dengan kawan dah, nak sekalikan naik van anak dia. Sekali petang sebelum pertandingan, check balik, masa exam diorang tak sama! Ya Allah, kelam kabut nak cari orang tolong hantarkan.

Last choice, terpaksa minta tolong Hanani. 
Syukran Nani, tolong hantar dan ambil kakak di sekolah.


Alhamdulillah.

Jumaat, 22 Mei 2026

Momen Kenangan Pertandingan Koir

Salam,

Mood nak kerja ke laut ni tapi tetap  seret kaki masuk office. Anak-anak pun last day sekolah harini dan tak belajar sebab sekolah menengah dan rendah ada sambutan Hari Guru.

Next week, isnin i dah isi borang Bekerja dari Rumah sempena hari lahir, selasa ambil cuti separuh hari pagi, khamis isi borang cuti kelompok sempena Aidiladha, dan jumaat cuti rehat. Seminggu tak payah masuk office, yey!

Proud moment. Soprano Sisters. Tak kelihatan dalam gambar, Popo dan Ira.

Takda apa nak cerita pun sebenarnya tapi saja nak tepek momen kenangan time join koir haritu. =)

Momen indah semuanya walaupun tak menang. Bayangkanlah almost setahun kenal diorang ni dan sama-sama berjuang dalam pertandingan koir. Bonding kami ni kuat dan rapat sangat.

i. Dari Julai 2025, kami dan buat latihan
ii. I join pertandingan, dorang datang support
iii. Sama-sama berjuang di Pertandingan Koir Merdeka
iv. Masuk pertandingan gambar
v. Makan-makan raya

 The team =)


Mana gambar yang yang cantik tu, kawan I Faruq yang ambil. Thank you Faruq datang support.


Cantik pula combination cream dan maroon ni kan?



Mr. Husband


Gambar guna handphone Yan


Gambar handphone je. Ada juga gambar kami berdua


In character, haha. Buruk pun tetap letak sebab Faruq yang capture.


with my princess yang Sulung


Haha. Beriya muka. Lantak situuu. Janji baju dan tudung kita lawa.

 

Isnin, 18 Mei 2026

Makan-makan Raya dengan Team Koir

Salam,

We plan buat makan-makan untuk team koir. Gomen kan tahun ni tak boleh nak sambut-sambut hari raya =p So kita buat makan-makan je la tanpa nama raya tapi kena pakai baju raya dan potluck bawa makan sorang sikit.    

Alhamdulillah, dapat berkumpul. Kali ini bawa ahli keluarga yang selalu ada time kami buat latihan dulu.

Pakai baju raya tahun lepas je. Hotpink!

Reezqy and friends.


Photshoot laki bini is a must!



Family photo. Walaupun dah raya ke berapa tah, tetap wajib bersampin.


The ladies <3


I takda idea nak bawa apa. Balik kerja tu baru terfikir. Bawa pecal je la. Terus laju2 goreng kacang tanah, dan buah kuah dia.

Minta tolong si kakak potong apa yang patut, celur apa yang patut, tadaaaa, siap pecal!

 

Khamis, 19 Mac 2026

Recap Ramadan 1447H

Salam 29 Ramadan!

Alhamdulillah, Ramadan dah sampai ke penghujungnya. Sedihnya la rasa. Ramadan bulan yang mulia, bulan keluarga, bulan penuh keberkatan.

Hidup rasa teratur sangat di bulan Ramadan ni. Balik kerja awal, sediakan juadah berbuka, dapat luangkan banyak masa dengan suami dan anak-anak.

This year, I rasa Ramadan yang tenang-tenang aja. Cuaca pun ada masa panas, ada masa hujan, balance. Ke sebab dah tua? Malas nak keluar lagi banyak.  Suka duduk dekat rumah je. 

Nak menulis blog pun malas juga. Haha!
Yang ini memang dah lama dah, tapi tetap juga cuba menulis sebab nanti senang nak rujuk balik. Moh la kita buat recap kisah bulan Ramdan tahun ni.

Awal Ramadan dah set iftar di kampung arwah Abah. Tak ramai pun saudara yang balik. Takpalah, siapa yang ada je. Nak tunggu semua ada, kang sampai habis puasa tak buat-buat juga. Lepas berbuka, Pakcu belanja kanak-kanak main bunga api dan mercun.




Next, iftar dengan Team Koir Merdeka. Ni sebab  nak masuk pertandingan. Syarat dia kena share suasana di Pusat Islam. So, gigih kami set iftar sama-sama. 



Alhamdulillah, rezeki kami menang tempat ketiga. Dapat la duit RM200. Nanti kita set makan-makan lagi ya.


Iftar dengan Family Mertua. I masak siap-siap je kat rumah. Senang masak di dapur kita sendiri. Semua ada. Dah pesan dengan mak, tak payah masak, I bawa food. Tapi emakkan, mana  maunya dia tak masak. Tetap ada juga lauk dia.

Ada hari tak lalu dah makan nasi. So, buat la mee hailam.


Menu permintaan suami. Nasi Ayam. Dari awal puasa dia request, tapi dah tengah ramadan baru nak buat. 

Ni gu nasi ayam. Salad, sayur dah sos thai je campur bawang putih dan daun ketumbar.



Iftar di rumah adik sebab plan asal nak buat nasi kerabu. Teringin nau nasi kerabu. Tapi plan bertukar. Adik malas, so kita tapau je la nasi kerabu. Beli kek juga nak meraikan hari lahir adik kedua. 


BFF ni. Dedua tak cukup puasa. Haha!


Iftar with Famly Mama.



Since Mama ada di KL hingga raya, kita plan la berbuka bersama. Bila mama tanya nak makan apa, i jawab apa-apa je lah ma. Dari apa-apa tu, hmm macam-macam dimasaknya. Ayam negro, sambal udang dan my fav, kari sotong. Terima kasih Ma 💓


Program Santunan Ramadan Office. This year bos tak bubur lambuk. So kita tukar menu lain. Join AJK beli barang sebab time program ada meeting, takut tak boleh nak bantu masak.


Ni la menu this year. Nasi berlauk dan pengat pisang.


Time meeting sempat lari kejap untuk menolong. Time ni diorang tengah membungkus makanan.


Team dapur.


Ramadan kali ni juga sempat try terawih di beberapa masjid. Alhamdulillah. Ada time tak dapat pergi juga sebab si adik taknak. Puasa time sekolah kan, ada hari, time orang terawih, dia bantai tidur dalam masjid. Dah la tidur nak dekat i je, kadang ganggu jemaah lain. So, kita terawih sendiri je la.


Adik yang banyak akal Ramadan kali ini. Poning Ommak. Awal Ramadan lagi dia dah tanya, boleh tak kalau dia tak pergi kelas KAFA? Haha, memang tak la. Kena pergi juga.

So, macam-macam ragam dia ya puasa kali ini. Beberapa kali cikgu call suruh ambil dia di sekolah sebab panas. Ingatkan demam, rupanya cuaca yang membuatkan dia panas. Bila sampai office, elok je dia berlari-lari. 

Dan, setiap kali hampi waktu berbuka juga, dia merengek nak berbuka. Bagi handphone pun dah tak jalan dah. Hanya mampu suruh sabar je la sebab ada lagi 15-20 nak berbuka dah.


Sister datang melawat office I. Haha. Di bangunan ini lah kami pertama kali berjumpa dulu. Now Alhamdulillah dah, dah 20 tahun kami berkawan.


Team admin untuk photoshoot raya tahun ini.


Team Admin Gegirl.


Rakan sejabatan. Time gini je lah dapat bersua. Masa lain, semua sibuk di bilik masing-masing. Busy menyelamatkan negara! Haha.