Khamis, 14 Februari 2019

Rotan anak.

Salam semua,

Mode #emakfeelingdown dah sampai. Haha.
Untuk adik-adik yang mengeletis nak menikah, ketahuilah, bukan hari-hari hidup kau indah.
Bukan juga untuk menakutkan, kang ada pula yang takut nak kahwin,  tapi itulah realiti yang kau kena hadapi.

Macam I sekarang ni, tengah facing fasa ragam si Reezqy yang kan main lah menjadi-jadi sekarang ni dan adiknya pula, dan mula pandai meniru perangai si abang. Macam jantan dah Rayeesa oi!

Reezqy sekarang ragamnya tu satu hal, perangai suka mengejek balik kita cakap tu pun kan main. Haishh, pantang betul mak kau ni. Mana belajar tah!

Reezqy, dah mandi sidai towel.
Reezqy, dah mandi sidai towel. - pakej ejek banyak kali dengan memek muka tapi tak bangun pun, mau kau tak hangin.

Reezqy, belakang lagi. Jangan dok depan TV kang mata rabun.
Adikk, belakang lagi. Jangan depan TV kang rabun - muahahaha gelak macam syaitonnn lepas tu usik-usik adik sampai melalak.

Dan macam-macam lagi lah perangai dia.
Cikgu pun siap ada satu petang, minta maaf sebab marah Reezqy.
Alah cikgu, saya tahu apa yang cikgu rasa. Haha.

Ya Allah abang, kalau kau dah besar nanti, ketahuilah perangai kau time umur enam tahun ni T___T

Pagi semalam, memang tindakan luar kawal betul rotan dia dengan hanger. Tu memang dah malas nak cakap banyak. Dah la orang nak cepat time pagi. Boleh pulak dia menangis minta ajak teman pi sidai towel kat bilik dia lepas tu nak susun mainan.

Suruh tunggu kejap, dah berguling-guling dengan spender je tak pakai baju lagi, lepas tu bila nak pi teman tak nak, merajuk. Suruh pakai baju sekolah tak nak, masih lagi menangis berguling. Kita ni ada lagi dua orang nak urus. Memang mendapatlah, pap, hanger melekat kat bontot. Lagi meraung jadinya!

Macam biasa, bila dah rotan, terus ommak kau rasa down, istighfar panjang. Rasa bersalah, semua ada. Kita ni sebolehnya tak nak ajar  anak cara merotan gitu. Nak guna cara lembut, cakap baik-baik tapi ada masa, memang tak mampu kawal, tersasar juga.

Sebelum hantar pergi sekolah, peluk dia, minta maaf tadi sebab pukul dia, cakap kat dia Mami marah sebab sayang. Bila ditanya kenapa Mami pukul abang, dia jawab sebab abang menangis tak nak pakai baju. Ok lah, boleh diterima jawapan tu walaupun tak berapa tepat.

Kadang terkeluar juga cakap kat Azreen. Ada something wrong ke Reezqy ni. Budak lain umur dua tahun je gini sebab fasa terrible two, ni dah enam tahun, lagi menjadi-jadi perangainya. Lagi bertambah hypernya.

Azreen cakap jangan fikir yang bukan-bukan, tapi emak kan, bila anak kita lain macam, rasa risau juga.

Ni lagi seorang. Berpotensi besar mengikut perangai abangnya. Orang kata, anak seterusnya akan ikut perangai anak yang atas dia sebab itu Rayeesa ni perangai ala-ala lelaki sikit.

Apa Reezqy buat, dia tiru. Reezqy sepak bola, eh dia pun sama.
Reezqy bergusti dengan bapak dia, dia pun tak nak kalah, nak smack down orang juga.
Mainan nak car aja. Video pun suka tengok yang cars dan transport.

Lepas tu sekarang dah pandai, dia yang usik Reezqy, tapi cakap 

Mamiiii, abang buwattt

Mamiii, tengok abangg nii

Ikut je apa yang Reezqy selalu buat.

Memang urut dada ajelah mengadap perangai dua ketul ni. Nasiblah kakak dan kurang ragamnya dan pandai urus diri sikit tapi time angin pasang surutnya sampai, bergabung meletup juga tiga-tiga ni punya perangai.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan