Jumaat, 22 Februari 2019

Bukan biru!

Baju raya tahun lepas. Husband pilih. Dan seperti biasa I ada backup baju lain, dan seperti biasa juga, baju backup tu juga yang di pakai di pagi raya. Harini, gagahkan diri pakai baju ni. Haha!


Husband memang paham sangat dah, I kalau tak suka, paksa lah macam mana, memang dia juga yang kena beralah akhirnya. Sulung meets bongsu kan, gitulah nasib badan.

Ni semalam dia paksa I pakai baju ni since ada Majlis Amanat Big Bos this morning. Nak sedondon katanya. Penat dah I kata baju ni macam pokok krismas sebab bermanik2, lepas tu ada kipas kat depan tu macam langsir, dia kata, mana ada. Simple je baju ni.

Seriously, ada masa I suke jadi limelight. Ada masa, tak! Lagi-lagi kalau bukan dengan benda yang I tak suka, memang tak lah.

Dah la pakai biru, bukan warna pilihan, then dengan baju sarat, hmmm. I lost my confident. Bila dah lost confident, jadi tak selesa, nak bertemu orang pun rasa segan. Tah apa-apa tah kan!

Pi sarapan je orang dah tegur,

Ainnnnn, muat lagi baju nikah deh! Macam pengantin baru harini.

See, ni yang I malas.

Husband sesenyum aje. Dia tahu I tak selesa.
Dia nak ambil hati I, dia cakap, Doa tu. Biarla orang doa yang baik-baik.


Memang tak selesa satu hari ini. Serba tak kena rasa. Rasa awkward.
Tapi kita ikutkan ajelah ye tak. Sesekali kena beralah.

Bukan salah pun belanja suami happy. Nak suruh I pakai biru, ha moh kita!

What ever it is, today is Friday blues!

Happy weekend korang =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan