Batu Caves ni pun salah satu tourist attraction kat Kuala Lumpur. Lagi-lagi sejak dia ada tangga rainbow, memang nampak lawa la dari jauh.Kami pi sini selain nak tengok temple, ada misi sebenarnya.Nak challenge diri turun naik tangga kat situ.
We called it as stair's challenge!
Tarikan utama kat sini adalah patung setinggi 427 meter (140 kaki). Ia adalah patung Tuhan Muruga mengikut kepercayaan penganut Hindu dan adalah yang tertinggi di dunia. 3 tahun ambil masa nak bina patung ni. (Thanks Google!)
Seawal 6.30 dah gerak ke sini. Macam lah jauh kan, padahal 10 minit je pun. Gate tangga pun tak buka lagi. Dalam pukul 7.00macam tu baru buka. Kami lepaskan orang yang menunggu depan pagar dulu naik sambil warm-up.
So lets climb the stairs. First loop I ok je. 272 anak tangga, sambil tengok warna-warni, selfie-selfie sikit, reply WA status haha, snap gambar settle first loop!
Kan main bangga kan padahal husband dah nak settle loop kedua O_O
Lantaklah husband tu, kita tak boleh ikut pace dia. Kita kena sedar diri kita, sebab kang beriya, sakit badan semua, kita sendiri juga yang tanggung. See, alasan I bila husband push suruh cepat.
The biggest challenge adalah time nak turun. Sebab tangga tu kecil-kecil, rasa macam confius, rasa gayat sikit pun ye juga.
Cantik pemandangan dari atas. Good morning Kuala Lumpur!
I stopkan husband sat ajak bergambar. Melayan ajelah dia. Kang banyak cakap, wife sentap =p
Dari dalam gua temple ni. Akibat hakisan, terbentuk la rupa gua macam ni. Cantik je. I telek dan belek. Sebab tu lah lambat aje turun balik. Haha.
Kat bahagian atas gua ni ada kedai-kedai, tapi sebab kami datang awal pagi, so kedai tak buka lagi. Dan korang yang datang sini, sila bawa air ye. Air yang jual kata atas ni boleh tahan mahal. Tourist attraction kan, harga kau paham sendiri ajelah ;)
Nak turun tangga jaga baik-baik ye. Salah cara kang terpeleot lak kaki. I bab turun memang lambat terkedek-kedek sikit. Naik laju juga. Turun tak. Satu, satu anak tangga tu I telek takut tersalah pijak.
Mampu buat 4 loops je lepas tu rasa macam nak muntah pening sikit, so kita tunggulah husband settlekan part dia. Walaupun husband push suruh habiskan sampai 5, I surrender. Tahniah husband, settled 10 loops! Kita yang beriya ajak datang, baru 4 pusingan dan kecundang. Kahkahkah.
Takat tu jelah bang.
Next time kita datang lagi I janji I buat 5 loops =p
Sambil duduk tunggu husband settlekan loops dia, ada seorang Aunty India tanya I, nak pi daki Kinabalu ke. Selalunya orang nak pi Kinabalu atau Gunung Tahan training kat situ.
I gelak je jawab tak dan explain yang saje singgah sini sementara datang visit saudara.
Aunty tu suggest juga pi hiking ikut belakang temple ni. Hebat Aunty ni semua dia tahu. So i tanya dia selalu hiking ke. Dia jawab ya, dulu selalu, sekarang dah tua, banyak daki tangga jumpa Tuhan je.
Sempat lah juga interview Aunty tu, tanya apa yang I nak tahu tentang apa yang I nampak kat situ, dan dia pun layan ajelah I sembang.
Husband settled part dia, then kami minta diri untuk pulang.
Warna warni anak tangga tu yang memotivasi juga.
BalasPadampernah naik atas nun sbb ms tu ada aktiviti pengakap kt sekolah ke batu caves...jenuh la panjat tgga tu....tp skarang cantik sbb colorful tangga tu
BalasPadam