|
Iman Reeqzy @ 4 bulan. |
Since Iman Raneeya dah menggunakan pangkal namanya sebagai nama panggilan, I ada usulkan kat suami supaya nama pilihannya untuk baby lelaki iaitu Iman Reezqy ditukar awalannya tapi tetap menggunakan huruf I lah.
Yelah, kang panggil Iman, dua2 menyahut pulak dah.
Maka,
Macam-macam lah yang suami cadangkan, Irham, Ihsan (nama ni taknak sebab nama ada satu watak dalam Upin dan Ipin) Irfan, Iqram, Iqlab, Ikhfak, Izhar, Iban, Idan, dan macam-macam lagilah yang dia merabankan.
Dalam banyak-banyak yang dia cadangkan, dia dah suka pada nama Irham dan terus nak pilih letak nama ada lelakinya Irham Reezqy. I pulak tak suka, tapi takdelah I cakap apa-apa. I ha kan jelah sambil cakap, nanti lah, dah nak beranak nanti baru I decide. Lepas tu dalam hati I cakap kat diri sendiri, Apa, Irham? Dah macam ihram haji dah nama anak aku kang. Taknak haku deh nama tu.
Haha.
Cakap dalam hati je lah demi menjaga hati.
Bila dah dekat masa nak bersalin, Lelaki itu tanya lagi. Apa decision I untuk nama baby boy itu. I tetap jawab nantilah. I takde pilihan nama pun.
Sebabnya I rasa semua nama lain yang bermula dengan huruf I macam tak ngam je nak dipasangkan dengan Reezqy. Irham Reezqy tak best. Irfan Reezqy erghhhhh. Iqram Reezqy dan macam Iqram Dinzzly. Haishhhhh. Semua tak sedap lah disebutan lidah I.
So, malam nak pergi bersalin tu lah dalam sakit-sakit, I tiba-tiba tercakap,
Kalau kita letak nama Iman juga boleh tak? I tak sukalah nama yang lain tu semua. Lagipun, kan dari anak pertama dulu kita dah decide nak letak Iman Reezqy. kalau dapat baby lelaki.
Haha.
Time tu, Lelaki itu yang dah kalut sebab I nak bersalin, rasa macam nak telan je I tapi tak boleh marah lah kan sebab I dah tengah sakit. Dalam nada nak marah tapi tak marah, dia hanya mampu cakap,
Kalau awak cakap dari awal kan senang. Takdelah susah-susah pening-pening nak fikir nama lain dah. Awak ni kan....
=p =p =p
Haha.
Haha.
Haha.
Hampun lah ye Lelaki itu.
Macam tak paham-paham pulak kan.
Isteri you ni kan unpredictable kan kan kan.
Mahapkan je lah.
Maka, dengan itu, kekal lah nama Iman Reezqy untuk anak kedua kami.
*senyum lebau-lebau*
Psst Lelaki itu, anak ketiga Iman Medeena, anak keempat Iman Mukhreez tau!
Kahkahkah.