Cuti Raya Cina haritu, lepas tunaikan hasrat Abah nak lawat adik dan kakak dia, kita tunaikan hajat ibu lak nak pi Rumah Hutan Bonda Rozita.
Cuba juga booking rumah kat situ sebab boleh bermalam kan, tapi semua fully booked. So, kita pergi balik hari je lah.
Sebelum ke sini make sure booking dulu slot untuk mengurut kat website Rumah Hutan. Pilih la pakej mana korang nak. Mengurut starting with RM160 and above.
Sampai je kat sini, sila register kat office tu. Nanti dia akan set transport untuk bawa kita ke atas. Satu lagi, kalau nak ke sini, make sure baca dulu IG post Rumah Hutan. Fahamkan kenapa fasiliti kat sini belum sesempurna mana. Sila bertabah ye.
Her happy face sebab permintaan ditunaikan. Ibu kata sedap urutnya. Kalau dekat, memang nak repeat lagi. Siap sengkak semua.
Cantik view. Atas bukit kan, memang hijau ajelah. Untung banyak duit. Boleh beli tempat cantik ni. Apapun, bagus lah usaha Bonda Rozita berkongsi tempat ni dengan public.
Ni salah satu dari rumah urut rasanya. Kami sampai dalam pukul 1 lebih macam tu. Cuaca tengah panas terik. Memang tak lah nak explore kawasan ni sangat.
Nasib ada reban burung ni, so dapatlah redakan sekejap chaos budak-budak ni yang tak reti duduk diam.
Tu dekat sebelah lagi tu ada lagi rumah yang sedang dibina. So, faham-faham ajelah mengapa fasiliti kat sini kurang sempurna ye.
Warung Bonda. Antara tarikan utama kat sini. Pun, kena booking dulu juga. Macam kami haritu, since appointment ibu pukul tiga, ingatkan datang awal dapat lah terus ke warung, tapi kena menunggu juga. dalam pukul dua lebih macam tu baru dapat makan.
Ikan Lunak, air tangan bonda. Inilah yang ibu nak rasa sangat. RM20 satu plate ni. Kalau tanya rasa kat I, biasa je, rasa ikan lah. Cumanya, ikan ni tulang dia boleh kunyah terus sebab ia dah dikukus dengan campuran herba-herba dalam periuk khas dengan kuasa tekanan tinggi sehingga melembutkan semua tulang dan kepala ikan.
Lain orang lain pandangannya ye. Di mata ibu, dia rasa sedap aje makan. Dia kata sedap, so, sedaplah kat dia =)
Kami order juga lauk lain juga iaitu tomyam, sup tulang, nangka masak lemak, ikan lunak ambil dua set, ulam, sambal belacan, tempen berlado. Since cuti kan, orang memang ramai. So, banyak food dah habis. Tak dapat nak rasa bakso dan mee bandung.
Rasa food lain tu ok je kat I. Paling suka sup tulang. Since datang dari jauh, dengan perut kosong, habis aje kami semua makan. Haha.
Lepas makan, cari tempat nak solat kat atas, takde. So, minta arrange transport bawa turun bawah. Kat bawah lak, tengok suraunya yang terbuka, terus ajak husband cari masjid berdekatan. Kami menunggu ibu dan adik habis urut kat masjid tu je.
My advise kalau korang nak ke sini dengan anak-anak sambil menunggu ahli keluarga mengurut atau tunggu turn makan, make sure bawa segala air dan jajan yang patut sebab kat atas tu takda jual-jual. Kat tempat menunggu di atas ada disediakan air putih, tapi tahu jelah, orang ramai, pekerja sibuk, payah nak refill.
Selesai kat Rumah Hutan, dalam perjalanan balik ke Melaka, kami singgah lagi kat rumah kakak abah di Mantin.
Tengok lauk orang kampung! Lagi marvelous free of charge. Senyap masing-masing menghadap makan. Tak tahulah sebab penat menunggu, penat menghadap jammed atau memang semua lapar balik.
Last but not least, durian kampung cousin dah siap kupas sebagai pencucui mulut sebelum kami meneruskan perjalanan ke Melaka =)
menarik
BalasPadam