Salam semua,
Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak, tak kira la di sekolah biasa, sekolah berasrama atau sekolah swasta.
Moga dipermudahkan semua urusan menuntut ilmu, diberi kesihatan yang baik dan terus menjadi anak-anak yang berakhlak mulia.
Alhamdulillah, semua bersekolah pada sesi pagi tahun ini. Kakak form 3, adik dah di tahap 2. Yang middle child tersenyum gembira di pagi hari pertama persekolahan kerana berjaya TIDAK MASUK ASRAMA.
Haha!
Begitulah ya, ommak yang beriya, tapi tidak anaknya.
Dia siap jerit, sorang lagi kan anak hang kat sini!
I pun balas jerit juga, Iyooooo! 😂
Begitulah cara kami berkomunikasi di pagi hari sambil meneruskan rutin masing-masing.
Selesai hantar sekolah semua, moh la sarapan berdua. Tiga minggu dah tak dapat sarapan bersama sambil bertentang mata.
Di tahun 2025, berat I naik 10 kilo =p Gembira betul ya berkoir di tahun 2025 sampai banyak tu naik beratnya.
Time balik sekolah, Ommak salah tengok masa. Masa diorang balik patunya 12.50, tapi cakap ke Dedinya, diorang balik 1.50pm. Haha! Bising si Abang kena berdiri lama tunggu Mami dan Dedi.
Adik pula time balik report yang cikgu tegur dia lambat sebab sampai sekolah pukul 7.10 pagi. Sorry dik, masih dalam fasa adjustment lagi ni semua bersekolah sesi pagi. Kita cuba lagi ya adjust timing hantar semua.
Hari kedua, semua berpakaian sukan. This week cikgu dah maklum dah tak perlu bawa buku. Macam-macam program dah disusun untuk minggu pertama sekolah ni. Follow dan alert je la arahan cikgu kena pakai baju apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan