Isnin, 5 Januari 2026

Salam Tahun Baru 2026!

Salam semua,

Selamat Tahun baru 2026!

Semoga semua rakan blogger terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin tahun 2026 dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dilakukan, amin!

This year kami tak pi tengok bunga api pun sebab anak-anak tak nak. Haha! Bukan jenis berjaga lewat malam. Last year pergi tengok bunga api, si adik siap tidur, bangun balik, belum juga pukul 12 malam. So this, year, semua nak tenang-tenang je di rumah di malam tahun baru.


This year juga, husband ajak start balik exercise sebab berat dia dah naik, perut pun dah ke depan. Haha. Day 1/365, ayuhlah kita! Santai-santai briskwalk as a starter.


Happy New year siput! Boleh laju sikit tak jalan tu =p


Healthy breakfast gitu tapi I rasa tak kenyang terus goreng nasi.

Tengahari ajak anak-anak pi cari barang sekolah tapi sebelum tu isi perut dulu kat sini.


Walaupun dah tahun 2026, bujang sorang tu tetap gitu ya. Seboleh-boleh nak menyelit kat makpak. Mana tak kena reject 😂 Dia GAMON sebab awek cakap dia tak matang.


Rakyat Malaysia suka beratur


Beratur sebab nak makan Nippon Sushi Shabuyaki ni la. Tak boleh booking, so kena datang awal kalo nak masuk. Penuh sokmo tempat ni.

I lagi suka Seoul Garden sebab ada udang dan ketam. Tapi tu lah, harga pricey sikit  dari Nippon Sushi ni. 


Fav kakak.


Our first family photo for 2026!
Dah elok melantak tengahari, petang Apaknya ajak lagi briskwalk sebab dia kata dia dah makan banyak. Ayuuuuuhhhh, ke taman baru buka di Nilai kita tuju.


Cinta hati. Moga kita terus bercinta sampai syurga ya, amin. Nak jumpa you je kat syurga. Takmo orang lain =)


Ni yang sebenarnya tujuan nak pi Nippon Shabuyaki ni. I nak makan ice snow dia. Sedap tau yang ni. Flavor Tiramisu.


Tiga ketul The Imans. Amanah pinjaman Allah.
Insha Allah, moga yang baik-baik saja untuk anak-anak Mami di tahun 2026, amin.


1 ulasan:

  1. happy new year 2026...tk pernh try lg mkn kt Nippon Sushi Shabuyaki

    BalasPadam