Salam,
End of Disember haritu, one of my dormmate post di Whats App group, jom la kita BBQ, picnic ke sebab nak jumpa face to face. Bincang punya bincang, since ada seorang sahaja yang jauh di Sungai Buloh, kami decide jumpa di Seremban je.
Alhamdulillah, telah bersahabat selama 25 tahun, dari Sekolah Menengah Teknik Port Dickson hingga sekarang.. Moga kami terus bersahabat sampai jannah, amin.
Kami jumpa di Seremban Gateway dan makan di Nippon Sushi Shabuyaki. First time makan kat sini. Beratur ya ramai orang padahal kami datang time hari bekerja. Mungkin sebab malam tu malam tahun baru, orang pun ramai cuti macam kami juga =p
Bonen, yang di tengah, datang dari Sungai Buloh. Dia inform, Sungai Buloh ke Seremban sejam je. Iya la kot sebab malam tu malam New Year, dia boleh balik dulu ke Sungai Buloh, then datang dengan suami dia pula malam tu ke Senawang dengan geng motor sambut tahun baru.
Kakchik. Bonen. Kimie
Zack. Anum. Affa.
Inilah kami, satu dorm time Form Four, then F5 terpisah dorm. Kami sama course dua tahun di Teknik Port Dickson. Ke mana-mana berenam, dan digelar Budak Sopanz 99/00 (lawan perkataan sopan tu apa, itu la sebenarnya kami haha)
Menunggu ketibaan Anum. Tak berubah-ubah dari zaman sekolah, sampai now dah beranak-pinak, tetaplah terpaling slow and steady. Hairan kami macam mana dia boleh jadi lecturer. Haha!
Boleh pula jumpa classmate di tempat makan yang sama, Hai Echom, Penolong Ketua Kelas!
Lepas makan, kami pi karaoke. Haha. Kemudian sambung tukar hadiah sebab dah pesan semua orang kena bawa enam hadiah. Then laju-laju gerak balik sebab semua ada program malam tahun baru pula dengan family masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan