Isnin, 10 Mac 2014

Shawl: kagum dengan si pemakai.



I suka tengok orang yang pandai pakai shawl. Lagi kagum kalau dia pandai pakai, jenis yang pakai simple je tapi cantik,  cara lilit tak semak nampak kemas, dan warna-warna pilihan pun selembut dan sesedap mata memandang je. Orang-orang yang pakai shawl ni pun nampak up-to-date dan trendy.

I memang teringin nak pakai shawl tapi sebab ada garis panduan dari suami bab pemakaian tudung ni, oleh itu sesekali je lah kita lilit-lilit. Suami I bagi dua pilihan je, satu pakai tudung bawal sebab katanya, bila I pakai tudung bawal akan remind kan dia detik perkenalan kami. Yang kedua, pakai tudung ada owning tu sebab sesuai dengan bentuk muka.

Kalau I pakai shawl, suami kata muka I macam kuih donat terlebih yis. Nampak bulat dan muka macam mualaf baru masuk Islam dan dia is tak gemor melihatkannya. T______T Lagipun, bila I pakai shawl, memang akan ambil  masa sikit nak bersiap terutama bab nak melilit-lilit tu, teruslah lambat pergi kerja. Maka, dengan itu, kita pakai apa yang suami suka je lah ye walaupun hati kita mengelinjang nak juga bershawl semua.

Lagi satu, bila I pakai shawl, memang akan jadi tempat Iman Reezqy selit-selit sambil sangkut tangan dia je lah. Terus jadi tak semenggah. Tu belum masuk dia tarik-tarik lagi nak cium shawl sebab dia ingat kain selimut kakak dia agaknya. Herot bengot terus tudung Mummy dia.  Tang selit-selit ni juga akan jadi bila I pakai tudung bawal. Bila pakai tudung bawal kan kita akan pin kerongsang di kiri kanan bahu kan, so, dekat situ juga dia akan masukkan tangan, dan berbelit-belit terus dengan tudung. Dah satu kerja lain kena buat pulak, tak kena buka pin untuk keluarkan tangan dia, tak pun minta tolong suami cari kat mana punca dia masukkan tangan.

2 ulasan:

  1. Aku pakai time detim ngn ajim aje.
    Kalo keje or kua ngn nuqmans pkai express ngn syria aje. Hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Jom visit facebook page Hijab by Jentayu. Kami menawarkan variasi tudung yang menarik pada harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi bila beli banyak. Cepat sementara stok masih ada. Salam bcantik2, ikhlas dari Hijab by Jentayu

    BalasPadam