Khamis, 27 Mac 2014
Al- Fatihah: Amy Schaheera
Terkejut sangat dapat tahu yang dia telah pergi menemui Ilahi semalam. Terkejut sangat-sangat sampai I tak tahu nak buat apa, then renung je handphone. Ternyata Allah s.w.t lebih menyayanginya.
Amy Schaheera seorang famous bloger. Dia juga fashion bloger dan dia juga seorang cancer fighter. Even dia tak kenal I, tapi I memang kenal dia. I start baca blog dia, follow instagram dia since dia mula berhijab. Kalau siapa follow instagram dia, mesti korang akan selalu tengok dia post gambar makanan dengan caption #eatclean #eathealthy semua tu. Dia memang menjaga makan sangat-sangat.
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan para muslimim dan muslimat.
Al- Fatihah.
Rabu, 26 Mac 2014
Solat Sunat Istisqa': satu pengalaman baru.
Untuk pertama kalinya, I dapat pengalaman baru bila join Solat Sunat Istisqa' iaitu solat memohon hujan diturunkan dari Allah s.w.t yang dianjurkan oleh pelajar di sini dengan kerjasama staf. Memula tu, macam gelabah biawak jugalah bila officemate ni ajak pergi, siap I jujur cakap, kita tak reti lah kak. Serius, I tak pernahnya join mana-mana solat minta turun hujan ni. Tapi bila diyakinkan oleh kakak tu, don't worry nanti Ustaz ajar ditambah pula kakak tu cakap, nanti boleh rekod dan dapat mata CPD, terus rajin nak pergi sebab fikir markah CPD masih '0' lagi. Haha. Niat ko tak pernahnya nak betulkan Koin!
Tiba hari kejadian, I google jugalah cara nak laksanakan solat tu. Kena gak tahu teori oi so baru boleh praktik. Then, pergi pula dah macam lambat tapi even lambat, tetap dapat saf depan sekali. Ha, nampak Koin! Tuhan tu nak bagi kau ilmu, dia bukakan jalan yang mudah terus dapat duduk paling hadapan. Terus rasa diri ni bertuah. =)
Sebelum mula solat, Imam terangkan tentang solat dan cara menunaikan solat tersebut. Solat sunat Istisqa' hendaklah dilaksanakan di ruang atau kawasan yang lapang seperti di padang atau halaman masjid. Cara pelaksanaan pula sama sahaja dengan solat Hari Raya iaitu dengan tujuh takbir di rakaat pertama dan 5 takbir di rakaat kedua, dan setelah itu diikuti dengan khutbah ringkas. Maklumat lanjut mengenai solat tu boleh rujuk DISINI.
Ketika rakaat terakhir dalam solat ni juga, Imam baca Doa Qunut Nazilah. Bacaan doa Imam tu memang sangat sedih. Even doa dibaca dalam bahasa arab, tapi hati I tetap tersentuh dan air mata mengalir. Bersungguh-sungguh Imam meminta daripada Nya, dan kami sebagai makmum turut hiba dan mengaminkan doa tersebut.
Alhamdulillah, selesai solat tersebut, Imam baca khutbah ringkas. Antara isi khutbah Imam yang I masih ingat adalah dugaan itu diturunkan tanda Tuhan nak kita ingat dia dan dugaan datang juga sebagai ujian buat kita. Ketika ujian datang ni, (cuaca panas dan tragedi MH370, etc), Tuhan sedang uji kita sebagai umatnnya, adakah kita tabah serta sabar menghadapinya dan boleh bersatu padu menangani segala atau sebaliknya.
Yelah, betul kata Imam tu. Kita ni kadang-kadang dah terlalu selesa sangat. Tak salah rasanya, kalau sesekali Tuhan cuit nikmat pemberian dia. Dengan cara itu, baru kita tahu bersyukur. Dengan cara itu, barulah tahu tiba-tiba nak belajar Solat Sunat Istisqa' (I ler tu).
Selasa, 25 Mac 2014
Pengaruh rakan sebaya.
Iman: Mummy, taknak ikat rambut lah.
Mum: Kenapa pulak? Ikan rambut kan cantik. Kang lepas ikat rambut Iman tanya Daddy, Iman cantik tak?
Iman: Tanak. Tawan kat tashka semua tak ikat rambut.
Mum: Tak payah nak ikut kawan lah. Rambut Iman tu serabut kalau tak ikat.
Iman: Tanak. Nanti tak sama dengan tawan.
Mum: Ehhh, meh sini ikat. Jangan nak mengada, kang Mummy potong kang rambut kalau taknak ikat.
Kemain kau ye Iman.
Belum besar lagi dah terpengaruh dengan perangai rakan setaska.
Lompang kang!
Isnin, 24 Mac 2014
Vietnam Trip: Day 3
Vietnam Day 1
Vietnam Day 2
FYI, ni trip tahun 2010 ye kawan-kawan tapi baru sekarang rajin nak update. Kahkahkah.
Hari ketiga, aktiviti yang diaturkan adalah Mekong River Tour.
Trip hari Ketiga tamat dan masa untuk tidurrr.
Vietnam Day 2
FYI, ni trip tahun 2010 ye kawan-kawan tapi baru sekarang rajin nak update. Kahkahkah.
Hari ketiga, aktiviti yang diaturkan adalah Mekong River Tour.
Moh le kitteww |
Kalau tak melompat, bukan kami la namanya. Tengok, pensyarah pun dah terjangkit sama. Haha. |
Berhenti kat R&R di Vietnam. |
Cantik view kat sini, so jom snap! |
Cantikkkkk kannnnnn pokok teratai tu. |
Naik bot untuk menyusuri Sungai Mekong. Naik gitu je ha takde pakai life jacket. Kot jatuh, hadapkan. Dahlah kau tu fail berenang Dakpink oi. |
Sampai lah kita ke tempat yang dituju. Kira kalau pergi Mekong River Tour ni, memang kita akan dibawa ke sini lah. |
Bot. |
Antara tempat parking bot yang ada. Haha. Parking bot katanye. |
Tempat ni macam perkampungan diorang lah. Kat sini ada barang jualan, dorang tunjukkan cara kehidupan diorang kat sini. |
Dibawa singgah ke bengkel buat gegula kelapa. |
Coconut candy. Handmade. Sedap. Rasa kelapa lah. |
Then, kami lunch, ulat beluncas. Kau ado? Haha. |
Isi ikan ni, dicampur sayur dan digulung jadi macam gambar kat atas tu si ulat beluncas. Ni kira popia diorang lah. Makan kena cicah dengan sos yang disediakan. |
Semeja dengan mereka. |
Makanan kat sini memang tak kena langsung dengan tokak den. |
Seterusnya lawatan ke dusun buah-buahan. |
Buahan gantung sendiri. |
Limau bali. |
Smileee =) |
Dan penat jalan, berhenti berehat dan diberi minum dan merasa buah-buahan yang ada. |
Sambil berehat dihiburkan dengan kakak berambut panjang dan geng2 nya ini. |
Hoihhh, panjang gila rambut dia. |
Memalam kalau jumpa akak ni, mesti seram. Haha. |
Apa lagi nak buat, bergambar le kita yee. |
Masuk kampung orang. |
Terus jumpa rakyat jelata di kampung itiu. |
Diberi peluang menyusuri sungai kecil di Mekong. |
Makcik-makcik je yang bawa sampan ni tau. |
Dilaluan sempit, kami selisih gini je sambil berlaga-laga sampan dan sampan akan terbuai-buai. Sentap mak nak bila situasi gini sebab takut sampan terbalik. |
Muka macam berani tapi macam takut. Paham? |
Dah habis buat aktiviti sampan tak senonoh tu, maka tamatlah tour di Sungai Mekong. |
Balik singgah pula di Tokong Budha ni. |
Kami. |
I is tiru gaya patung belakang. |
Paparazi capture gambar kami. Thanks abang Pejai :) |
Dengan-dengan tourist guide pun sama nak melompat juga. |
Dengan Jenny, the beautiful tourist guide. |
Time balik dari Mekong tour tu hujan dan adalah banjir sikit di perjalanan. |
Ben Than Market di malam hari. |
Alahhh, macam kat Chow Kit Road tu je lebih kurang. |
Orang tu jual pulut. Nampak macam sedap sebab warna-warni tapi I tak berani nak beli. |
Malam hari masa untuk menyiapkan tugasan. |
The crew untuk group assignment kami. |
Kami lagi. |
Sebelum tidur dan berehat, kawan-kawan yang ada tempah baju vietnam ni pergi ambil baju diorang. Satu hari je siap. |
Langgan:
Catatan (Atom)