Memaparkan catatan dengan label cinta kami 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta kami 2. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2026

Hari Sukan Sekolah Kakak dan Abang 2026

Salam semua,

Program minggu lepas. 
Kami luangkan masa hadiri Hari Sukan Sekolah Kakak dan Abang.

I seronok je pergi sekolah anak ni. Dari masuk pintu pagar tu, I dah imagine, ginilah anak I hari-hari pergi sekolah. Sukan sekolah pun I suka. Gigih ya duduk depan tengok perbarisan. This year, sekolah diorang tema Institusi Kewangan.

Kelakar tengok rumah hijau. Diorang pilih Tabung Haji. Comel semua pakai ala2 pak arab tu. Sketsa diorang buat terima panggilan jemputan haji, tiba-tiba lepas tu, menari pulak haha. Apoooo pak haji! Tapi diorang menang juara perbarisan. Comel, ada kapal terbang berasap, ada unta comel.


Moh la kita! Siap-siap sarapan kat rumah, pukul 7, gerak ke sekolah.


Kakak & friends. Baik budi ni semua. I sampai, siap hulur tangan nak salam.


Abang dan kawan-kawan. 


Tahniah kakak. 
Tiga emas P15 untuk lompat jauh, 100m dan 4x100m.


Quartet 4x100m L13


Run kakak run!


Kuartet 4x100m P15


with Daddy yang coaching mereka all the time.


Starting 100m


Untuk acara 4x100m, abang hanya mendapat pingat gangsa.


Seawal pagi kami datang demi nak duduk depan. This year, cikgu letak khemah parents mengadap matahari.


Untuk permulaan di sekolah rendah, abang sapu semua pingat.
Emas untuk 100m, Perak untuk 200m dan Gangsa untuk 4x100m L13.


Kesian cikgu asyik cari orang untuk game tarik tali. Kita volunteer je la. Berlakon je la macam tarik. Koserrrrr makkkk nak tarik beriya demi kesejahteraan hidup berumah tangga. Haha.


Team lari berganti-ganti PIBG lari berganti-ganti 50m.


Juara keseluruhan, Rumah Perkara/Biru.
Tahniahhhh.


Jumpa jiran-jiran di sekolah anak.



Khamis, 21 Mei 2026

Sanah helwah Kakak dan Abang!

Salam,

Post tertunda, sambutan  Hari Lahir yang tiap-tiap tahun memang kena sambut sama-sama. Walaupun si abang bising, tak nak, haha, hadap je la ya sampai dah ada girlfriend nanti, kau pergi lah sambut dengan GF kamu =p

Selagi takda GF, marilah kita sambut bersama-sama, sekeluarga.


Birthdate 29 April


Birthdate 27 April

So, kita sambut tengah-tengah, 28 April =)


Tempat makan, pilihan adik


Menu pilihan masing-masing


Adik pun dah pandai makan sekarang. Fav dia pasta. Seronok tengok dia berselera makan. Tapi itulah, badannya tetap kecik.



Semoga anak-anak Mami sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt selalu.  Sanah helwah Abang dan kakak!
 

Rabu, 4 Mac 2026

Iftar di Masjid Sendayan yang cantiknya!

Salam 14 Ramadan semua!

Halfway dah umat Islam menjalani ibadah puasa. 
Nak masuk ke dua minggu terakhir ni, badan dah mula rasa letih dan penat. 
Dulu ada juga rasa gini, tahu-tahu pregnant! =p 
Tapi bila husband pun cakap dia dah mula rasa penat juga, so normal la rasa letih dan penat tu kot.
Kita menahan lapar, malamnya solat terawih, bangun awal lagi bersahur dan meneruskan rutin harian, memang rasa double penatnya.

Selain berbuka dengan family, I belum ada lagi iftar di luar. Eh, ada satu dengan geng UR tapi kat office je lah.

Si kakak dok la berzikir hari-hari ajak Iftar di masjid tapi I buat tak tahu je.
Malas, sebab I bayangkan nanti berebut-rebut nak makan, berebut nak solat, berebut nak parking, orang ramai, haishhh macam-macamlah yang difikir saja cari anxiety haha!


Tapi Dedinya mana boleh tak tunaikan permintaan anak! Teruslah Jumaat lepas dia ajak ke Masjid Sendayan. 20-25 minit juga jauhnya dari rumah kami.

Alasan apak ea, Sabtu tak sekolah, takpalah anak-anak tidur lambat pun. 

Ni je tujuannya nak iftar di Masjid. Ommak memang dapat baca dah ya kakkk!



Tapau je la sesiap sebab malas nak berebut-rebut ambil makanan. 

Ada PARAM juga sekitar masjid tu. Husband bawa anak-anak pergi pilih food yang diorang nak.
I pesan sesiap, beli kuih atau dessert je, sorang satu,  yang nak makan. Mami dah siap-siap bawa nasi. Jangan nak membazir beli yang bukan-bukan. Mami pun dapat juga, tepung pelita diorang belikan.


Dalam pukul 6, orang masih tak ramai lagi. Masih ada lagi ruang-ruang kosong di belakang I tu. Nak berbuka kat ruang ni, Pakcik mengawal akan bagi plastik putih tu untuk alas. I dah bawa siap-siap alas, so lapikkan je lah plastik putih tu.


Masya Allah, Tabarakallah, cantiknya langit Maghrib.
Masjid lawa, langit lawa, nikmat mana lagi yang nak didustakan wahai penghuni dunia?

Semakin dekat nak buka, semakin ramai umat manusia.
Ramai nampak muda-muda je. I dengan husband assume, mesti student diorang ni. Iftar ramai-ramai dengan kawan-kawan.


The Imans! Air pun dibeli juga! Mami dah bawa sesiap sirap ais dah tau!


Azreen beratur juga ambil nasi. Nak rasa nasi masjid sendayan.


Lepas Iftar, wanita ke bahagian atas untuk solat. 
Ruang bawah boleh juga solat untuk wanita, tapi si kakak nak berwuduk, kena la ke tingkat atas.

Tengok lif ramai orang, kami gunalah tangga.


Yang takmo terawih.


Tinjau ke bawah, eh nampak suami & Reezqy.


Ada moreh aiskrim kat luar lepas terawih. Yang ni kena bayar RM1.


Punyalah macam-macam fikir nak ke sini, Allah tu maha mendengar ya keluh kesah hambaNya. Punya ramai orang, terus dia bagi parking depan pintu masjid. Tempat berbuka pun selesa. Solat pun smooth je takda bersesak-sesak. Allah mudahkan semua.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Ampunilah seorang Nurain ni yang selalu banyak fikir =p






Sebelum balik, sesi bergambar.

Ada jugalah borak dengan orang lain sebab minta tolong ambilkan gambar.
Ada yang datang dari Melaka, Ipoh pun ada. Time solat, sebelah I, student UPM.
Merata Malaysia tetamu Masjid Sendayan =)

 

Selasa, 13 Januari 2026

Sesi Persekolahan 2026!

Salam semua,

Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak, tak kira la di sekolah biasa, sekolah berasrama atau sekolah swasta. 

Moga dipermudahkan semua urusan menuntut ilmu, diberi kesihatan yang baik dan terus menjadi anak-anak yang berakhlak mulia.


Alhamdulillah, semua bersekolah pada sesi pagi tahun ini. Kakak form 3, adik dah di tahap 2. Yang middle child tersenyum gembira di pagi hari pertama persekolahan kerana berjaya TIDAK MASUK ASRAMA. 

Haha!
Begitulah ya, ommak yang beriya, tapi tidak anaknya.

Morning Kak Wan! Jaga sekolah yang anak-anak takut sebab garang tapi orangnya baik je.

Dia siap jerit, sorang lagi kan anak hang kat sini!
I pun balas jerit juga, Iyooooo! 😂

Begitulah cara kami berkomunikasi di pagi hari sambil meneruskan rutin masing-masing.


Hari pertama, wajib rakam semua. Begitulah omak-omak!


Selesai hantar sekolah semua, moh la sarapan berdua. Tiga minggu dah tak dapat sarapan bersama sambil bertentang mata. 

Di tahun 2025, berat I naik 10 kilo =p Gembira betul ya berkoir di tahun 2025 sampai banyak tu naik beratnya.

Time balik sekolah, Ommak salah tengok masa. Masa diorang balik patunya 12.50, tapi cakap ke Dedinya, diorang balik 1.50pm. Haha! Bising si Abang kena berdiri lama tunggu Mami dan Dedi.

Adik pula time balik report yang cikgu tegur dia lambat sebab sampai sekolah pukul 7.10 pagi. Sorry dik, masih dalam fasa adjustment lagi ni semua bersekolah sesi pagi. Kita cuba lagi ya adjust timing hantar semua.


Hari kedua, semua berpakaian sukan. This week cikgu dah maklum dah tak perlu bawa buku. Macam-macam program dah disusun untuk minggu pertama sekolah ni. Follow dan alert je la arahan cikgu kena pakai baju apa.





Jumaat, 9 Januari 2026

Tamat Darjah Enam - IR7

Salam,

Alhamdulillah, seorang lagi anak tamat sesi sekolah rendah pada tahun 2025. 

FYP kat Tik Tok sekarang kecoh kan anak pencapaian bagus tak dapat asrama. Yang anak senyap takda pencapaian apa-apa pula, bangga anak terpilih masuk asrama.

Kelakar je la semua pengguna medsos ni. Itu pun jadi hal.

Anak hakak?
Hmm ginilah dia. Budak yang nak sekolah sukan, atau sekolah agama, tapi tak nak asrama. Gitu ya permintaan dia!
Mana maunya bangggg oii.

Selit la juga aktiviti akhir sekolah 2025: Sambutan Hari Kanak-kanak.

Kakak terima Anugerah Koko, Abang ada Majlis Khatam Quran, Adik hanya ke sekolah untuk menghabiskan hari-hari akhir darjah 3 sambil membawa SAHIBA 😂


Ommak pakaikan kau elok je bang pagi tu, balik jadi gini dah.

Jamuan kelas buat kat Hotel kau hadoo?? Diorang collect singgit sehari dari start penggal sekolah haritu. Dah dekat majlis cikgu bagi list siapa yang tak complete bayar, nama Reezqy ada ya. Masih ada hutang RM49. 

Tanya kenapa banyak lagi tak bayar, dia jawab, singgit Abang selalu beli air. 
Hailah anak, dah suruh  bawah air, taknak dengar.

My Imans 💓

Time jawab ujian Kemasukan Kelas Aliran Agama. Nak tinggalkan seorang kat rumah, kang terkial-kial pula dia nak setup sebab exam online. Hangkut je lah bawah office. Minta izin bos guna PC office. 

Bujang dah selesai jawab exam online.

Nasib la ommak tengok. Sempat tekan butang submit dalam masa yang ditetapkan. Dia dah habis jawab, dia biarkan je. 


Majlis Graduasi. Suruh pakai pink sebab gambar kelas dia pakai jubah biru. Naik lah nanti kan bila color blocking.

Sekali, hmmm lain jubahnya.😂 Nasiblah anak oii.

Sama macam kakak, kena juga try jawab ujian kemasukan ke sekolah agama bantuan kerajaan yang  berdekatan rumah.

Time balik, dia jumpa kawan, pi keluar pintu lain. Patutlah berejam ommak kau menunggu tak keluar-keluar. Sampai apaknya kena pi tanya Ustaz, jaga semua, kenapa anak dia tak keluar lagi.

Alhamdulillah, lepas ujian online, kena temuduga pula.

Balik IV, ikut makpak pi latihan koir.

Dapat Anugerah Sekolah Pagi dan Cemerlang UPKK 2024.

Tahniah Abang, moga terus cemerlang dan jadi insan yang berakhlak baik selalu.


Keputusan kemasukan ke SBP dan Asrama keluar dan tidak berjaya. Dia warning siap-siap jangan buat rayuan =p

Exam pun kalau ikut dia taknak ambil tapi ommak paksa. Entah apa lah dia jawab Ujian PKSK tu.


Minta izin keluar  ke Mall bersama kawan kelas. Time jemput balik dia cakap lapar. Ayuh lah makan.