Isnin, 8 Oktober 2018

Bukit Kepayang, Seremban

It's weekend, so moh kita mendaki bukit anak-anak semua.
Haha.

Itu ajelah aktiviti weekend kami, kalau tak  balik kampung, jogging, kita daki lah bukit apa adanya.
This time try Bukit Kepayang kat Seremban je.

Untuk parents yang nak bawa anak-anak, bacalah ayat-ayat Al_Quran apa yang patut ye sebelum mula mendaki. Jadikan amalan, buat apa pun, mulakan dengan Bismillah, mohon pada Dia untuk diberi perlindungan dan permudahkan segala urusan.

Bukit kepayang ni tak berapa komersil lagi tapi ni track golongan tua bangsa Cina tempat diorang exercise pagi-pagi then ke kuil on top of the Hill.

The Imans dah ready. Jom semua!

Banyak laluan yang boleh mula as starting point, tapi Dedi belanja kami track pacak mencanak ni as opening. Thank you Dedi, we love you! (tangan di dada, mata ke atas).

I naik dulu bawa si Reezqy. Ya Allah, risau aje si Reezqy ni mengamok nak turun sebab  laluan ni memang mencabar sikit untuk kanak-kanak tapi nasib dia ok. Si kakak pula asyik, Mami, mami, so kenalah support dia bagi semangat supaya dia boleh buat. Rayeesa paling untung, sebab bapak dia dokong, so takyah susah payah. Haha.

Hello periuk kera version panjang berjuntai. Haha.

Trail lepas yang mencanak tadi, ok je dah lepas tu. Bebudak ni jalan-jalan sendiri aja tak payah nak pimpin or push diorang.

Take five sebab adik takmo dokong. So, kita layan aje dia bagi ok sat.

View along the way to the top. Hmmm, demi kelangsungan kehidupan, banyak kehijauan yang perlu dikorbankan. =(

Tempat berehat berhampiran tokong yang ada di situ.

Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Allahu Akhbar.

Area tokong ni banyak monyet. Sila berhati-hati ye semua. Jangan keluarkan makanan dan make sure beg takda keychain yang boleh menarik perhatian cik nyet. Kang dia kejar lak.

Orang suruh rehat Kakak. Tak penat ke Kakak oi.

Priceless moment! Bonding anak dan bapak. =)

Reezqy dan mula dah. Haha. Dia nak dokong, nak cepat turun. Sabarlah bang oi, sikit lagi je nak sampai dah.

Kepayang Hill, checked! The Imans family was here! =)

Dah sampai kat sini  baru boleh keluar stok makanan sebab jauh dari cik nyet. 

Nak balik tu, kami main ikut aje jalan suka hati kami, janji sampai kat kereta.

Overall, Bukit Kepayang ni easy trail. Kalau berdua aje ni, semua jalan kami nak cuba tapi sebab bawa anak, jalan mana yang dapat ajelah.

Alhamdulillah, a great family bonding weekend for my family
=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan