Isnin, 18 Februari 2019

Kerabu belimbing buluh dan daun pegaga

Alhamdulillah, selesai dah Majlis Kenduri Doa Selamat Ibu di Melaka semalam. Kenduri ni memang tiap-tiap tahun Ibu akan buat sempena bulan arwah Emak meninggal dan menyambut Ramadhan sekali.

Macam biasa kalau kenduri di kampung, memang cara kampung, lauk-lauk pun lauk kampung. Masih mengekalkan tradisi rewang, masak secara bergotong-royong.


Semalam juga, I perasan, makcik-makcik rewang ni potong benda ni. Cantik pula rupa bentuknya, so meh kita snap picture. Haha.

Memang kena jeling lah dengan makcik rewang =p

Belimbing buluh  dan bunga  kantan yang telah dihiris. Akan digunakan untuk buat kerabu. Salah satu lauk yang akan dihidang untuk kenduri.

Daun pegaga juga dihiris tak berapa kasar, tak berapa halus. Sesedap rasa nak mengunyah dan lalu ke tekak.

Sambil snap gambar, terus Mak mentua tak jadi hulur udang kering suruh pi sangai dan blender kan. 


Inilah kerabu belimbing buluh dan daun pegaga yang telah digaul mesra bersama bawang, cili padi yang dihiris, kelapa sangai, udang kering disangai dan diblender serta bunga kantan yang dihiris. Perasakan dengan garam dan gula.

First time I rasa kerabu begini. Masa dihidang tu, takut-takut juga nak makan sebab kita sedia tahu kan, belimbing buluh tu masamnya macam mana. Bila dah makan, eh sedap pula. Memang meratah kerabu ni je lah. Sedap!


Ini paling I cari kalau ibu buat kenduri. Tapai air tangan ibu. Siap asing masuk peti ais. Suka tapai sangat-sangat. Sedap! Kalau makan dengan aiskrim vanila tabur badam flakes, haishhhh, memang ulang makan je lah.

Dulu time kecik-kecik memang tak suka tapai. Pandang pun tak. Tapi orang tua-tua kan dah kata, jangan tak suka-tak suka, nanti jatuh cintah. Ha, ambik kau. Memang fall in love so much terus ;p


 Juadah semalam. Kuih seri muka durian dan tapai ibu buat. Ulam petai. Kerabu belimbing buluh dan daun pegaga. Bihun tu sarapan pagi untuk kaum wanita yang datang tolong masak. Tak habis, kita keluar juga time tenghari.


Lauk pauk makan tengahari, puyuh masak lemak cili padi, kari itik, tulang masak rebung cili padi, keli berlada dan pencuci mulut tambahan iaitu bubur kacang durian yang sedap yakmat tapi tak snap gambar, busy makan


Pinggan peninggalan arwah emak =) Kini berjasa untuk kami anak-anak dan cucut cicit pula.


Esok, genap empat tahun emak pergi.
Kami semua rindu emak. Kami doakan emak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solihin, aamin.

Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu pada mereka yang telah tiada =(
Al-Fatihah.


2 ulasan:

  1. pergh sedapnya kerabu... makan ngan nasi panas... best best...

    BalasPadam
  2. Meriah lauk pauk.. Tp kerabu tu xmkn.. Kalo kerabu mangga mkn hehe

    BalasPadam