Khamis, 8 Januari 2026

Papa Zola The Movie with Kiddos

Salam semua,

Dari mula cuti sekolah lagi anak-anak dah ajak pergi tengok movie Papa Zola tu, tapi makpaknya busy, kita hold la dulu. Lepas tu pesan kat adik, kalau nak pergi tengok, kami nak join. Nak bagi cousins ni tengok movie sesama.

Tengok FYP, movie ni pecah panggung. Kutipan berjuta. Yelah, tayang time cuti sekolah kan, confirm tiap hari penuh panggung. Target audience kanak-kanak lak tu, mesti macam anak-anak I juga, hari-hari tanya bila nak tengok Papa Zola.

Feedback dari penonton semua cakap best siap ada yang mengalirkan air mata. So, moh la kita anak-anak dan anak saudara semua.

Wayang kat Nilai ni dah tutup so adik I cadang pi tengok kat My Town, KL. Dia ajak lak pergi naik MRT. Baru la adventure cuti sekolah kata dia. Haha!

I sampai awal kat  Stesyen Sungai Jernih ni dalam pukul 7 macam tu, tengok parking semua penuh. Terus call adik tanya nak parking mana.

Adik gelak je cakap, jangan percaya. Parking board tu gilo! Naik  je ke tingkat 3, situ parking untuk ke MRT.

Booking tiket pukul 9.30 pagi, kenalah kita awal ya. Orang Nilai sampai awal dari orang Semenyih =p

Memang kosong parking kat tingkat 3 tu. Tak banyak kereta pun. Sambil menunggu family adik, kita explore sat Stesyen MRT Sungai Jernih, Kajang ni.

Sambil explore, tiba-tiba mamat baju putih tu tegur suami. Dia minta duit nak isi minyak motor. I tanya husband bagi ke tidak, dia cakap tak! Alahaii, minyak motor je kan, bagi je lah RM5.

Husband cakap, cara dia bercakap pun lalok semacam, mesti mat pet. Kang bagi, dia beli barang.

Nowdays gitulah kan. Kadang kita kesian, tapi bila kesian, takut orang pula ambil kesempatan atau salah guna kebaikan kita. 

Dalam pukul 8 gitu, family adik sampai. Jom la kita!

Lamanya tak naik MRT. Now, dewasa, Malaysian kena top-up di IC untuk tiket. Nanti touch je IC, bila nak masuk. Kanak-kanak boleh beli coin di mesin tiket.


Kami dan family masing-masing.  9.20 sampai My Town. Kodai pun tak buka lagi.

Tengok peta kat mana lokasi GSC.


Yang dua ni, kalau dah jumpa mesti nak duduk sesama.




Happy watching Kiddos!

Memang best ceritanya seperti review yang lalu di FYP. Perjuangan Hero keluarga untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya  memang menyetuh perasaan. Gen Z dan Gen Alpha ni siap nangis ya, so mesej sampai dan hati tersentuh lettew =p

Berkorban tanpa meminta,
Mencintai tanpa berkata,
Terima kasih semua, para pejuang, Hero Keluarga!

Nice je kan quote ending tu. Achikk pun salah seorang yang cry juga. Haha!


Popcorn kebenaran wajib beli. 


Habis wayang, habis airmata, moh la kita lunch! Tadi mengejar waktu nak tengok movie, sarapan pun light je.


My girls 💖



Tak ingat nama kedai ni tapi kami makan stimboat & grill. Puas hati bila tengah lapar dapat makanan gini. Puas makan.

Dah kenyang makan, seret kaki ke stesyen MRT sambil bakar balik kalori. 


Time pergi tak ramai orang dalam MRT, bila balik dah petang, kena berdiri. 



Dah takda seat, kena la abang-abang pangku adik-adik ya. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan